Thursday, November 27, 2008

Cerita Ilmu...

Tinggalkan sekejap cerita cinta...

Hamba ingin bercakap tentang kisah ilmu hamba...
Hamba sebenarnya pelajar semester satu di UiTm Shah Alam,Kolej Puncak Perdana.Pelajar jurusan SCREEN dalam fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik.Tak kenal?Mungkin kalau sebut fakulti Seni Persembahan atau Performing Art,ramai yang kenal...Tu nama lama dia...

Hamba mula belajar kat situ bulan Julai 2008...Mula-mula masuk,gementar juga.Ya la,mana taknya,Universiti...
Semua orang ingin kesana.Dan aku dah berjaya pijak kaki kesana...
Bangga jadi anak Malaysia...
Abah,Mak,anak abah dan mak yang dapat 4A UPSR,dapat 4A PMR dan dapat 3A SPM kini dah bergelar mahasiswa universiti dah tau...

Ok,berbalik kepada cerita disana,Benda yang hamba ambik ni,hamba tak tahu langsung asasnya.Rupanya semua student course ni macam ni...Hahaha
Aku masuk kelas pertama dengan hati yang berdebar,kuliah la katakan...
masa sekolah,kita tunggu cikgu masuk kelas.Tapi kat sini,pensyarah yang tunggu kita masuk kelas...
Tu cerita kelas,ada cerita pensyarah pula.
Kenapa dengan pensyarah?
Ni la nak cerita ni...

Kenal Prof MAdya A.Razak Mohaiden tak???
tu salah seorang pensyarah hamba yang semua orang kenal.Seorang pengarah filem yang tidak asing lagi di Malaysia...
Mula-mula masuk kuliah dia,excited la jugaa la,selama ini tengok dalam TV je,tapi sekarang dia yang mengajar kita...
Tu salah seorang,ada ramai lagi.En Zack yang popular dgn sebutan KL(K iL) dan Futsal (Futsel) tu,Norzizi Zulkifli yg popular dgn rancangan kanak-kanak Joe Jambul satu masa dulu,Mazlan Tahir sering berlakon watak alim(memang alim pun),Aminah Raphur yg popular dengan drama Salam Taj Mahal dan pengarah Lu Pikir Sendiri The Movie,sasterawan AGI,penulis skrip Bambang Suhartono,En Shahrul Fitri berlakon iklan Barang Habis Tarikh Luput sekarang ni dan anak seni yang lain...(Maaf ye En,Puan,Prof,kalau nama tak disebut)...

Tu pensyarah,pelajar pula...
Senior hamba yang paling popular,
Tu dia,Farid Kamil...

Semua tu memang seronok.
Tapi,nak beritahu ni,duduk dalam fakulti ni bermakna anda seorang anak seni,Dan bidang ini memang penat,Cukup-cukup penat...
kalau ada yang cakap ini fakulti "main-main",pikirlah sendiri...

Yang sedihnya,aku sekarang dah menamatkan satu semester kat sana...
Sekejap je masa berlalu...
Pengalaman semester pertama dan tahun pertama aku di UiTM,begitu indah sekali bila dikenang kembali.
Di sini,kita berkawan,bersahabat,bertengkar,bermasam muka,dan disini jugalah ada cinta yang berputik...
Semua ini akan jadi kenangan,kita sebuah keluarga.Ank seni tak mampu ditumbangkan...
kita mampu takluk dunia dengan lensa kamera,dengan mata pena dan dengan pukau kata-kata..

Hamba sudah bersedia melangkah ke semester 2...
Tinggalkan kisah lama.tinggalkan dendam,tinggalkan cinta...

Putera raja kini bernikah,
Majlis dirai dalam istana,
Semester satu kutinggal sudah,
Tunggu hadirmu semester dua...

No comments: