Hujan lebat mula mencurah di Puncak Perdana,
bersama dengan rentetan tangisan yang tiada berpenghujung...
dulu aku pernah berkata,
tiada kata cinta yang akan diungkapkan lagi,
tapi aku berdusta pada hati ini,
kerana aku masih perlukan itu dan ini...
terkadang aku terasa ingin bertemu
dengan apa yang dikatakan 'putus asa'.
namun hati ini masih kuat...
terlalu ramai yang aku temui,
namun tiada yang berbeza dari yang sebelum ini...
tiada niat terlintas dihati
untuk meraih cinta kembali,cukuplah melihat dia bahagia kini,
bersama insan yang dia cintai...
malam ini aku terfikir lagi,
menga harus aku jatuh hati,
walaupun jawapan itu pasti,
dia tetap akan pergi,
berlalu tanpa pengganti,
yang sudi bertamu dihati..
larikan hati ini.
agar tidak bertemu dengan insani,
yang tidak pernah menangisi,
sesuatu yang dinamakan cinta sejati...
(hamba mendengar luahan hati sahabat yang tidak pernah penat mencari cinta. semoga kau bertemu akhirnya)
Salam Seni...