Monday, December 05, 2016

HILANG DALAM MENCARI

SENJA...
MENERBITKAN SEGUGUS BAIT-BAIT SYAHDU
TIKA MATA LEKA MENATAP LANGIT NAN BIRU...
AKU...
SEPERTI TERKURUNG DALAM SENDU
BILA HATI TAK UPAYA MENERPA KE JIWAMU...
KAU YANG PERNAH AKU CARI DAHULU
KINI BAGAI HILANG DALAM ASYIKNYA AKU BERLARI...
KAU YANG PERNAH AKU CARI DAHULU
HINGGA KINI DIRASAKAN BELUM BERTEMU WAKTU
YANG SELAYAKNYA AKU BERLAGU
TENTANG ERTI SEBUAH RINDU
TENTANG HADIRNYA KASIH PADAMU...
KAU YANG TETAP AKU CARI HINGGA SAAT INI
KURASAKAN BIBIT-BIBIT KEHILANGAN
DALAM SEBUAH KESAMARAN IMPIAN..
IMPIAN UNTUK KITA...KAU DAN AKU...
YANG MUNGKIN TAK AKAN AKU TEMUI
BIARPUN SEJAUH MANA AKU MENCARIMU...
AKU...YANG PERNAH MERASAKAN MENGINGINKANMU
KINI BUKAN LAGI SEGAGAH ITU.
BUKAN LAGI SEKUAT DAHULU...
AKU...PASTIKAN TETAP MENCARI
SEBUAH JANJI YANG PERNAH TERUCAP DAHULU
MESKI KAU KINI MENJAUH
MESKI AKU INI AKAN JATUH
MESKI KITA DITAMBAT SAUH
MESKI KITA DIHALANG MUSUH...
AKU YANG TETAP MEMEGANG TEKAD
MENCARI
MESKI KAU KIAN HILANG
KINI ATAU KELAK NANTI...

Monday, November 21, 2016

DALAM KESAMARAN WAKTU


WAKTU TERUS BERLALU
HAMPIR SAJA KUTERASA TIADANYA KAMU YANG SENTIASA DISAMPING DULU
MUNGKIN AKU YANG TERLALU BUTA DALAM MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA PULA KACA
PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN, PERKENALAN DEMI PERKENALAN,
MEMBUATKAN AKU KIAN HANYUT DALAM MENGEJAR SEBUAH IMPIAN.
IMPIAN YANG PERNAH AKU TANAM SUATU KETIKA DULU DEMI MEMENUHI SEBUAH HARAPAN MEREKA YANG LAIN.
AKU MENGENALIMU DALAM SATU RUANG YANG TIDAK TERLALU BESAR.
CUKUP UNTUK AKU DAN KAMU BERBUAL,
TENTANG MASING-MASING DAN KISAH SILAM.
PERNAH KAMU KONGSIKAN SEBUAH KISAH ITU. KISAH YANG PASTI AKAN AKU HADAM SAMPAI BILA-BILA.
KISAH YANG BAGIMU MERUPAKAN SATU TITIK HITAM DALAM SEBUAH KEHIDUPAN.
KAMU TAHU? AKU PERNAH IMPIKAN UNTUK MELALUI SEBUAH KISAH PERIT SEPERTI ITU.
TAPI TUHAN PILIH KAMU.
KAMU TAHU KENAPA?
SUPAYA KAMU ADA PENGALAMAN YANG LEBIH BERHARGA DARI YANG LAIN,
SUPAYA KAMU MAMPU MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA PULA KACA HARI INI,
SUPAYA KAMU AKAN LEBIH MENGHARGAI MEREKA YANG SELEPAS DIA,
SUPAYA KAMU DAPAT BERTEMU DIA SELEPAS DIA.
USAH KAMU RISAU. JATUHMU, REBAHMU, LEMAHMU, AKU AKAN TERUS CUBA BERADA DI SITU.
CUMA ANDAI SATU MASA KELAK KAU RASA AKU SEPERTI MENJAUH, USAH BIAR RESAH TERUS MERASUK.
HARI INI AKU KEMBALI MENULIS, KERANA KURASAKAN SEPERTI AKU PERLU MENGUKIR SEBUAH KISAH.
ANDAI KELAK AKU TIADA, DAPAT KAMU SIMPAN SEBUAH MEMORI SEPANJANG KITA SAMA-SAMA BERJUANG.
AKU KEMBALI MENULIS DIRUANGAN INI, KERANA KURASAKAN SEPERTI KITA BAKAL DITERJAH KEJAUHAN.
AKU BUKAN MENGHILANG.
CUMA BARANGKALI AKU SEKADAR TENGGELAM DALAM KELAM.
JIKA PERLU, CARILAH AKU. AKU ADA DI SITU.
DALAM KESAMARAN WAKTU.