Saturday, November 27, 2010

Antara Cinta dia dan DIA

Hari ini,terlalu ramai antara kita yang mengejar cinta dia

Tetapi tertinggal dan terlupa akan cinta DIA...

Remaja hari ini terlalu menginginkan bahagia,

Namun mencari jalan untuk menemui sengsara...

Aku seperti ini lagi,

Melihat kehidupan dunia...

Tidak ingin aku menyentuh rasa cinta,

Andai isinya adalah dusta...

Kata orang, “kau tak bercinta,kau tak tahu yO macam mana nikmatnya ada awek”

Aku terkadang senyum sendiri,

Membenarkan mereka gembira bersama si dia yang disayangi...

Terkadang aku menangis,

Kerana aku belum temui,

Cinta DIA untuk aku menuju syurga...

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan ini yang hamba lakukan...

Disaat insan lain bergembira di kampung,
hamba masih diperantauan...

Bukan tidak mahu pulang,
ke kampung halaman,

tetapi keadaan memaksa..

Ada tugas yang perlu hamba laksanakan,
ada ilmu yang perlu hamba kutip,
ada pengalaman yang perlu hamba cari...

Mak,Abah,,,
yO mintak maaf andai diri ini tiada disisimu saat takbir berkumandang,
kerana yO mencari bekal untuk kesenangan di masa hadapan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA,
kepada AbahMak,,Abang,Kak dan Nini..

serta kepada semua yang menegnali diri Sarjan yO...