Friday, December 26, 2008

Kenangan Tinggalkan Sebagai Sejarah...

Kira-kira sejam setengah lagi hamba akan mengangkat kaki untuk kembali ke Puncak Perdana.
Sudah hampir sebulan setengah hamba bercuti.
Tiba la masa untuk hamba kembali menuntut ilmu.
Keputusan ujian semester satu pun hamba dah tahu.Alhamdulillha,walaupun ada yang hamba kurang senang,tapi pointer hamba ok gak la...

Hamba akan melangkah ke semester 2 beberapa hari lagi...
2 3 hari baki hari yang tinggal,hamba akan cuba untuk kukuhkan dan kuatkan diri hamba agar sejarah lama x kan berulang...
Diharapkan apa yang hamba alami di semester lepas,takkan mendatangi hamba buat kesekian kalinya...
Hamba melangkah ke kolej kali ini dengan diri yang baru,dengan azam yang baru...
Diri hamba,hati hamba,InsyaAllah kuat kini...

Kepada semua yang membaca coretan ini,doakan hamba agar sentiasa selamat dari segala bentuk cabaran...
Hamba rasa ementar untuk melangkah kini,pengalaman lalu bagai masih menghantui hamba...
Tapi bagi hamba,
pengalaman lalu jadikan kenangan dalam diri kita dan biarkan ia menjadi sejarah dalam kamus hidup kita...

Salam seni dari Sarjan yO...

Tuesday, December 16, 2008

Terima Kasih Kawan...

Hari ini hamba senang sekali,hamba rasa hamba masih ada kawan...
Sejak kebelakangan ni,hamba ada banyak masalah.

Pagi tadi 2 orang kawan lama hamba datang menjenguk hamba untuk bertanya khabar hamba...

Terima kasih buat Afiq dan Tarmizi...
Afiq adalah kawan sejak sekolah rendah,
manakala perkenalan hamba dengan Tarmizi bermula di sekolah menengah...

You all are truly friend...

Tadi juga Miji mintak hamba menulis satu lirik lagu bertemakan Keamanan...
Hamba perlu fikirkan dulu.
Hamba pun sudah lama tidak berkarya...
Tak sangka ada orang yang mahukan karya hamba...

Hamba akan usahakan Ji...
Tapi lama sikit ar...

Apa-apa pun,
kita masih ada kawan dalam dunia ni walaupun kita rasa dunia makin kosong...

Macam Si "T" pernah katakan,
kita ni macam bulan,disekeliling kita banyak bintang,
cuma perlu tunggu masa untuk dia dekat dengan kita...

Monday, December 15, 2008

Ini Bukan Dunia Teruk...

Dunia seni?
Mengapa perlu dipandang serong???

Bidang seni adalah satu bidang yang mencabar fitrah seseorang manusia...
Seni adalah untuk difahami,bukan untuk dikeji...

Mengapa insan yang bergelar anak seni,insan yang terlibat dalam bidang seni harus dipandang buruk oleh masyarakat?

Fikirkanlah,apa yang orang seni buat tak pernah dihargai,sedangkan ramai yang merasa nikmat dunia ini dan menghilangkan kebosanan dalam hidup dengan seni...

Kami bukan mahukan pujian atau penghargaan,
tapi cukuplah berhenti daripada memburukkan profesyen kami...

HIDUP SENI!!!

Sunday, December 14, 2008

Ini Tempat Untuk Hamba Bangkit...


Mustahil untuk setiap warganegara Malaysia jika tidak kenal Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Inilah tempat hamba memulakan langkah baru,langkah yang berbeza dari langkah yang sebelumnya...

Dari sini hamba mengenali apa itu seni,di sini jualah hamba menceburi bidang seni...
Suatu bidang yang dianggap teruk bagi kebanyakan orang di luar sana...

Tapi bagi hamba,seni itu halus,bukan mudah untuk dinilai...
Kini hamba sudah bertapak dalam dunia ini,
jangan ada sesiapa yang berani menjatuhkan hamba,merendahkan hamba!

Anak seni bukan untuk dipijak,dihia,dicerca,
tapi bukan pula untuk dipuja,disanjung atau dimulia.

Insan seni juga ada hati,ada perasaan,
malah lebih halus...

Kami takkan bangkit selagi penindasan ke atas kami tidak teruk,

Tapi ingat,
JANGAN CABAR ANAK SENI!!!

KAMI PANTANG DICABAR !!!

Tuesday, December 09, 2008

ELLA (Sedikit sebanyak tentang Hamba)

Ku rasa sedikit tertekan
Dan kecewa
Dunia bagai memusuhiku
Apa ku mahu tak siapa yang tahu...

Dan juga rasa sedikit
Pun sedang terkeliru
Mana arah tujuku
Apa ku mahu kadangkala aku
Ku pun tak tahu

Namun ku lantang
Terus menentang
Siapa yang menghalang
Tak mungkin lagi ada yang berani
Mematah hati

Kini ku mencari teman sejati
Ku tunggu-tunggu
Aku adalah aku...rupanya aku

Tiada sesiapa ke pernah percaya
Semua punya motif berbeza
Apa di minda
Tak siapa bisa jangka

Yang pasti
Ku pagari diriku sendiri
Daripada ulangi
Bukan membenci
Tapi hati-hati
Ini realiti

Layar Impian -Ella

Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan...

Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian

Jika mimpi cinta kita
Bisa kuzahirkan
Jadi lukisan yang menarik
Pasti aku sentosakan
Malam pesta bila engkau
Lafazkan janji dan memelukku
Sepanjang tarian
Hingga pipi aku terasa
Basah dalam tangisan
Yang penuh kesyukuran...

Sunday, December 07, 2008

Salam Pengorbanan...

Tiba lagi 10 Zulhijjah dalam pengembaraan kita sebagai khalifah di muka bumi ini...
Ini bermakna tiba lagi saat untuk kita menyambut hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha atau lebih popular dengan gelaran Hari Raya Korban...

Esok pasti ada pertumpahan darah...Banyak lembu,kerbau,kambing mahupun unta yang akan tumbang kebumi dan nyawa akan dicabut menerusi kelaran dari parang penyembelih...

Bagi yang berkemampuan,boleh mengorbankan binatang sebagai ibadah kepada Allah SWT.
Tapi bagi orang yang tidak berkemampuan ataupun belum layak seperti hamba,
ada cara lain untuk menunjukkan pengorbanan kita asalkan niat kerana Allah...

Telah banyak yang hamba korbankan untuk tahun ini,termasuk mengorbankan cinta hamba kepada insan yang dicintai...
Yang lepas,biarkan lepas
dan bagi hamba itulah pengorbanan yang paling bermakna pernah hamba korbankan...
Semoga dia dan hamba mendapat hikmah daripada apa yang terjadi...

Bagaimana dengan anda?
Pasti ada yang anda telah korbankan dan akan dikorbankan bukan...
Ape yang dikorbankan,itu tidak penting.
Tapi apa yang penting,untuk apa ia dikorbankan,
maksudnya niat kita...

Apa-apa pun,semoga ibadah korban yang anda lakukan akan mendapat ganjaran daripada-Nya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA,MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Selamat Berkorban...

Assalamualaikum...

Saturday, December 06, 2008

doakan dia selamat untuk hamba selamat...

Tepat jam 12 tgh malam semalam,hamba dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari telefon bimbit hamba.
Eh,macam intro cerita seram la pula ek...

Semalam,mak sedara hamba dari kampung,Mok Yah call hamba untuk menyatakan satu berita tergempar...
Bukan tahi bintang jatuh,tapi tentang suatu kemalangan yang menimpa bapa saudara hamba...
Bapa saudara hamba yang bujang yang tinggal kat Puchong,Pok Se@Dato` Hisyam...
Dia telah mengalami accident belanggor kat sana...
Keadaan dia mujurlah tak teruk sangat,tapi kereta jenis Nissan Sentra yang dipandunya rosak teruk akibat disondol dari belakang setelah dia memberhentikan keretanya secara mengejut kerana ada kemalangan lain yang berlaku dihadapan.Menurut saksi pendengaran,yang mendengar cerita dari mangsa(bukan saksi yang melihat kejadia),mangsa iaitu Pok Se Alhamdulillah ok je...

Macam Karamsim kapal karam pun ada hamba ni...
HuaHuaHua...

Dia la yang menghantar dan mengambil hamba dari kolej dan menguruskan tiket untuk hamba pulang ke Kelantan...

Pok Se,jangan la sakit teruk sangat,susah yo nanti nak masuk kolej balik...
Pasal kereta tu,harap-harap cepat la siap k...

Sesiapa yang membaca warkah ini,doakanlah segalanya selamat agar hamba pun selamat ye...

Monday, December 01, 2008

Rasa Bersalah...

Dah seminggu mak saudara hamba masuk hospital,org Kelantan panggil mak saudara sabit@jadi...hamba pun tak tahu kenapa panggil macam tu...yg pnting,dia bukan darah daging hamba,bapa saudara hamba tu yang adik kepada mak hamba...

Eh,bukan ni yang nak hamba ceritakan...

Hamba nak cerita pasal keadaan dia skrg...
Dah seminggu dia masuk hospital,sakit orang mengandung.Dia disahkan perlu di operate untuk melahirkan cahaya mata sulong dia dan bapa saudara hamba...
Dia ditahan di wad selama 3minggu sebelum dibedah untuk memastikan kandungan selamat dan berjaga-jaga untuk sebarang kecemasan...
Bapa saudara hamba,hari-hari melawat isteri kesayangan dia.Sape tak sayang bini oi...
Dia keluar tengahari,balik petang.Yang sedihnya,dia tak boleh bermalam kat sana sebab itu wad perempuan...Sabar je la Pok Ja...
Mak saudara aku pula sibuk nak balik,Bosan katanya...Ya la,sakit tak,nak bersalin tak,tapi kena duduk kat hospital...Nak buat macam mana,dah prosedur perubatan dan ini juga ujian dari Allah SWT...Sabar je la Cik Su...

Yang hamba sedih sekarang ni,hamba belum ada kesempatan nak pergi melawat mak sedara hamba kat hospital...
Betullah hamba ni bukan anak saudara mithali...Tapi nak buat macam mana,keadaan tak mengizinkan,hujan sepanjang masa.
Maklumlah,musim bah kat Pantai Timur katakan...

Cik Su,maafla sebab tak pergi melawat cik su,Tapi yo selalu doakan agar disihatkan tubuh badan dan dimudahkan sewaktu bersalin...
Pok Ja,jagalah cik su elok-elok termasuk menjaga hatinya...Biar susah,asalkan sentiasa ada untuk dia...

Semoga berbahagia selalu dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah...