Friday, December 28, 2012

Janji, Jujur, Sepi...

Dulu,
tak lama dahulu
pernah aku berlagu
mengukir janji dalam sendu
antara kau dan aku
sesuatu.
Sesuatu yang sempurnakan aku,
mungkin tidak pada masa itu.
Persahabatan yang kita laungkan dulu
membuat aku kurang fasih tika membisu
menjadikan aku kaku tika tariku
menjelaskan setia dalam selingkuhku.
Janji kita yang aku jadikan lagu
mengiring segenap sendu
yang bermain pada tiap malamku
hingga aku dan lena bertemu.
Persahabatan yang menjadikan kita satu
setia dan amanah bertemu
jujur dan ikhlas bertamu.
Kerana kau sahabatku,
aku memegang tali janji untukmu.

Tika itu
jujur yang aku pertaruhkan dalam hidupku
kerana kau sahabatku,
aku biarkan hari-hari ku kosong membelenggu
semata demi menemani sunyimu
yang asyik dibuai rindu
pada dia yang tidak merinduimu.
Kerana persahabatan itu,
aku terus ada di situ
untuk kamu
menjadi sahabat mu
teman ku
mendengar mu
mengukir senyum dibibir mu
menyapu air mata dipipi mu
memberi masa untuk di sisi mu.
Tika itu
aku sering katakan pada mu
berhentilah dari menunggu
carilah pengganti yang baru.
Ya sahabatku
kau melangkah dengan azam baru
meninggalkan aku
demi meencari teman hidup mu.
Aku kembali mengisi hari-hari kosongku
dengan mencari sahabat baru
bagi menemani saat sendu.

Kini di situ
aku masih lagi berdiri kaku
melihat kau bersama teman baru
yang aku suruh kau cari dulu
bagi menggantikan dia yang meninggalkan mu.

Aku?
Tetap juga aku.
Memegang tali janji tanpa jemu.
Sakit ku?
Permainan yang menarik dalam hidup ku.
Menjadikan aku dewasa dengan cara ku.
Sepi itu?
Sebuah perjalanan yang tiada penghujung bagi ku.
Sebuah buku
yang punya pelbagai bab yang masih belum ku temu.

Dari janji dulu,
aku tebarkan kejujuran itu,
walau sepi menemaniku...



Salam Seni...

2 comments:

shusupian said...

Tajuk tu mcm tajuk drama yg beto kusyairy berlakon ngan neelofa..huhuhu..i'm a big fan of Beto..almost all dramas yg dio berlakon kak tengok..hahaha

Unknown said...

tentang cerita dia, kerita kerumitan bertemu cinta....hehehe
dh tgok cerita tu. best la gak...