Friday, November 28, 2008

Buat kesekian kalinya...

Ini kisah cinta lagi...

Cinta,cinta,cinta,,,
Tak habis diperkatakan...
Seperti yang hamba katakan sebelum ini,penantian ada jawapannya...

Terima kasih jika sesiapa sudi membaca coretan ini...

Selama 5 bulan hamba menunggu jawapan dia...Hamba cuba untuk memikat hatinya,pelbagai cara diguna.
Dia seolah-olah memberi hamba harapan...
HAmba tidak berputus asa walau berkali diuji,,,Hamba sedar cinta dia untuk orang lain,tapi hamba berusaha memikat hatinya...

Hamba gaduh dengan die hampir sebulan.
Apa yang dia buat kat hamba,hamba sabar je...sebab hamba betul-betul sayangkan dia...
Akhirnya hamba kembali berkawan dengan dia...
Dia seolah-olah memberi harapan kepada hamba...
Bergurau dengan dia,berborak dengan dia,sehinggakan satu masa hamba jadi takut dengan dia sebab hamba rasa hamba masih sayangkan dia...
Hamba takut untuk bersua muka dengan dia...
Entah kenapa,hamba pun kurang periksa...

Tapi,dia yakinkan hamba,
beri hamba semangat,suruh hamba berdepan dengan dia...
HamBa berdepan dengan dia pada hari terakhir semester 1 hamba...
Hamba cuba untuk luahkan segalanya,tapi lidah hamba terkelu.Tambah-tambah lagi bila dia pandang hamba..
Sebelum hamba melangkah meninggalkan kolej,hamba hadiahkan dia sebungkus coklat,tanda sayang hamba kat dia.
Tapi ternyata dia tidak mengerti dan tidak akan mengerti...

Hamba mula rasa rindu kepada dia bila menjejakkan kaki ke tanah kelahiran hamba,Kelantan...
Tak dapat lagi menatap wajahnya,tak dapat mendengar selorohnya,tak dapat tengok dia marah bila hamba bertutur loghat Kelantan...
InsyaAllah semua ini akan berakhir...
Sejak cuti semester,hamba dapat rasa yang dia makin jauh dari hamba...
Tiada lagi mesej dia,tiada lagi pertanyaan khabar darinya.
Jika tidak hamba yang memulakan dulu,dia pasti menyepi...

Tapi tak apa,sayang punya pasal...

Hari ini dia datang ke Kelantan,2 orang abangnya akan berkahwin dengan gadis Kelantan...
Esok,cinta abang dia akan bersemi.
Dan malam ini cinta hamba yang berkecai...

Hamba inginkan kepastian dengan penantian hamba,
Dan dia mengatakan,dia sudah ada orang lain...

Kenapa tak dari awal lagi dia mengatakan hal itu,
seolah memberi hamba harapan tapi sebaliknya dirinya sudah dimiliki...
Tuhan saja yang tahu hancur lagi hati hamba buat kesekian kalinya...
Dia cinta terakhir yang hamba kejar...
Hamba tidak akan mengejar cinta lagi,pintu hati hamba sudah tertutup untuk perempuan...
Jika ada yang sudi mengetuk,Alhamdulillah...

Terima kasih Fick,kerana sudi mendengar luahan yo malan ini...
Kaulah sahabat ku...
Terima kasih T(bukan nama sebenar) kerana mengajar hamba erti kesungguhan,kesabaran dan pasrah dalam percintaan.
Semoga awak bahagia dengan dia...

Inilah kisah yang menghancurkan hati aku buat kesekian kalinya.

Thursday, November 27, 2008

Cerita Ilmu...

Tinggalkan sekejap cerita cinta...

Hamba ingin bercakap tentang kisah ilmu hamba...
Hamba sebenarnya pelajar semester satu di UiTm Shah Alam,Kolej Puncak Perdana.Pelajar jurusan SCREEN dalam fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik.Tak kenal?Mungkin kalau sebut fakulti Seni Persembahan atau Performing Art,ramai yang kenal...Tu nama lama dia...

