Thursday, December 31, 2009

Ke Puncak jua kembalinya hamba...

Salam pembuka bicara kembali....
sudah lama juga tidak mencoret di ruang yang daif ini...
teratak sarjan agak sunyi sejak kebelakangan ini,
bukan terpaku dek kutukan caci maki di chat box tetapi agak sibuk melayan perasaan di tanah air sendiri..

Sudah sebulan lebih bertapa di Kelantan akibat cuti sem yang pasti melanda...
Hari ini alhamdulillah sarjan selamat kembali ke dunia penuh cabaran,kolej Puncak Perdana untuk mula mengadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar perfileman dan pelajar seni di sebuah fakulti yang amat disayangi...

Setelah kembali memijakkan kaki ke kolej kediaman ini,dirasakan hamba perlu melakukan sesuatu yang agak berharga semester ini,,
hamba sendiri pun tidak pasti apa,tapi yang penting bukan lagi bicara cinta...

Ya,hamba seorang anak seni yang baru belajar bertatih dengan lebih laju,
hamba perlukan sesuatu yang baru,
mungkinkah ianya azam tahun baru?
mungkinkah ianya suatu keinsafan?kesedaran?
atau mungkin juga suatu ledakan perasaan yang lama tersimpan..

Namun yang penting,
aku tetap aku,aku bukan orang lain..
sarjan tetap sarjan,yO tetap yO...

Akhir kata,
hamba inginkan sesuatu yang baru
dan hamba cuba untuk mencapainya..

Salam Puncak Perdana...

salam seni...

2 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

tahniah yo sebab dah berjaya kembali kepuncak dengan jayanya! malangnya may tak dapat nak mendaftarkan diri pada hari yang sepatutnya nanti disebabkan faktor kesihatan yang kurang mengizinkan. may harap yo sihat dan happy dengan keluarga(housemate) baru nanti.

SarjaN yO said...

trima kasih may...may demam ke???happy?insyaAllah...