Saturday, August 15, 2009

Hamba lihat dia bahagia...

Hari ini
hamba cuma mampu melihat
insan ditepi hamba
sahabat sebilik hamba
sentiasa tersenyum
sentiasa ceria
handfon tak lekang dari tangan
nada dering tidak berhenti berkumandang
jari sentiasa menekan butang
untuk menaip pesanan ringkas
kadang-kadang berbual dalam diam

itulah dia
sahabat hamba yang sekarang bahagia
sejak ada insan yang menerima
dirinya seadanya
menilai cintanya
dengan keikhlasan

hamba sentiasa tersenyum melihat keceriaannya
namun dalam senyum itu
seribu perkara bermain dalam hati dan fikiran hamba
hamba cuba menjawab
namun sukar
hamba cuba mencari jawapan
namun sakit yang hamba jumpai
persoalan dan pertanyaan
saling bertukar ganti

adakah hamba hanya mampu melihat
atau memang hanya mampu melihat
sahabat hamba bahagia
bersama temannya

namun hamba
masih begini
bertanya sendiri
bilakah hamba akan dimiliki
adakah hamba tidak layak memiliki

hamba temui pilihan
terus mencari
atau
terus berhenti,
terus menanti
atau
terus menutup pintu hati,
terus hidup begini
atau
terus mati...

dimana kau pergi
berhentilah berlari
hamba menanti disini
wahai cinta sejati...


salam seni...

.

2 comments:

Figo The Spark said...

sape sahabat ko 2???
bertuah die kn...lalalalala..
nt ko dpt la,sabar yo..
setiap manusia telah ditetapkn jodohnye...myb ni mse ak utk bahgie lu...eh mse ak lak...mse member ko...

SarjaN yO said...

tahniah kat kau spark...prempuan mmg pandai memilih...