Wednesday, March 30, 2011

Bila keadilan tidak dihargai, Cinta itu tiada nilainya...


Mengapa manusia sering menghukum cinta,
sedangkan yang bersalah adalah rasa...

Mengapa harus jatuh cinta,
jika hati tiada rasa...

Mengapa perlu mengharap cinta,
jika tidak mengerti rasa...

Mengapa haru dibuang cinta,
jika hati silap merasa...

Mengapa perlu disalahkan cinta,
apabila kau tak mampu merasa...

Cinta satu rasa,
hadirnya tidak di duga,
hargailah bila dapat merasa,
hilangnya tanpa berita,
hati kelak merana,
jika diperjudikan rasa...


Salam Seni...

Friday, March 25, 2011

Penat dalam pencarian, gagal dalam menemukan...

Hujan lebat mula mencurah di Puncak Perdana,
bersama dengan rentetan tangisan yang tiada berpenghujung...

dulu aku pernah berkata,
tiada kata cinta yang akan diungkapkan lagi,
tapi aku berdusta pada hati ini,
kerana aku masih perlukan itu dan ini...

terkadang aku terasa ingin bertemu
dengan apa yang dikatakan 'putus asa'.
namun hati ini masih kuat...

terlalu ramai yang aku temui,
namun tiada yang berbeza dari yang sebelum ini...
tiada niat terlintas dihati
untuk meraih cinta kembali,cukuplah melihat dia bahagia kini,
bersama insan yang dia cintai...

malam ini aku terfikir lagi,
menga harus aku jatuh hati,
walaupun jawapan itu pasti,
dia tetap akan pergi,
berlalu tanpa pengganti,
yang sudi bertamu dihati..

larikan hati ini.
agar tidak bertemu dengan insani,
yang tidak pernah menangisi,
sesuatu yang dinamakan cinta sejati...

(hamba mendengar luahan hati sahabat yang tidak pernah penat mencari cinta. semoga kau bertemu akhirnya)


Salam Seni...

Tuesday, March 22, 2011

Cukup bagi hamba untuk melihat dia bahagia...

Dr Love?
hahahha
tak perlu kot gelaran seperti tu...
mungkin dengan cara ini hamba boleh membantu...

Bercinta?
hahahah
tak perlu kot...
cukuplah kalau dapat lihat dia bahagia...

Kecewa?
hahahha
untuk apa...
takde makna semua tu la...

Mencari cinta?
ya, untuk orang lain...

kerana hamba ini lebih seronok melihat orang bahagia...
kerana apa?
kerana tersenyum melihat cinta dihargai lebih bahagia daripada memberi cinta kepada mereka yang tidak pernah menghargai....


Salam Seni...

Monday, March 21, 2011

Tidak boleh mencintai, bukan bermaksud tidak boleh menyayangi...

Bulan itu tidak pernah bertemu mentari,
namun ia tetap diterangi...

Bulan itu tidak memiliki cahaya sendiri,
namun ia tetap menerangi...

Mentari sering bertanya,
mengapa tiada kesempatan untuk bersua dengan bulan,
kerana antara mereka ada ikatan...

Mentari tetap setia memberi cahaya,
agar bulan sentiasa dihargai,
Bagi mentari,
walaupun tidak mampu bersua,
namun cukuplah jika melihat bulan dihargai...

Begitulah hati dan perasaan..
biar cinta dikorbankan,
asalkan sayang masih lagi tersemai..

jangan dibuang sayang,
kasihani cinta..
cinta telah berkorban,
sayang harus menghargainya..

Biar tidak mampu memiliki,
doakan yang terbaik untuk sidia yang anda sayangi...


Salam Seni...

Thursday, March 17, 2011

Dihati dia ada kamu. Dihati kamu?

Cinta bukan gurauan,
dan cintta tidak pernah bergurau..

hamba berkata selaku seorang pemerhati,
yang sitia mengintai kisah cinta,
seorang adam dan hawa...

perkenalan mereka bermula disini,
di menara gading.
persahabatan juga bermula disini.
tapi adakah cinta mereka bermula dihati?

jika kau lafaz cinta, jujurlah.
jika kau menerima cinta, setialah.

kau sering kali bertanyakan, "kenapa aku tidak punya perasaan kepada dia?"
itu lumrah dalam membentuk sebuah rasa,
dari tiada kepada ada,
dari suka kepada cinta,
jangan sayang dihati bertukar benci...

kamu tidak bersalah,
dia juga tidak bersalah...
antara kamu masih ada ruang yang belum terisi,
masa yang berlalu hanya saat sebuah perkenalan.

buka hatimu untuk dia,
hargai kasihnya,
hargai cintanya,
hargai rasa yang dia ada...

kadang-kadang baik bertanya pada diri,
adilkah aku?

dihati dia ada kamu!
tapi dihati kamu?
adakah dia...


(hamba melihat sebuah cinta yang hampir dipermainkan, hamba risau jika cinta akan menghukumnya...)


Salam Seni...

Wednesday, March 16, 2011

Selamat Kembali Sarjan yO...

Assalamualaikum dan salam seni...
terlalu lama rasanya laman ini hamba tinggalkan,
lama juga masa yang diperlukan untuk membuang sawang yang terlihat, habuk yang jelas, serangga yang nyata dan anai-anai yang memakan sisa kekuatan...

lama juga hamba mengabdikan diri demi mencari secebis ilham,
banyak juga ceritera cinta yang dapat dikutip..

Alhamdulillah, semoga sahabat-sahabat tetap teguh dengan kebahagiaan mereka..

gatal tangan ini untuk mencoret beribu kisah,
namun kandungan ini hampir matang,
akan diluahkan demi berkongsi sedikit rasa,
kisah tentang sebuah kebahagiaan orang lain..

sentiasa ingat, cinta itu hak milik anda...

Salam Seni...