Tuesday, September 29, 2009

Hamba Masih Mencari...

Adakah Lagi Insan Yang Sudi Membawa Diri Hamba Kembali Ke Pangkal Jalan???
Hamba Makin Tersasar Dari Haluan Hidup Yang Benar...
Bantulah Hamba,Hamba Allah Yang Makin Kabur...

Sunday, September 27, 2009

Kembali jua...

Dah seminggu kat Kelantan,
akhirnya semalam
balik ke Puncak Perdana semula...

Jalan tak berapa jem sangat
sebab orang masih tunggu 2 hari nak raya kat kg,
tapi hamba sanggup korbankan 2 hari cuti lg
untuk mengelakkan kaki lenguh dan otak tertekan terperangkap dalam jem...

Seminggu raya kat Kelantan,
best la jugak,
jadual penuh sikit
assignment pun tak sentuh langsung...

dah balik kolej ni,
nak kena menghadap assignment yang bertimbun lagi...

Kata akhir,
salam seni la buat yang masih aktif buat assignment dipenghujung semester ni...


Salam Seni...


.

Sunday, September 20, 2009

Salam Di Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI SHAZRUL@YO@SARJAN YO PERNAH BERBUAT DOSA KEPADA ANDA,IBUBAPA/KELUARGA,KAWAN.SAHABAT/CIKGU.JURULATIH,PENSYARAH...

AMPUNKANLAH DOSA HAMBA DI HARI YANG MULIA INI...

MAAF ZAHIR DAN BATIN...

SALAM SENI...


.

Saturday, September 19, 2009

Tiba tapi masih Pelik...

Akhirnya hamba tiba juga ke tanah kelahiran hamba,
tepat jam 11 malam semalam..

Hamba janji dengan bapa saudara hamba nak bertolak pada pukul 8.30 pagi,
dia sedikit terlewat kepada pukul 10.30 pagi,
tapi yang peliknya,
dia sampai tempat hamba tapi hamba hilang...

Ya,hilang!
hamba sendiri tidak sedar apa yang berlaku,
54 panggilan tidak dijawab,12 mesej baru dalam peti masuk,
hamba tidak sedar dengan bunyi nada dering yang 54+12 ditepi telinga hamba...

semua orang risaukan hamba,hamba seperti hilang,bapa saudara hamba mencari hamba didalam bilik tetapi dia kata aku tak de pun...
akhirnya dengan panggilanyang ke 55 dari nenek hamba,barulah hamba sedar pada pukul 12...

hamba memulakan perjalanan pulang dengan sedikit ketidak tenangan,
tertanya sendiri apa sebenarnya yang terjadi?
kemana hamba pergi?
hamba tidak sedar dengan 54 kali nada dering?
semua itu mustahil kalau hamba tidur seperti biasa,
mugkin ada kaitan dengan perbuatan makhluk di alam lain...

Friday, September 18, 2009

Menuju Tanah Kelahiran...

Alhamdulillah,setelah hampir dua bulan atau mungkin lebih hamba tidak pulang ke Kelantan,
akhirnya esok,dapat juga memulakan perjalanan pulang ke desa...

Balik kampung kali ni berbeze dari yang biasa kerana terlalu kuat semangat nak raya...
huhu...

Apa-apa pun doakan hamba dan bapa saudara hamba selamat...

Terima Kasih Pok se sebab sudi menemani semangat raya yang ingin tiba ke negeri tanah kelahiran...

Salam Seni...


.

Wednesday, September 16, 2009

Mencari sesuatu...

Azan subuh telah berkumandang,
hamba masih hidup tanpa mati walau seketika...

Hamba masih belum berhenti,
belum berhenti dari mencari
dan terus mencari,

Mencari sesuatu
yang tidak pasti...

Salam Seni...

(tersenyum sendiri semasa menghadap lap top,entah apa yang difikirkan hingga hamba tersenyum sendiri)

Sunday, September 13, 2009

Hati Berbisik?