Hamba mula belajar kat situ bulan Julai 2008...Mula-mula masuk,gementar juga.Ya la,mana taknya,Universiti...
Semua orang ingin kesana.Dan aku dah berjaya pijak kaki kesana...
Bangga jadi anak Malaysia...
Abah,Mak,anak abah dan mak yang dapat 4A UPSR,dapat 4A PMR dan dapat 3A SPM kini dah bergelar mahasiswa universiti dah tau...

Ok,berbalik kepada cerita disana,Benda yang hamba ambik ni,hamba tak tahu langsung asasnya.Rupanya semua student course ni macam ni...Hahaha
Aku masuk kelas pertama dengan hati yang berdebar,kuliah la katakan...
masa sekolah,kita tunggu cikgu masuk kelas.Tapi kat sini,pensyarah yang tunggu kita masuk kelas...
Tu cerita kelas,ada cerita pensyarah pula.
Kenapa dengan pensyarah?
Ni la nak cerita ni...

Kenal Prof MAdya A.Razak Mohaiden tak???
tu salah seorang pensyarah hamba yang semua orang kenal.Seorang pengarah filem yang tidak asing lagi di Malaysia...
Mula-mula masuk kuliah dia,excited la jugaa la,selama ini tengok dalam TV je,tapi sekarang dia yang mengajar kita...
Tu salah seorang,ada ramai lagi.En Zack yang popular dgn sebutan KL(K iL) dan Futsal (Futsel) tu,Norzizi Zulkifli yg popular dgn rancangan kanak-kanak Joe Jambul satu masa dulu,Mazlan Tahir sering berlakon watak alim(memang alim pun),Aminah Raphur yg popular dengan drama Salam Taj Mahal dan pengarah Lu Pikir Sendiri The Movie,sasterawan AGI,penulis skrip Bambang Suhartono,En Shahrul Fitri berlakon iklan Barang Habis Tarikh Luput sekarang ni dan anak seni yang lain...(Maaf ye En,Puan,Prof,kalau nama tak disebut)...

Tu pensyarah,pelajar pula...
Senior hamba yang paling popular,
Tu dia,Farid Kamil...

Semua tu memang seronok.
Tapi,nak beritahu ni,duduk dalam fakulti ni bermakna anda seorang anak seni,Dan bidang ini memang penat,Cukup-cukup penat...
kalau ada yang cakap ini fakulti "main-main",pikirlah sendiri...

Yang sedihnya,aku sekarang dah menamatkan satu semester kat sana...
Sekejap je masa berlalu...
Pengalaman semester pertama dan tahun pertama aku di UiTM,begitu indah sekali bila dikenang kembali.
Di sini,kita berkawan,bersahabat,bertengkar,bermasam muka,dan disini jugalah ada cinta yang berputik...
Semua ini akan jadi kenangan,kita sebuah keluarga.Ank seni tak mampu ditumbangkan...
kita mampu takluk dunia dengan lensa kamera,dengan mata pena dan dengan pukau kata-kata..

Hamba sudah bersedia melangkah ke semester 2...
Tinggalkan kisah lama.tinggalkan dendam,tinggalkan cinta...

Putera raja kini bernikah,
Majlis dirai dalam istana,
Semester satu kutinggal sudah,
Tunggu hadirmu semester dua...

Wednesday, November 26, 2008

Masih menanti???

Kadang-kadang memang akan terdetik dalam hati kita untuk berhenti dari terus berusaha menawan hati dia,tapi hati kita berbelah bagi dalam membuat keputusan itu.
Tidak salah menanti,tapi salah jika sudah terang lagi bersuluh yang cinta dia tak kan hadir untuk kita.

Namun ada kata yang menyebut,usaha tangga kejayaan,hati perempuan lembut...
Perempuan memang lembut tapi dalam soal cinta,mereka bijak membuat keputusan...
Pihak perempuan jangan perasan pula,dah banyak perempuan yang silap buat keputusan tentang cinta mereka.

Tu la,nilailah buku tu berdasarkan kulitnya lagi...
Lepas tu kulit entah kemana,isi tiada makna...

