Mengenalimu dalam satu ruang kesibukan, di mana ramai orang yang memerhatikan...tika itu, hamba masih lagi bingung, tentang siapa gerangan tuan empunya nama...yang pasti seorang gadis, lantas segan ini mula menguasai diri...di ketika itu, luka lama sejujurnya sudah sembuh tetapi parut yang ditinggalkan mereka yang terdahulu masih lagi terkesan malah hingga ke saat ini... hamba takut. takut yang tidak tahu bagaimana rasanya... yang hamba tahu, hati ini kebal dan tegas untuk tidak memulakan perkenalan... namun keberanianmu, membenarkan hati ini menyahut cabaran buat kesekian kali... ya, mengapa tidak, sekadar berkawan dan menambah kenalan... di lahirkan di negeri yang sama, tinggal pula dalam daerah yang tidak jauh jaraknya...atas nama persaudaraan, hamba sambut salam perkenalan... mula menyelidik tentang latar belakangnya itu, membuatkan hamba memperlahankan langkah daripada berjalan seiring, kerana sudah tahu bahawa hamba tidak ingin digelar menutup peluang orang lain...hamba membenarkan dia mengatur rentak perkenalan kerana perasaan tidak mahu itu kembali merajai diri dek menjaga hati mereka yang lain... hampir kaki ini melangkah ke belakang, hampir juga hati ini berpaling daripada meneruskan perjalanan... namun, dibisikkan sesuatu ketelinga ini, tentang lukanya yang masih baru dan masih berdarah... buntu, keliru hamba di ketika itu... berpaling,meninggalkan dan melihatmu terluka tanpa ubat atau kekal di situ, berusaha, mengubat agar lukamu tertutup...semakin lama mengenalimu, hamba teringin melihat senyumamu itu terus kekal dibibir... ya, kepututsan ini satu perjudian, perjudian kepada hati sendiri...hamba sedar, melangkah pergi bukan jalan terbaik. dirimu sedang terluka, hamba bersedia mencuba...atas nama persahabatan, hamba terus ada, ingin memberimu ruang agar kembali senyum... kau wanita suci itu, hamba tidak akan tinggalkan di situ, kerana kau adalah amanah...
No comments:
Post a Comment