Monday, November 21, 2016
DALAM KESAMARAN WAKTU
WAKTU TERUS BERLALU
HAMPIR SAJA KUTERASA TIADANYA KAMU YANG SENTIASA DISAMPING DULU
MUNGKIN AKU YANG TERLALU BUTA DALAM MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA PULA KACA
PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN, PERKENALAN DEMI PERKENALAN,
MEMBUATKAN AKU KIAN HANYUT DALAM MENGEJAR SEBUAH IMPIAN.
IMPIAN YANG PERNAH AKU TANAM SUATU KETIKA DULU DEMI MEMENUHI SEBUAH HARAPAN MEREKA YANG LAIN.
AKU MENGENALIMU DALAM SATU RUANG YANG TIDAK TERLALU BESAR.
CUKUP UNTUK AKU DAN KAMU BERBUAL,
TENTANG MASING-MASING DAN KISAH SILAM.
PERNAH KAMU KONGSIKAN SEBUAH KISAH ITU. KISAH YANG PASTI AKAN AKU HADAM SAMPAI BILA-BILA.
KISAH YANG BAGIMU MERUPAKAN SATU TITIK HITAM DALAM SEBUAH KEHIDUPAN.
KAMU TAHU? AKU PERNAH IMPIKAN UNTUK MELALUI SEBUAH KISAH PERIT SEPERTI ITU.
TAPI TUHAN PILIH KAMU.
KAMU TAHU KENAPA?
SUPAYA KAMU ADA PENGALAMAN YANG LEBIH BERHARGA DARI YANG LAIN,
SUPAYA KAMU MAMPU MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA PULA KACA HARI INI,
SUPAYA KAMU AKAN LEBIH MENGHARGAI MEREKA YANG SELEPAS DIA,
SUPAYA KAMU DAPAT BERTEMU DIA SELEPAS DIA.
USAH KAMU RISAU. JATUHMU, REBAHMU, LEMAHMU, AKU AKAN TERUS CUBA BERADA DI SITU.
CUMA ANDAI SATU MASA KELAK KAU RASA AKU SEPERTI MENJAUH, USAH BIAR RESAH TERUS MERASUK.
HARI INI AKU KEMBALI MENULIS, KERANA KURASAKAN SEPERTI AKU PERLU MENGUKIR SEBUAH KISAH.
ANDAI KELAK AKU TIADA, DAPAT KAMU SIMPAN SEBUAH MEMORI SEPANJANG KITA SAMA-SAMA BERJUANG.
AKU KEMBALI MENULIS DIRUANGAN INI, KERANA KURASAKAN SEPERTI KITA BAKAL DITERJAH KEJAUHAN.
AKU BUKAN MENGHILANG.
CUMA BARANGKALI AKU SEKADAR TENGGELAM DALAM KELAM.
JIKA PERLU, CARILAH AKU. AKU ADA DI SITU.
DALAM KESAMARAN WAKTU.
Subscribe to:
Posts (Atom)