Insan yang setia menanti adalah insan yang pasti akan sejati...
Tapi tak semua macam tu...
Kadang-kadang bila dah dapat,tak kekal lama juga.
Nak tahu kenapa?
Sebab mereka dah puas menunggu,mungkin semasa perempuan memberi jawapan kepada cinta dia,dia telah mencuba untuk lari dari anda,hilangkan perasaan dia terhadap anda...

Penantian ni banyak akibatnya...
Jadi,fikirlah yang anda patu menati lagi atau pun tak.Dan fikirlah yang anda patut buat orang ternanti lagi ataupun tak...

Tapi ingat,
penantian tu satu ujian...
Setiap ujian ada hikmahnya...

Tuesday, November 25, 2008

Penantian...

Dalam hidup ni memang penantian suatu seksaan...
Tapi,kepastian kepada penantian adalah satu kepuasan...
Kepuasan jika penantian berakhir dengan kegembiraan tapi penyeksaan jika ianya berakhir dengan kekecewaan...
Ya la,tunggu punya tunggu tapi kecewa yang datang kepada kita...

Ramai yang pernah menunggu cinta kan???
Menunggu jawapan dari si dia ataupun menunggu hati dia terpikat dengan kita kan...

Dah banyak cara kita guna,kita cuba untuk tarik hati dia.
Kita tak pernah sisihkan dia dalam hidup kita walaupun dia tidak memberi jawapan cinta kepada kita.Kita ambik berat pasal dia,sentiasa bertanya khabar dia,bila berjauhan setiap hari mesej dia.
Hinggakan satu masa kita mula takut dengan dia,takut dengan apa yang dia akan cakapkan tentang penantian kita...
Tapi dia masih tidak mengendahkan kita,dia tetap anggap kita kawan biasa dalam hidup dia.
Masa tu,tuhan je tahu macam mana sedihnya kita.Ya la,orang yang kita sayang tapi hati dia langsung tak terbuka untuk menerima cinta kita...

Mungkin dia dah jumpa orang lain yang lebih sempurna,mungkin juga dia tak boleh terima kekurangan yang ada pada kita,dan mungkin juga dia hendak menguji sekuat mana cinta kita dan selama mana kita akan berusaha memikat hati kita...

Kalau kita makin kejar,kita makin sayang dan pasti pedih yang amat sangat kalau cinta dia memang tak ada untuk kita.Kalau kita berputus asa pula,takut pula nanti dia nampak kita lemah dan tak bersungguh mengejar cinta dia walhal kita dah tak sanggup menanti...

apa yang perlu,menanti,menanti dan terus menanti...Terimalah apa jua jawapan dia diakhir nanti...Teruslah setia dengan penantian...

Jom kongsi kisah cinta anda...

Hamba bukan nak sibuk jaga tepi kain orang,tapi hamba tak suka tengok orang permainkan cinta...
Kalau ada masalah dengan cinta,jangan buang cinta itu kerana ia bisa merajuk.Tapi sebaliknya cuba selesaikan cara elok...
Bayangkan orang yang mengharapkan cinta tapi tak pernah dapat,anda pula senang-senang buang cinta yang hadir untuk anda...adilkah anda???
Fikirlah betul-betul bila ada masalah dengan cinta.
Tak kira la cinta kepada kekasih ataupun isteri,semuanya ada penyelesaian...
Percayalah,cinta untuk bahagia,bukan untuk merana...

Monday, November 24, 2008

Pengenalan cinta...

Cinta...Apa yang anda tahu tentang cinta...Setiap orang ada pengalaman tentang cinta termasuk kana-kanak yang belum akil baligh...Dan ada antara kita yang sudah ada jawapan kepada cinta iaitu berpisah atau berkahwin...Itu lah cinta yang tulus...Dan ada yang sanggup melepaskan kekasih kepada insan lain,iti cinta sejati namanya...
Tapi bagi hamba,hamba masih mencari apa itu cinta...Umur hamba masih muda,banyak lagi yang hamba belum tahu tentang cinta...

Sunday, November 23, 2008

Salam Perkenalan

Salam perkenalan untuk sahabat-sahabat, teman-teman, para kenalan, dan semua. Salam perkenalan di ruang blog ini.