Saturday, July 17, 2010

seperti diri ini tidak mampu!!!

hamba terlalu kerdil,
tidak berdaya...
ingin hamba mendekatinya,
tetapi menggigil...
hamba ingin menyayanginya,
tapi mungkin bukan takdir...
hamba lemah!!!

Friday, July 16, 2010

kerana rindu aku berlabuh...

telah lama aku mula meyepi
dari berfikir perkara yang tidak pasti...
hari ini aku masih lagi seperti biasa
tidak bergegas mendapatkannya...
hati ini masih tabah
menghadapi kesunyian yang kuat mencengkam...

terkadang aku samar
mengatur jalan menuju impian...
sesekali aku terfikir
tidakkah aku perlukan dia...
dibelakangku tidak berdiri
seorang wanita yang menjanjikan sokongan...

aku kini masih utuh
memegang tugu janji...
berikrar tidak mencari
insan yang tidak akan hadir...
namun jika ia datang mencari
pintu hati terbuka pasti...



salam seni...


.

Monday, July 12, 2010

seperti dulu...

terkedu aku untuk seketika,
bila melihat wajah yang seiras dia.
aku bermimpi disiang hari,
tidak!ini realiti...

patutkah aku bertanya
atau terus berdiam tanpa bicara...

seperti lidah dipotong pendek
tiada kata yang dapat ku luahkan
seperti air yang makin cetek
hati ku tawar untuk membicarakan...

Tuesday, June 29, 2010

Terkesima...

suatu ketika aku mengenalimu
terasa bagaikan sungai klang tak lagi mengalir
masa terhenti umpama aku mampu menikmati
setiap saat yang hadir dalam mimpi...

sayang
andai ini adalah takdirnya
aku bersamamu selamanya
inilah yang sebenarnya
yang ku cari dalam cinta...

di kala darah yang tak berwarna mengalir di pipi
kau yang datang membasuh luka yang tak terlihat
di saat ku melihat kau riang dalam ketawa
bibir ku mengukir senyum tanda sama bahagia...

setiap detik aku menanti saat itu
kini kau datang dengan satu persoalan
dari bibir mu yang kini rakus
dari tangan mu yang kini kasar
dari hati mu yang kini dusta...

aku memperlahankan rentak kasih ku
membiarkan nadi cinta mula lenyap dalam sandiwara
degup bahagia yang dikecap mula berderai...
aku terkesima...
dalam lemas nafas cinta kabur...

Saturday, June 19, 2010

Hampir ke penghujung..

rehat ini bagi hamba,

makin tiba ke penghujungnya...

Meniti minggu terakhir di kampung,

dengan mengharapkan secebis ketenangan dah kegembiraan...

Terima kasih keluarga dan sahabat,

hamba akan kembali lagi...

Thursday, June 17, 2010

Cuba mengukir senyuman..

Bibir ini masih kaku,

sudah lama keadaannya begitu...

Kusangkakan dia mampu mengukir senyum,

namun itu mimpi dalam mimpi...

Monday, June 14, 2010

Terkilan dan redha...

dengan suatu keputusan yang tak diduga,

hamba menerimaa satu takdir...

pelbagai perasaan bercampur,

hanya pasrah dalam tekanan,

hanya tersenyum dalam kesedihan...

terima kasih kepada semua...

.

Monday, May 24, 2010

Antara sakit dan terseksa...

Sakit itu nampak di mata,
semua orang pasti merasa,
sakit itu ada simpati,
nampak pada mata hati,
sakit itu punya penawar,
satu hari bisa tawar,
sakit itu penghujungnya sembuh,
antara bahagia atau luluh.

Seksa itu tidak terperi,
pedihnya tidak bertepi,
seksa itu didalam hati,
tidak bisa dilihat insani,
seksa itu untuk difahami,
kenalilah dengan mata hati,
seksa itu tiada penghujung,
andai teman tak pernah kunjung...



Salam Seni...


.

Wednesday, May 12, 2010

Bila kau tak kenal kelemahan sendiri...

kau akan sibuk mencari kekurangan orang lain,

kau tidak akan nampak kelebihan orang lain,

kau cuma nampak keistimewaan kau...

berkawan bukan untuk hari ni,
tapi sampai mati...

ingat,orang lain pun ada perasaan,
ada masa akan mati....

Wednesday, April 07, 2010

Bila Tinta Kembali Berbicara...

Kerana kita hanya manusia,
sering leka dalam godaan nafsu,
sering kali terlupa,
tuhan ada janji...

wahai adam,
andai tiada hawa hadir untuk mu,
ingatlah bahawa tuhan telah menjanjikan sesuatu untukmu.

jangan kau rebah kerana tidak menemui cinta,
kerana cinta itu kadang-kadang berbisa,
kadang-kadang mampu membinasa.

kerana aku juga lelaki,
yang masih mencari hawa ku,
namun aku kuat di sis,
kerana tuhan sentiasa mengiringi...


(dah lama x update blog,,dah lama x berkata-kata)

salam seni....


.