Thursday, March 26, 2009

Dokumentari agak hebat...

Semalam hamba berkesempatan menonton tayangan dokumentari yg bertajuk `Malaysian God`.
Pengarah dia saudara Amir Muhammad yang pernah gempar dgn dokumentari The Last Komunis yg diharamkan tayangannya.Dan kini mula dikenali dgn filem Susuk...

Doku semalam memaparkan isu kejatuhan Anwar Ibrahim satu masa dulu,dan apa yg uniknya,dia mendapatkan pandangan dari kaum India.
Mgkin tiada yg pelik bagi org lain,tp bagi hamba,kenapa dia tak menemuramah masyarakat Melayu yg kita tahu begitu kuat sokongannya terhadap Anwar Ibrahim dulu...

Setelah hamba mendapatkan penjelasannya,rupanya baru hamba faham...
Kita rakyat Malaysia ada berbilang kaum,apa yg dia mahukan adalah pandangan dari kaum lain tntg tragedi itu dahulu.Jika bertanya kepada Melayu.mgkin ada yg menjelaskan selaku menyokong atau membangkang Anwar Ibrahim..

Jika ada kesempatan,carilah dan tontonlah dokumentari ini yg 99% menggunakan bahasa tamil...

Sekian sahaja untuk permulaan bicara filem sarjan yo...

Salam seni dan salam teristimewa kpd yg pernah menyakiti...

No comments: