Sunday, February 14, 2010

Hamba Merindui...

Cuti pertengahan semestter dah bermula,
shooting pun dah habis..
dan juga,
satu benda lagi yang dah habis adalah,

TIKET BAS...

Hamba rasa seperti hamba terlepas sesuatu,
terlepas suatu saat yang berharga,
di mana hamba boleh menatap wajah mak dan abah,
mencium tangan mereka...

Hamba bukan tidak mahu pulang ke Kelantan,
namun bebanan tugas yang harus dipikul,
kerja yang harus diselesaikan
dan amanah yang harus dilaksanakan,

memaksa hamba untuk terus berada di Puncak Perdana
selama seminggu cuti ini...

Menitis air mata ini,
bila terbaca blog Shu Supian,
di mana dia amat merindui mak dan abah,
begitu jugalah hamba merindui mak dan abah...

InsyaAllah satu masa nanti
hamba akan pulang untuk bertemu
mak dan abah,
andai hamba punya waktu
akan hamba terus
menyenangkan hati mereka...

yO rindu dan sayang kat Abah dan Mak...


Salam Seni...




.

5 comments:

shusupian said...

Sama2lah kita menjadi Sang Perindu..jaga diri leklok tau..jgn sedih2..klu Yo lama x balik, kak lg lama tau..dh la raya dh 2kali xblk..tahun ni pun xbalik jgk..huhuhu..

affan said...

kesian kau yo.
laen kali booking tiket bas awal2.

SarjaN yO said...

shu: tp klau ada cuti hujung minggu,yO nak balik gak jap...

affan: nk booking tp xtau nak balik bila,kang tiba2 shooting lari schedule la,ape ke...

Intan QAMARHANI said...

intan simpati yo.
takpe, next term break ni,
pastikan tempah awal-awal k. :)

SarjaN yO said...

tq intan,,xde,xde,lepas ni yO plak nk balik awal...hahaha