Friday, November 28, 2008

Buat kesekian kalinya...

Ini kisah cinta lagi...

Cinta,cinta,cinta,,,
Tak habis diperkatakan...
Seperti yang hamba katakan sebelum ini,penantian ada jawapannya...

Terima kasih jika sesiapa sudi membaca coretan ini...

Selama 5 bulan hamba menunggu jawapan dia...Hamba cuba untuk memikat hatinya,pelbagai cara diguna.
Dia seolah-olah memberi hamba harapan...
HAmba tidak berputus asa walau berkali diuji,,,Hamba sedar cinta dia untuk orang lain,tapi hamba berusaha memikat hatinya...

Hamba gaduh dengan die hampir sebulan.
Apa yang dia buat kat hamba,hamba sabar je...sebab hamba betul-betul sayangkan dia...
Akhirnya hamba kembali berkawan dengan dia...
Dia seolah-olah memberi harapan kepada hamba...
Bergurau dengan dia,berborak dengan dia,sehinggakan satu masa hamba jadi takut dengan dia sebab hamba rasa hamba masih sayangkan dia...
Hamba takut untuk bersua muka dengan dia...
Entah kenapa,hamba pun kurang periksa...

Tapi,dia yakinkan hamba,
beri hamba semangat,suruh hamba berdepan dengan dia...
HamBa berdepan dengan dia pada hari terakhir semester 1 hamba...
Hamba cuba untuk luahkan segalanya,tapi lidah hamba terkelu.Tambah-tambah lagi bila dia pandang hamba..
Sebelum hamba melangkah meninggalkan kolej,hamba hadiahkan dia sebungkus coklat,tanda sayang hamba kat dia.
Tapi ternyata dia tidak mengerti dan tidak akan mengerti...

Hamba mula rasa rindu kepada dia bila menjejakkan kaki ke tanah kelahiran hamba,Kelantan...
Tak dapat lagi menatap wajahnya,tak dapat mendengar selorohnya,tak dapat tengok dia marah bila hamba bertutur loghat Kelantan...
InsyaAllah semua ini akan berakhir...
Sejak cuti semester,hamba dapat rasa yang dia makin jauh dari hamba...
Tiada lagi mesej dia,tiada lagi pertanyaan khabar darinya.
Jika tidak hamba yang memulakan dulu,dia pasti menyepi...

Tapi tak apa,sayang punya pasal...

Hari ini dia datang ke Kelantan,2 orang abangnya akan berkahwin dengan gadis Kelantan...
Esok,cinta abang dia akan bersemi.
Dan malam ini cinta hamba yang berkecai...

Hamba inginkan kepastian dengan penantian hamba,
Dan dia mengatakan,dia sudah ada orang lain...

Kenapa tak dari awal lagi dia mengatakan hal itu,
seolah memberi hamba harapan tapi sebaliknya dirinya sudah dimiliki...
Tuhan saja yang tahu hancur lagi hati hamba buat kesekian kalinya...
Dia cinta terakhir yang hamba kejar...
Hamba tidak akan mengejar cinta lagi,pintu hati hamba sudah tertutup untuk perempuan...
Jika ada yang sudi mengetuk,Alhamdulillah...

Terima kasih Fick,kerana sudi mendengar luahan yo malan ini...
Kaulah sahabat ku...
Terima kasih T(bukan nama sebenar) kerana mengajar hamba erti kesungguhan,kesabaran dan pasrah dalam percintaan.
Semoga awak bahagia dengan dia...

Inilah kisah yang menghancurkan hati aku buat kesekian kalinya.

2 comments:

kotak said...

assalamualaikum..
adakalanya cinta bukan tiada..
tapi belum masanya..
bersabar..
itu kekuatan orang yang menyayangi...
cinta sepatutnya memberi..
tanpa mengharap balasan..
nnt..tanpa sedar..cinta itu terbalas..

Unknown said...

Sabar...
iulah yg hamba buat sekarang...