Monday, December 01, 2008

Rasa Bersalah...

Dah seminggu mak saudara hamba masuk hospital,org Kelantan panggil mak saudara sabit@jadi...hamba pun tak tahu kenapa panggil macam tu...yg pnting,dia bukan darah daging hamba,bapa saudara hamba tu yang adik kepada mak hamba...

Eh,bukan ni yang nak hamba ceritakan...

Hamba nak cerita pasal keadaan dia skrg...
Dah seminggu dia masuk hospital,sakit orang mengandung.Dia disahkan perlu di operate untuk melahirkan cahaya mata sulong dia dan bapa saudara hamba...
Dia ditahan di wad selama 3minggu sebelum dibedah untuk memastikan kandungan selamat dan berjaga-jaga untuk sebarang kecemasan...
Bapa saudara hamba,hari-hari melawat isteri kesayangan dia.Sape tak sayang bini oi...
Dia keluar tengahari,balik petang.Yang sedihnya,dia tak boleh bermalam kat sana sebab itu wad perempuan...Sabar je la Pok Ja...
Mak saudara aku pula sibuk nak balik,Bosan katanya...Ya la,sakit tak,nak bersalin tak,tapi kena duduk kat hospital...Nak buat macam mana,dah prosedur perubatan dan ini juga ujian dari Allah SWT...Sabar je la Cik Su...

Yang hamba sedih sekarang ni,hamba belum ada kesempatan nak pergi melawat mak sedara hamba kat hospital...
Betullah hamba ni bukan anak saudara mithali...Tapi nak buat macam mana,keadaan tak mengizinkan,hujan sepanjang masa.
Maklumlah,musim bah kat Pantai Timur katakan...

Cik Su,maafla sebab tak pergi melawat cik su,Tapi yo selalu doakan agar disihatkan tubuh badan dan dimudahkan sewaktu bersalin...
Pok Ja,jagalah cik su elok-elok termasuk menjaga hatinya...Biar susah,asalkan sentiasa ada untuk dia...

Semoga berbahagia selalu dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah...

2 comments:

wahaza extra said...

Tido jelah tu memanjang.. pi tengok Che' Su nuh!

SarjaN yO said...

mane ade tido daa...