Sunday, October 16, 2011

Andai bahagia, apa ertinya menunggu...

yO, kau sentiasa hepi kan.
mesti best hidup macam kau,
hepi,ceria,bahagia.

err...
bahagia?
bahagia ke aku?

orang sering meletakkan kebahagiaan itu kepada percintaan.
kalau ada kekasih, baru hidup bahagia...

memang tak salah pernyataan tu,
kekasih tu teman, teman tu org yg selalu ada waktu kita susah ataupun senang.
tapi bagi aku,
aku lebih suka memilih utk hadir pada waktu susah.
masa senang, kau bersenanglah dgn yg lain,
kau susah, kau jgn segan cari aku...

berbalik kepada bahagia tadi,
mmg benar, berbahagialah mereka yg bercinta.
kalau tak bahagia,buat apa bercinta kan?
hahaha...

seseorang bertanya lagi,
mcm mane kau boleh hepi 24 jam yO?
mcm mane kau boleh je ceria,buat lawak, walaupun dalam saat kau tension.

haha..
gelak tu kan terapi penghilang tekanan...
entah la,
bagi aku, aku lebih senang begini.
buat apa aku tunjukkan yang aku tension,
sebab sampai ke hari ni aku tak jumpa orang yg boleh hilangkan tekanan yang aku hadapi kecuali alam...

dia tanya lagi,
ke kau memang bahagia dgn seseorang yO?
kau saje je taknak cakap yg kau ada awek kan...

sekali lg aku gelak.
aku senyap dan senyum...
kemudian aku menjawab,
andai aku sedang bahagia, apalah ertinya aku menunggu sebuah cinta...

dia terdiam seketika...

kawan, aku cuba bahagiakan hidup aku,
klau bukan aku yg bahagiakan hidup aku,
sape lagi kan?

papepun, terima kasih kerana bertanya...
aku lebih senang memilih untuk terus begini...


bahagia tu ada dimana-mana,
kita kena pandai mengatur keadaan,
jgn sampai keadaan mengatur kita...

bahagia tu ada dalam diri...



Salam Seni...

3 comments:

hamba Allah said...

biar la org hnya mampu melihat kita happy,,,sedangkan hnya kita yg tahu apa yg kita rasa kn,,,...
senyum sokmo..

hamba Allah said...

menunggu...satu perkataan yg membuatkan kita smkin tabah..dalam pencarian hidup....menunggu la andai itu boleh membuat kita bahagia,lihat andai itu membuat kita bahagia, happy la andai itu membuat kita bahagia....lepaskan lah andai itu membuat kita bahagia...

Unknown said...

menunggu dan menanti..hari ini sudah terbukti,,janji tuhan itu pasti...aku ada dia di hati,walau x sentiasa di sisi..