Sunday, September 25, 2011

Tentang dia yang datang dan pergi...

Dah lama aku tak luangkan masa dengan alam,
alhamdulillah dengan kesempatan yang seketika
dapat aku hanyutkan masalah aku bersama arus air terjun di hutan simpan kat Kuala Pilah...
terima kasih kepada Rusydi Amir dan Munawar Hafizie Mukmin yang membawa aku ke daerah ketenangan...
terima kasih juga kerana faham akan jiwa ini...

Termenung aku,jauh ke arah hilir sungai
melihat arus yang tiada perhentian.
kadang-kadang tersenyum sendirian
mengenang masa silam yang telah jauh meninggalkan aku bersama luka,
bukan aku jenis yang tidak menerima suratan dan ketentuan
tetapi sudah menjadi adat manusia
untuk seketika bermuhasabah diri tentang apa yg pernah dilalui
adakah ia baik untuk diri sendiri atau tidak sama sekali..

Sejujurnya, kisah-kisah cinta yang dulu
jelas terbayang dimata aku...
aku tidak menyalahkan dia mahupun mereka,
kerana sudah ditakdirkan mereka datang dan perlu pergi,
jauh meninggalkan hati ini.

Ingin aku laungkan pada lelaki-lelaki itu
yang tidak menerima ketentuan bahawa mereka perlu melepaskan wanita itu.
umpama buih yang terhempas ke batu,
hayatnya tidak lama.
wujud dan terus pecah.

begitulah cinta di dalam hidup ini,
ia datang namun seketika...
arus tidak pernah bersedih kerana kehilangan buih kecil itu
kerana ia percaya akan ada yang lebih baik dari itu...

aku berbisik kepada alam,
akan adakah cintai lain untuk aku temui?
alam menjawab dengan nada sinis,
perlukah arus ini berhenti mengalir
demi untuk tidak membiarkan batu terus sakit dihempas?

jawapan dari alam yang sukar aku mengerti...

lama aku duduk di atas batu itu,
membiarkan kaki terus sejuk dibelai arus...
aku mula faham tentang bisikan alam...

batu dan arus...
perlukah aku salahkan cinta yang tidak hadir,
andai cinta itu lebih layak untuk insan lain...
biar aku masih disini, umpama batu yang menahan sakit...
aku didatangi cinta yang kabur,sakit..
batu dihempas arus,pedih...

tidak perlu cinta itu bertandang jika bukan aku insan yang tepat,
untuk apa arus itu berhenti mengalir,jika ia perlu menemani batu yang lain...

sedar atau tidak,
alam banyak mengajar...
alam yang terlalu indah,
kata-kata tidak boleh membawa kita ke daerah ketenangan itu...
duduklah seketika,
fikirlah untuk tidak menyalahkan cinta...



Salam Seni...

2 comments:

hamba Allah said...

lebih baik mencintai alam...kerna alam tidak pernah menyakiti..malah memberi ketenangan ...

SarjaN yO said...

alam juga kadang2 mmbenci. dihukummnya hati yg tidak suci, lantas tergadai maruah diri..alam juga mengajar erti berdikari, mncari sebuah cinta pasti, tidak berontakkan nafsu berahi,skdar hati yg reti mncintai..