Saturday, November 27, 2010

Antara Cinta dia dan DIA

Hari ini,terlalu ramai antara kita yang mengejar cinta dia

Tetapi tertinggal dan terlupa akan cinta DIA...

Remaja hari ini terlalu menginginkan bahagia,

Namun mencari jalan untuk menemui sengsara...

Aku seperti ini lagi,

Melihat kehidupan dunia...

Tidak ingin aku menyentuh rasa cinta,

Andai isinya adalah dusta...

Kata orang, “kau tak bercinta,kau tak tahu yO macam mana nikmatnya ada awek”

Aku terkadang senyum sendiri,

Membenarkan mereka gembira bersama si dia yang disayangi...

Terkadang aku menangis,

Kerana aku belum temui,

Cinta DIA untuk aku menuju syurga...

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan ini yang hamba lakukan...

Disaat insan lain bergembira di kampung,
hamba masih diperantauan...

Bukan tidak mahu pulang,
ke kampung halaman,

tetapi keadaan memaksa..

Ada tugas yang perlu hamba laksanakan,
ada ilmu yang perlu hamba kutip,
ada pengalaman yang perlu hamba cari...

Mak,Abah,,,
yO mintak maaf andai diri ini tiada disisimu saat takbir berkumandang,
kerana yO mencari bekal untuk kesenangan di masa hadapan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA,
kepada AbahMak,,Abang,Kak dan Nini..

serta kepada semua yang menegnali diri Sarjan yO...

Monday, September 06, 2010

SALAM PENGHUJUNG RAMADAN...

Salam Ramadan..
Lama betul hamba tak update blog..
jujur hamba cakapkan,semester ini mengajar hamba erti kesibukan dalam dunia perfileman...
berkembar pula dgn bulan mulia ini,
banyak mengajar hamba erti kesabaran dan ketabahan...

belum terlambat untuk hamba mengucapkan,
SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA SEGALA AMALAN DAN IBADAT DI BULAN MULIA INI MENDAPAT GANJARAN DARI TUHAN...

salam Ramadan al-Mubarak..

Salam Seni...


.

Tuesday, July 20, 2010

INTAN YANG TERCANAI...

AKU MENCARI SEBUTIR INTAN,,,

DALAM TIMBUNAN KACA...
TANGAN KU LUKA,,,
PEDIH BERDARAH...
AKU MENDAPAT SEBUTIR INTAN,,,
DALAM GENGGAMAN...
TAPI SAYANGNYA,,,
IA,,,
INTAN YANG TERCANAI..........
Salam Seni...
.

Sunday, July 18, 2010

Mengapa aku yang menjadi mangsa....

wahai hati
mengapa kau memerangkap aku sebegini
di daerah paling sunyi
kau biarkan aku meronta kesepian...

terdengar bagai ada deruan air di satu sudut
cuba ku berlari
mencari,
hanya pasir yang memutih di dataran
pantai yang mula surut
meninggalkan aku jauh di tebing...

aku tidak lagi patut ke sini
ke daerah yang meratah jiwa ku,
ingin aku berlari meninggalkan tebing
namun takut
jika laut akan pasang kembali
pantai akan berseri lagi
aku mampu atau tidak
menikmati kebahagiaan yang di impi...

mengapa aku yang perlu menjadi mangsa
dalam setiap persoalan hati...


salam seni


.

Saturday, July 17, 2010

seperti diri ini tidak mampu!!!

hamba terlalu kerdil,
tidak berdaya...
ingin hamba mendekatinya,
tetapi menggigil...
hamba ingin menyayanginya,
tapi mungkin bukan takdir...
hamba lemah!!!

Friday, July 16, 2010

kerana rindu aku berlabuh...

telah lama aku mula meyepi
dari berfikir perkara yang tidak pasti...
hari ini aku masih lagi seperti biasa
tidak bergegas mendapatkannya...
hati ini masih tabah
menghadapi kesunyian yang kuat mencengkam...

terkadang aku samar
mengatur jalan menuju impian...
sesekali aku terfikir
tidakkah aku perlukan dia...
dibelakangku tidak berdiri
seorang wanita yang menjanjikan sokongan...

aku kini masih utuh
memegang tugu janji...
berikrar tidak mencari
insan yang tidak akan hadir...
namun jika ia datang mencari
pintu hati terbuka pasti...



salam seni...


.

Monday, July 12, 2010

seperti dulu...

terkedu aku untuk seketika,
bila melihat wajah yang seiras dia.
aku bermimpi disiang hari,
tidak!ini realiti...

patutkah aku bertanya
atau terus berdiam tanpa bicara...

seperti lidah dipotong pendek
tiada kata yang dapat ku luahkan
seperti air yang makin cetek
hati ku tawar untuk membicarakan...

Tuesday, June 29, 2010

Terkesima...

suatu ketika aku mengenalimu
terasa bagaikan sungai klang tak lagi mengalir
masa terhenti umpama aku mampu menikmati
setiap saat yang hadir dalam mimpi...

sayang
andai ini adalah takdirnya
aku bersamamu selamanya
inilah yang sebenarnya
yang ku cari dalam cinta...

di kala darah yang tak berwarna mengalir di pipi
kau yang datang membasuh luka yang tak terlihat
di saat ku melihat kau riang dalam ketawa
bibir ku mengukir senyum tanda sama bahagia...

setiap detik aku menanti saat itu
kini kau datang dengan satu persoalan
dari bibir mu yang kini rakus
dari tangan mu yang kini kasar
dari hati mu yang kini dusta...

aku memperlahankan rentak kasih ku
membiarkan nadi cinta mula lenyap dalam sandiwara
degup bahagia yang dikecap mula berderai...
aku terkesima...
dalam lemas nafas cinta kabur...

Saturday, June 19, 2010

Hampir ke penghujung..

rehat ini bagi hamba,

makin tiba ke penghujungnya...

Meniti minggu terakhir di kampung,

dengan mengharapkan secebis ketenangan dah kegembiraan...

Terima kasih keluarga dan sahabat,

hamba akan kembali lagi...