Monday, December 30, 2013

Kau adalah amanah...

Mengenalimu dalam satu ruang kesibukan, di mana ramai orang yang memerhatikan...tika itu, hamba masih lagi bingung, tentang siapa gerangan tuan empunya nama...yang pasti seorang gadis, lantas segan ini mula menguasai diri...di ketika itu, luka lama sejujurnya sudah sembuh tetapi parut yang ditinggalkan mereka yang terdahulu masih lagi terkesan malah hingga ke saat ini... hamba takut. takut yang tidak tahu bagaimana rasanya... yang hamba tahu, hati ini kebal dan tegas untuk tidak memulakan perkenalan... namun keberanianmu, membenarkan hati ini menyahut cabaran buat kesekian kali... ya, mengapa tidak, sekadar berkawan dan menambah kenalan... di lahirkan di negeri yang sama, tinggal pula dalam daerah yang tidak jauh jaraknya...atas nama persaudaraan, hamba sambut salam perkenalan... mula menyelidik tentang latar belakangnya itu, membuatkan hamba memperlahankan langkah daripada berjalan seiring, kerana sudah tahu bahawa hamba tidak ingin digelar menutup peluang orang lain...hamba membenarkan dia mengatur rentak perkenalan kerana perasaan tidak mahu itu kembali merajai diri dek menjaga hati mereka yang lain... hampir kaki ini melangkah ke belakang, hampir juga hati ini berpaling daripada meneruskan perjalanan... namun, dibisikkan sesuatu ketelinga ini, tentang lukanya yang masih baru dan masih berdarah... buntu, keliru hamba di ketika itu... berpaling,meninggalkan dan melihatmu terluka tanpa ubat atau kekal di situ, berusaha, mengubat agar lukamu tertutup...semakin lama mengenalimu, hamba teringin melihat senyumamu itu terus kekal dibibir... ya, kepututsan ini satu perjudian, perjudian kepada hati sendiri...hamba sedar, melangkah pergi bukan jalan terbaik. dirimu sedang terluka, hamba bersedia mencuba...atas nama persahabatan, hamba terus ada, ingin memberimu ruang agar kembali senyum... kau wanita suci itu, hamba tidak akan tinggalkan di situ, kerana kau adalah amanah...

Saturday, February 23, 2013

Setiap ujian itu, tanda Dia sayangkan kita...

Semakin kita nak dekatkan diri dengan tuhan, semakin banyak dugaan yang diberikan...Dia ingin uji iman kita...teruslah berjalan dilandasan yang betul, jalan yang benar...InsyaAllah, kelak ada ganjarannya...

Berdoalah kepada Tuhan, nescaya Dia mendengar rintihan hambaNya...

Ingatlah bahawasanya setiap apa yang dikerjakan dengan niat, Tuhan yang layak menilai keikhlasan hati setiap hambaNya...bertaubatlah kita selagi ada waktu, andai pernah melakukan kesilapan...

Terkadang kita lupa, mendengar bacaannya pun sudah mendatangkan pahala...

Halwa telinga, makanan hati, sebelum mata terpejam rapat, aku sedar kebesaranMu tuhan...
 

Tuesday, January 29, 2013

Ikhlas pasti dibalas...



