Sunday, December 07, 2008

Salam Pengorbanan...

Tiba lagi 10 Zulhijjah dalam pengembaraan kita sebagai khalifah di muka bumi ini...
Ini bermakna tiba lagi saat untuk kita menyambut hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha atau lebih popular dengan gelaran Hari Raya Korban...

Esok pasti ada pertumpahan darah...Banyak lembu,kerbau,kambing mahupun unta yang akan tumbang kebumi dan nyawa akan dicabut menerusi kelaran dari parang penyembelih...

Bagi yang berkemampuan,boleh mengorbankan binatang sebagai ibadah kepada Allah SWT.
Tapi bagi orang yang tidak berkemampuan ataupun belum layak seperti hamba,
ada cara lain untuk menunjukkan pengorbanan kita asalkan niat kerana Allah...

Telah banyak yang hamba korbankan untuk tahun ini,termasuk mengorbankan cinta hamba kepada insan yang dicintai...
Yang lepas,biarkan lepas
dan bagi hamba itulah pengorbanan yang paling bermakna pernah hamba korbankan...
Semoga dia dan hamba mendapat hikmah daripada apa yang terjadi...

Bagaimana dengan anda?
Pasti ada yang anda telah korbankan dan akan dikorbankan bukan...
Ape yang dikorbankan,itu tidak penting.
Tapi apa yang penting,untuk apa ia dikorbankan,
maksudnya niat kita...

Apa-apa pun,semoga ibadah korban yang anda lakukan akan mendapat ganjaran daripada-Nya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA,MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Selamat Berkorban...

Assalamualaikum...