Thursday, December 31, 2009

Akan Merinduimu Yang Tidak Akan Kembali...

Selamat Tinggal kepada suatu benda yang tidak mungkin akan kembali,

suatu perkara yang membuat aku belajar tentang banyak perkara...

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009...

Kepergianmu akan dirindui...

Salam Seni...

Ke Puncak jua kembalinya hamba...

Salam pembuka bicara kembali....
sudah lama juga tidak mencoret di ruang yang daif ini...
teratak sarjan agak sunyi sejak kebelakangan ini,
bukan terpaku dek kutukan caci maki di chat box tetapi agak sibuk melayan perasaan di tanah air sendiri..

Sudah sebulan lebih bertapa di Kelantan akibat cuti sem yang pasti melanda...
Hari ini alhamdulillah sarjan selamat kembali ke dunia penuh cabaran,kolej Puncak Perdana untuk mula mengadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar perfileman dan pelajar seni di sebuah fakulti yang amat disayangi...

Setelah kembali memijakkan kaki ke kolej kediaman ini,dirasakan hamba perlu melakukan sesuatu yang agak berharga semester ini,,
hamba sendiri pun tidak pasti apa,tapi yang penting bukan lagi bicara cinta...

Ya,hamba seorang anak seni yang baru belajar bertatih dengan lebih laju,
hamba perlukan sesuatu yang baru,
mungkinkah ianya azam tahun baru?
mungkinkah ianya suatu keinsafan?kesedaran?
atau mungkin juga suatu ledakan perasaan yang lama tersimpan..

Namun yang penting,
aku tetap aku,aku bukan orang lain..
sarjan tetap sarjan,yO tetap yO...

Akhir kata,
hamba inginkan sesuatu yang baru
dan hamba cuba untuk mencapainya..

Salam Puncak Perdana...

salam seni...

Friday, December 18, 2009

Mencari Redha Nya...




Selangkah lagi
aku bertapak
ke sebuah ruang masa
berbeza dari semalam
yang membawa jasad ini
bergerak ke arus perubahan

Tahun tidak pernah kaku
cukup membilang hari
ia berubah ke arus yang baru
membawa umatnya bersama
meniti perubahan

Hijrah bertapak di sini
di hadapan kita yang masih bermimpi
mengejar sesuatu di dunia ini
sehingga tercicir sesuatu di sisi

Pada hijrah ini
aku memohon sesuatu
yang mungkin aku tercicir
dari tuhan yang mencipta aku
sehingga jasad bertemu dengan nyawa
sehingga aku
kabur tentang Nya

Ya tuhan ku
aku memohon
kembalikan apa yang aku cicirkan
kerana aku masih dalam perjalan
pengembaraan seorang khalifah
yang mencari redha Mu ya Allah...


(Salam Maal Hijrah)



Salam Seni...


.

Wednesday, December 09, 2009

Mendung menanti sinar...






Mendung itu kian beredar,namun tanah masih lembap menanti sinar mentari...

Simar yang di nanti ku harap kan kunjung tiba,

namun datang ia membawa pelangi,

membuat dirinya tidak dihargai,

kerana pelangi lebih berseri,

membawa seribu erti...





Salam Seni...
.

Sunday, December 06, 2009

Nahas Di KB MALL...Al-Fatihah...

Kecoh di Kelantan petang tadi kononya sebuah kompleks membeli belah di Kota Bharu runtuh..


hamba pun hampir tidak percaya,hanya menganggap itu hanyalah khabar angin..

namun ada betul dan salahnya,

ada kemalangan di KB Mall,bukan runtuh...


tp yg peliknya,kemalangan dalam kompleks? &%^*##^%

Fuyoo,hebat juga pemandu Kelantan ni ek,siap boleh buat stunt(terdetik dalam hati ketika mendengar kali pertama).


Namun bila melihat gambar dan mendengar cerita kejadian,


sungguh menyayat hati..


Kereta dari parking di tingkat paling atas (tingkat 4 kalau tak silap hamba) telah melanggar dinding bumbung dan terus menjunam ke tingkat groundfloor melalui celah antara dua tangga automatik tu...terus mencium lantai KB Mall...


Ada nyawa yang telah terkorban...


Kota Bharu district police chief ACP Zahruddin Abdullah said, “Nor Ain and her sister were in the car while Sabri was pushing the car when the driver lost control and the car hit the retaining wall and plunged down,” he said. He added that Nurul Afika miraculously escaped unhurt and went home in trauma after the incident while Sabri disappeared from the scene." ujar ACP Zahruddin Abdullah dalam kenyataan terbarunya...






Dinding bumbung yang dilanggar oleh kereta pelagak ngeri yang tiada penglaman...




Keadaan kereta yang terhempas di lantai kompleks membeli belah KB Mall selepas melakukan aksi tak masuk akal terjatuh dari tingkat 4...





Pengunjung yang berada berdekatan lokasi kejadian semasa nahas berlaku tidak melepaskan peluang menjadi wartawan yang tidak bertauliah...


Semoga roh mangsa dicucuri rahmat...



Salam Seni...

Saturday, December 05, 2009

WAYANG bukan sekadar wayang...




WAYANG, sebuah filem yang dipinggirkan dari mata juri pada Festival Filem Malaysia (FFM) yg lepas...
Namun malam ini, segalanya terbukti di malam ANUGERAH SKRIN 2009 apabila Filem Wayang, arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan terbitan UiTM yang menjulang nama FACT telah memenangi anugerah terbesar perfileman iaitu FILEM TERBAIK.....Selain itu, Hatta Azad Khan juga memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Filem, Eman Manan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Zul Huzaimy memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Ida Nerina memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem...
Tahniah kepada Prof,UiTM,FACT dan semua tenaga kerja yang telah menjayakan filem yang mengangkat budaya kesenian Wayang Kulit Kelantan ini...
Hamba tumpang bangga selaku salah seorang crew dari Promotion Team semasa hamba berada di semester satu dulu...
Tahniah pensyarah-pensyarah,senior-senior,,tahniah kawan-kawan...kita berjaya woii...............

Dan, kemenangan ini kita dedikasikan kepada Arwah Ya Daud @ Pak Ya yang merupakan seorang Dalang dan pejuang Wayang Kulit dan juga merupakan seseorang yang banyak membantu dalam menjayakan filem yg berkisar tentang kehidupannya...


Krew Promosi
Salam Seni...

Wednesday, December 02, 2009

Hati itu bererti...

Bersama hujan
yang lebat bercurahan,

hati memahami...

dibiarkan air mata
turun ke pipi

membasahi...

agar hujan
yang sering turun bersendiri

tidak lagi sunyi...



Salam Seni...


.