Hidup ini,tidak mampu untuk dijangka…
Setelah setahun lebih,insan itu menutup pintu hatinya kepada
insan bergelar perempuan,akhirnya dia mampu tersenyum kerana ada insan yang
mampu menerima diri dia seadanya dan bersedia membuka pintu hatinya…
Insan itu tersenyum tanda gembira…
Telah lama dia menyepi dari percintaan,apatah lagi
kebahagiaan…dalam jangka masa dia menutup pintu hatinya sebelum ini,tipu jika
dia tidak pernah jatuh cinta…ada la juga perasaan suka kat seseorang tu,tapi dia
buat tak tahu,pertahankan ego dan tidak membiarkan gadis itu bermain dalam hati
dan fikiran dia…
Berbalik kepada insan yang ingin menerima atau lebih romantik
disebut,ingin mencintai dia…
Kisah romantik itu tidaklah sampai kepenghujung…
Dia terlalu menyayangi gadis itu dan dalam hatinya juga
menganggap gadis itu ikhlas mahukannya…mereka mula menjalinkan hubungan
percintaan,pasangan kekasih yang sama-sama mencintai…sahabat hanya
melihat,menumpang gembira sebelum bahagia…
Dia begitu berbeza sekali seperti sebelumnya,sentiasa
tersenyum dan terpancar satu cahaya keceriaan diwajahnya,berbeza dengan
hari-hari sebelum gadis itu mencintai dia…
Sentiasa telefon tangannya berbunyi tanda ada pesanan yang
masuk,tentulah dari insan yang disayangi dan menyayanginya…
Dia terlalu gembira,mungkin sudah sampai masanya dia rasa apa
itu bahagia…
NAMUN,
Semua itu tetap tinggal sebagai impian,musnah dalam
pengharapan…
Hari demi hari dia tersenyum,hanya untuk 4 hari..
Hari
kelima menjelma,dan dia senyap tidak terkata apatah lagi tersenyum…
Percintaannya hanya untuk 4 hari sahaja…
Gadis itu menghilang tanpa berita,senyap bersama malam yang
menelan bingit mentari memancar suria…
Setahun lebih menanti hadirnya sebuah cinta murni,cinta gadis
itu yang kononnya murni hanya menyinggah untuk 4 hari?gadis itu hadir hanya
untuk 4 hari…
Air matanya hampir mengalir laju,namun ditahan dengan
ketabahan seorang lelaki.Ya, dia lelaki,harus kuat dan tabah…tidak boleh terlalu
mudah menangis…
Dia sentiasa setia,menanti gadis itu menjelma kembali,bukan
memaksa untuk dicintai tapi untuk mendapat penjelasan tepat apa yang terjadi
pada cintanya?
Berhari-hari dia menanti,gadis itu tetap menyepi,tiada tempat
untuk dihubungi,senyap dalam seribu persoalan…
Akhirnya setelah seminggu menyepi,
Gadis itu hadir kembali dengan kekejaman seorang pencinta…
“Saya nak minta maaf,saya tak boleh nak saying awak,saya dah
cuba tapi tak boleh…saya masih mencintai bekas kekasih saya yang sebelum ini”…
Ayat dari sistem pesanan ringkas yang bagai mencucuk kantung
air mata lelaki itu sehingga air yang telah lama tidak terbit dari alisnya terus
membasahi pipi…
Bukan dia yang menginginkan gadis itu,tapi gadis itu yang
mengharapkan cinta dia…tapi gadis itu yang mengatakan tidak mampu menyayangi
dia…buat apa nakkan dia hari tu kalau tak boleh sayangkan dia?dasar perempuan…
Lelaki ini tidak lagi seperti yang dikenali,penyesalan
menghantui hati,kekecewaan meracuni jiwa,kesedihan membasahi diri…
Untuk apa gadis itu datang setelah setahun lebih lelaki itu
cuba tabahkan hati,kuatkan semangat agar tidak mudah kalah dengan cinta yang
jatuh dimata…dia sudah tidak mempedulikan perempuan…Ya,dia dah kuat…tapi gadis
itu datang untuk menggoncang hatinya…Ingatkan ingin mencintai sepenuh
hati,rupanya diri dipermain…
Lelaki itu dipermainkan oleh seorang gadis yang dia anggap
gadis yang begitu ikhlas sudi menerimanya…
Hari ini, lelaki itu akan menutup kembali pintu hati nya
kepada suatu perkara yang bernama cinta,kepada satu makhluk yang dinamakna
perempuan….jangan salahkan dia jika dia tidak mencintai…
(Hamba hampir menangis mendengar cerita derita cinta sahabat
ini…)
Salam Seni...
.