Janji Tuhan tu pasti,
hanya itu yang mampu hamba semat dalam diri di saat diri yang kerdil di sisiNya ini diuji.
Tidak pula hamba katakan yang diri hamba ini benar-benar ikhlas, kerana keikhlasan itu perlu dinilai oleh insan lain.
Yang pasti, hamba dididik agar berbuat sesuatu itu dengan niat Kerana Allah SWT...bukan demi mencari kehebatan dunia semata...
Dulu, hamba juga seperti yang lain, pernah menyalahkan Tuhan bila setiap yang diimpikan itu tidak menjadi realiti...Subhanallah, jahilnya diri diketika itu...
Namun, iman itu sudah tersedia ada dalam diri setiap mukmin dan tugas kita kita untuk mengukuh dan memperkuatkannya...
Alhamdulillah, setelah bertalu ujian yang Kau berikan, pada awalnya ia membebankan diri yang daif ini, namun ada ibubapa, saudara-mara, guru-guru dan sahabat-sahabat yang mengingatkan hamba tentang janjiMu...di mana ujian itu bukan untuk membebankan, tetapi untuk mengingatkan hamba kepada Kau wahai Sang Pencipta, menguji iman hamba agar terus teguh di jalanMu Yang Maha Esa...
Subhanallah, terasa istimewa sangat diri ini bila Kau sedarkan hambaMu yang lalai ini tentang adanya Kau wahai Tuhan semesta Alam...Kau ingatkan aku tentang ibadat yang menjadi makanan rohaniku, tentang amal yang menjadi saham akhiratku, tentang akhlak dan akidah yang menjadi perhiasanku...
Kau hilangkan orang-orang yang hamba perlukan dalam hidup ini, hamba merintih...
Tetapi baru kusedari, mereka itu tidak lagi diperlukan kerana Kau lebih mengetahui apa yang hambaMu perlukan...mereka cuma beban yang membuatkan hamba jauh dariMu...
Namun, pernah UtusanMu nyatakan tentang hati yang ikhlas...diamalkan amalan yang sudah susah untuk dilihat dalam masyarakat hari ini...
Alhamdulillah, Kau kurniakan aku kawan-kawan yang lebih ramai, yang lebih menghargai hambaMu ini...
Ya Tuhan, semakin hamba ingin dekatkan diri denganMu, semakin banyak ujian yang diturunkan...Iman mengatakan, itu bukan beban, tetapi tanda Allah ingatkan hambaNya, ingin dinilai iman yang dibina, ingin diuji ikhlas yang dibicarakan...
Ya Tuhanku, demiMu Sang Pencipta, Tuhan sekalian alam...setiap bait yang hamba tuturkan, setiap langkah yang hamba aturkan, setiap salam yang hamba hulurkan, semuanya keranaMu Ya Rabb...
Hati mereka yang gelap, pasti akan ada perasaan hasad yang tiada berkesudahan...tidak pernahkah kalian senang melihat orang lain bahagia...bukan menjatuhkan sesama manusia, tetapi mintalah kepada Tuhan agar disucikan juga hati dan dapat kalian amalkan akhlak islamiah agar kita semua sentiasa saling berbahagia...
Hamba tabahkan hati, cekalkan diri, menghadapi tohmahan dan fitnah yang dilemparkan manusia yang jahil tentang kurniaanMu...kerana hamba tahu, demiMu, keranaMu, pasti bahagia dan tenang akan hamba ketemu...
terima kasih juga kepada kalian, kawan-kawan baru, yang masih muda seperti adikku, yang hati kalian masih lagi suci dari keji duniawi, yang diri kalian masih terpelihara dari noda dunia hari ini, kerana kalian masih lagi dibukakan hati untuk melihat sebuah keikhlasan menilai sebuah pesanan, menghargai sebuah pengalaman, dan menyimpan sebuah kenangan...
Kalian juga sama, hamba doakan kalian teruslah terpelihara dan terus berjalan di jalan Allah SWT...jangan terjatuh ke lembah kealpaan dan kelalaian, andai rebah dipertengahan, bangkitalah dan terus berjalan, andai tiada daya, panggillah hamba, akan kucuba memimpin sehingga tiba ke destinasi hakiki...
Alhamdulillah, Terima Kasih Tuhanku, Syukur KehadratMu Ya Allah, Kau tunaikan janjiMu, ikhlas yang manusia pertaruhkan, balasan kebahagiaan yang Kau hulurkan...


Salam Seni...

Monday, January 28, 2013

Destini Aku, Kau dan Kita...Di Situ, Destini Anak Bangsa...

Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub, bakal berakhir...
namun bagi hamba, teater ini meninggalkan banyak kenangan kepada hamba...terlibat secara tidak langsung dalam teater yang menceritakan tentang seorang tokoh Melayu ternama yang gigih berusaha membangunkan bangsanya sendiri, adalah satu pengalaman yang cukup berharga...
banyak cerita yang hamba catatkan sepanjang bertugas...membantu sahabat hamba, Nazmi yang hamba anggap seperti abang dalam menguruskan dan melaksanakan construction penataan set & props secara sukarela di bengkel fakulti, terus membawa hamba hingga ke hari bump in, setup, touchup dan seterusnya ke hari pementasan...
Terima kasih Nazmi, satu pengalaman yang cukup berharga bagi kawe...hanya setakat ini, kawe mampu bantu demo...
Dalam kesibukan membantu, aku diuji oleh Tuhan...Alhamdulillah, ianya suatu pemberian tetapi aku anggap ujian kepada sebuah keikhlasan...
Nazmi sebagai leader, dibantu pula oleh pelajar-pelajar Semester 1 CT114 Pengurusan Seni sebagai kru dan tenaga kerja dalam merealisasikan set & props yang telah direka...
Hamba seperti biasa, sentiasa ingat, lakukan apa jua perkerjaan, Lillahitaala...sesungguhnya niatku kerana Allah Taala...
Alhamdulillah, hamba turut bekerjasama dengan pelajar-pelajar junior dalam proses pembinaan set & props...
Hari ke hari, hamba semakin selesa dengan mereka. Mereka remaja yang masih muda dan hamba anggap seperti adik-adik hamba sendiri...
Ada antara mereka yang mengingatkan hamba tentang pesanan-pesanan yang hamba sampaikan ketika mereka dalam minggu induksi di awal semester.
Ada pula antara mereka yang sering bertanya tentang kehidupan di fakulti dan kolej.
InsyaAllah dik, abang kongsikan mana yang mampu abang kongsi...
Cukup banyak yang hamba belajar dari mereka...kalian memberikan abang satu kesedaran dalam kehidupan. benar, Allah akan membalas tiap amal yang dikerjakan, samaada kita sedar atau tidak sahaja...
Hamba rasa senang dengan mereka, dan syukur kerana mereka juga nampak selesa dengan hamba...keselesaan itu tidk berpanjangan apabila hamba perlu undur diri dari teater tersebut kerana perlu memulakan latihan industri atau praktikal di RTM...
Jujur hamba katakan, berat hati ini untuk melangkah meninggalkan adik-adik di Dewan Agong Tuanku Canselor...
Kenangan yang susah untuk kita lupakan adalah pengalaman yang sementara tetapi penuh makna...
Adik-adik, perkenalan kita hanya sekejap, dan tidak akan adik-adik merasa kehilangan bila abang melangkahkan kaki pergi dari situ...
Namun, hati dan kata-kata seorang budak adalah lebih jujur dari kata-kata seorang yang dewasa...hamba menahan hiba kerana tiada lagi hilai tawa mereka yang hamba boleh dengar, tiada lagi yang mengadu tentang penat, yang meminta untuk diberikan kerja, yang memberikan salam bila tiba dan pulang, yang mengingatkan hamba tentang solat, yang menanangis dan perlu dipujuk, yang buat muka penat, yang perlu disuruh senyum...segalanya akan abang rindukan dik...
Sabarlah dalam melayan karenah-karenah mereka Nazmi..mereka masih muda, kita bertanggungjawab menjaga dan mendidik mereka...
Apa yang paling menyentuh hati keras seorang lelaki adalah apabila ada antara mereka yang seperti begitu menghargai kehadiran hamba, yang hampir menitiskan airmata di saat hamba mengucapkan selamat tinggal, yang menceritakan tentang keselesaan mereka bersama hamba. Ya Allah, terima kasih kerana Kau pinjamkan mereka ini kepada aku walaupun sementara...
Adik, ingat segala pesan abang agar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah dan pewaris bangsa yang utuh...
An-Nur, jangan sensitif sangat, hidup kita ni banyak lagi cabaran dik...
Farah, anak sulung kena cekal dan tabah k, jgn mudah mengalah dalam apa jua dugaan...
Shima, tak semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin, tapi andai kita yang dipilih, peganglah amanah tersebut...
Ari, jangan ajuk je cakap abang,tapi ingat setiap pesan abang yg kau ajuk tu...
Naim, tak salah kalau kita nak melawak, tapi biarlah lawak kita tu sentiasa menceriakan orang lain...
Zaid, jadi mcm abg kau, seorang yang hebat dan berwawasan...
Bella, setiap orang dilahirkan cantik dan cantik tu dinilai secara berbeza oleh orang lain...
Zu, perempuan mmg tak elok kasar-kasar tapi manja tu biarlah bertempat,jgn sampai orang ambik kesempatan...
Ika, hargai setiap pemberian orang dan kalau tak mampu terima, jangan bagi harapan...
Yaya, jgn mudah emosi k, tenangkan diri bila ada mslh...
Tiger, kekurangan kita mampu menjadi kelebihan bagi orang yang menghargai ciptaan Tuhan...
Hani, sentiasalah ceriakan diri, barulah seri tu tak hilang dik...
Lila, Syikin, Ira, Raja Ema,Am, Faiz, Taufiq, hidup ni perlu menempuhi dugaan, jangan kalah dengan cabaran dik...
Kepada yang lain, yang abang tak sebutkan nama, abang tetap ingat wajah korang, dah pukul 4pagi, dah ngantuk, dah tak mampu nak recall nama-nama korang semua...
Namun, pesanan abang kat korang semua, jangan dilupakan selagi adik-adik tak lupakan abang...dan hidup sentiasa senyum k dik, kerana senyum itu motivasi untuk diri sendiri...
An-Nur, Farah, Shima, berkawan biar sampai bila-bila...personaliti yang berbeza adalah kunci kepada keakraban dalam bersahabat...
Mungkin kita akan jumpa lagi kelak, tapi tak tahu bila..Tuhan yang akan tentukan...
dan Nazmi, Tahniah kerana telah berjaya menghabiskan Degree...kenangan kito, takkan kawe lupakan...
Terima kasih kepada kalian semua kerana memberikan sedikit ruang untuk abang gembira, peluang untuk abang bahagia dan meminjamkan senyum kalian kepada abang sepanjang kerjasama kita...
Hamba akan rindukan Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub ini...bukan hanya rindukan cerita Destini Anak Bangsa sahaja, tetapi Destini Aku, Kau & Kita...Kita yang bersama-sama sehingga destini dikecapi...Ini destini kita, insyaAllah abang takkan lupakan kalian...Terima Kasih adik-adik...



Salam Seni...