Monday, March 16, 2009

Hamba masih disini...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Akhirnya setelah lebih sebulan hamba menyepi,dapat juga hamba update blog hamba...
Terima kasih kepada yang memberi komen pada isu bahasa Kelantan...
Puteri lanun.Perak itu ada hidupnya sebelum mati...

Sebenarnya,tanggal 22 Februari yg lalu,hamba mendapat sedikit kecelakaan jalan raya...Hamba merasakan nyawa hamba telah melayang,seperti bertarung dengan maut ketika itu...Ya Allah,besar sungguh dugaan-Mu...
Hamba ditimpa kemalangan setelah pitam semasa menunggang motor di seksyen 2 shah alam.Akibat daripada itu,tulang bahu hamba disahkan retak oleh doktor di hospital Klang.Tangan kiri ku bagaikan lumpuh kerana tidak mampu bergerak dan ditambah pula dengan kesakitan yang teramat sgt akibat keretakan itu.Kaki kiri hamba bengkak untuk seminggu.Didalam menempuh dugaan itu,tuhan yg Esa sahaja tahu keperitan yang aku tempuhi.Alhamdulillah,setelah menghadiri temujanji dgn doktor pada 12Mac lepas,doktor mengatakan yang tulang bahu hamba sudah 60% sembuh tetapi memerlukan masa sebulan lebih lagi untuk sembuh dan memerlukan setahun untuk pulih. hamba redha dgn ketentuan ini.
Hamba benar-benar rimas kerana hidup hamba berubah dek kerana tak boleh membuat kerja-kerja berat terutama sekali camping dan shooting.

Terima kasih kepada abah dan mak yang sanggup datang dari Kelantan utk menjenguk hamba,terima kasih bapa-bapa sedara dan mak-mak sedara yang mengambil berat hal hamba,terima kasih kepada abang,kak dan nini yang bertanya khabar hamba.Terima kasih juga kepada sepupu-sepupu hamba yang risaukan hamba.Terima kasih kepada Hamimi yang menamani hamba ke klinik,Azmil yg membelikan makanan sepanjang hamba tak boleh bergerak,Syahril yang menolong aku mendobi baju ketika itu dan memandu kereta ke hospital utk temujanji dan terima kasih yang paling besar kepada brother-brother hamba di Puncak ini iaitu Vince dan Fakri yg tiba ke tempat kejadian dan Adigun yg bertanya khbar hamba.Tak dilupaka kepada kawan-kawan lain yang ada membantu dan bertanya khabar terutama sahabat tersayang Puteri Lanun...

sebenarnya sekarang ni pun bahu masih sakit...hampir setengah jam masa hamba perlukan utk menyiapkan post ni...
Semoga berjumpa di lain masa...
Doakan sarjan sembuh ya...

Salam seni...

No comments: