Wednesday, February 17, 2010

Berakhirnya Perkhidmatan Dato` Jaya...

Ya,Dato` Jaya....
nama yg hamba berikan kepada motosikal kesayangan hamba..
DJ 7961,kini bukan lagi milik hamba..

berita mengejutkan ini diterima dari adik hamba di Kelantan,
dia cakap abah dah jual motor abg ngah kat kawan dia...
tapi takpe,memang hamba tidak upaya lagi untuk menjaganya kerana hamba berada jauh sekarang...

Motosikal ni terlalu banyak kenangannya dengan hamba..
hamba mula menjaga motosikal ini sepenuhnya sejak hamba di tingkatan 4,
kira-kira 5 tahun yang lepas..
terlalu banyak pengalaman hamba bersama Dato` Jaya ini..

Kena tahan polis,
road block,
kena kejar polis (tapi dapat lari),
accident,
buat kejar budak ponteng sekolah,
buat pergi tempat org bergaduh,
buat balik kampung,
yang paling berharga adalah motosikal inilah yang membawa hamba kesekolah dan membawa hamba menduduki peperiksaan,
membawa hamba mengajar kawad merata tempat,
dan perkhidmatan terakhirnya adalah menjadi props untuk short film indipendent bertajuk Nur yang penggambarannya dilakukan di Kelantan...

Dan sekarang,hamba rasa senang kerana tidak perlu lagi membasuh motor,
service motor kalau hamba balik kg sebab lama xstart motor tu...
haha..

Abah,terima kasih sebab dah buang satu beban yang ada kat rumah tu,dah la mengganggu pemandangan,asyik rosak plak tu...hehe...

Apa-apapun,hamba akan merindui Dato` Jaya hamba...
semoga kau akan terus memberi perkhidmatan kepada tuan baru kau DJ 7961...




DJ 7961,menjadikan hamba lagenda rempit Kelantan...hAhAhA...(sep kitow,kawe buke dato` jayo lagi wei...)
Zaman sekolah hamba bersama Dato` Jaya...
Salam Seni...
.

Sunday, February 14, 2010

Hamba Merindui...

Cuti pertengahan semestter dah bermula,
shooting pun dah habis..
dan juga,
satu benda lagi yang dah habis adalah,

TIKET BAS...

Hamba rasa seperti hamba terlepas sesuatu,
terlepas suatu saat yang berharga,
di mana hamba boleh menatap wajah mak dan abah,
mencium tangan mereka...

Hamba bukan tidak mahu pulang ke Kelantan,
namun bebanan tugas yang harus dipikul,
kerja yang harus diselesaikan
dan amanah yang harus dilaksanakan,

memaksa hamba untuk terus berada di Puncak Perdana
selama seminggu cuti ini...

Menitis air mata ini,
bila terbaca blog Shu Supian,
di mana dia amat merindui mak dan abah,
begitu jugalah hamba merindui mak dan abah...

InsyaAllah satu masa nanti
hamba akan pulang untuk bertemu
mak dan abah,
andai hamba punya waktu
akan hamba terus
menyenangkan hati mereka...

yO rindu dan sayang kat Abah dan Mak...


Salam Seni...




.

Thursday, February 11, 2010

MTV;Projek Pertama Semester Ini...


Alhamdulillah,setelah selesai pre-pro untuk projek akhir yang pertama bagi sem ini,

esok, Kaki Tripod Production akan memulakan penggambaran klip video...

production akan berlangsung insyaAllah selama 3 hari,jumaat,sabtu dan ahad...

Semoga CT 111 akan tetap utuh bersama bagi menjayakan projek kali ini..

Hamba,berada dibahagian penataan cahaya,jadi lepas ni agak silau gak la mata...

hahaha..


Ape pun,Semoga Berjaya untuk kita semua,keluarga CT 111...
(Dah lama tak update blog,,,entah la,kecelaruan jiwa...)
Salam Seni...


.