Bulan itu menampakkan wajahnya yang bercahaya
bintang itu mengerdipkan cahayanya yang berseri

unggas itu berterbangan dengan sayap halusnya
cengkerik itu berbunyi dengan suara nyaringnya

hatiku berbisik dengan kata-kata cinta
diriku menengking dengan imbauan kenangan silam,

untuk apa aku memerhatikan itu semua
untuk apa aku memikirkan itu semua

kerana didalam benak ini
ada satu rasa
sama seperti dulu
dek hati ini yang dahagakan suatu rasa

aku tidak mahu ombak sama menghakis pantai
namun aku pantai
perlu setia menerima kehadiran ombak

hati berbisik
cinta tidak boleh dibawa lari
cinta sentiasa berbisik di dalam hati.


Salam Seni...


.

Saturday, September 12, 2009

Malam Penuh Kesucian...

Setelah lebih 20 hari kita berpuasa,
pasti semua umat Islam akan terfikir tentang suatu hal
dimana kita akan sentiasa terfikir dan berfikir,
dimana adanya satu malam yang penuh kerahmatan...

di dalam satu malam
insyaAllah di antara sepuluh malam terakhir,
tuhan kurniakan kepada manusia
suatu malam yang luar biasa...

kehebatan Malam Lailatulqadar,
pastinya kita sering tercari
jika kita mampu atau tidak untuk bertemu dengan anugerah tuhan itu.

pertingkatkan amal mu,
tuluskan hati mu,
perkuatkan iman mu,
wahai umat Islam,
Allah akan kurniakan mu suatu malam
yang sebaik malam seribu bulan
malam yang penuh kenikmatan ganjaran pahala...

ingin sekali hamba bertamu di Malam Lailatulqadar...


Salam Seni...


.

Friday, September 11, 2009

Di Sisi Terlenalah Setia...

Angin yang dingin itu
membawa aku untuk menyusuri kehidupan
anak-anak yang sudah petah berkata
dengan hati yang sudah reti menilai
mana baik,mana dajal,
aku setia dibangku kaku ku
sambil terus melihat
mereka berlari
dan terus berlari,
sesekali mereka jatuh
mereka tidak menangis
tetapi makin ceria dengan gelak
penuh keriangan.

Hari ini
aku termenung lagi dibangku kaku ku
untuk melihat apa pula
permainan mereka
dan yang ku lihat
seribu keriangan terus dicipta
tetapi jika ada yang tercelaru
air mata akan membasahi kulit licin wajah mereka
dek mereka yang sudah kenal hati
kenal perasaan.,

Hari ini
dibangku kaku ku ini
aku terpegun melihat
mereka yang dulunya berlari bersama
bergelak bersama
menangis bersama
akhirnya
penantian hati menerbitkan mereka
menjadi dua insan
yang berkongsi suka dan duka
saling mencurah kasih dan sayang
sama-sama menilai cinta yang dilafazkan...


Salam Seni...


.

Thursday, September 10, 2009

Mencari Sebuah Keikhlasan...

Dalam seketika,hamba termenung,
dalam termenung,hamba berfikir,
dalam berfikir,hamba mengalirkan air mata...

Selama ini,hamba sentiasa mencari,
tanpa rasa penat walaupun sakit,
tanpa rasa pedih walaupun letih,
kerana hamba ingin menemui sebuah perkara yang hamba cari...

Thanks May,
yO mungkin belum jumpa apa yang dicari,
tapi yO seperti masih perlu mencari
dan masih boleh mencari...
terima kasih untuk coklat may,
sebuah pemberian yang terlalu berharga,
cenderahati pertama dariinsan bernama sahabat...
TERIMA KASH May...

yO rasa seperti hidup ini memang perlu diteruskan,
yO tak boleh kalah may,
yO tahuyO masih ada kawan,
may,mimi,reez,rizal dan semua yang menganggap diri ini kawan,
diri yang tidak punya apa ini,
ingin sangat bertemu dengan sebuah perkara,
sebuah rasa,sebuah pengorbanan,

Hamba seperti tersenyum dalam menangis,
walaupun air mata ini tidak berhenti mengalir,
namun bibir tidak keluuntuk melakar senyuman,
diri tidak leka untuk ceria,
wajah tidak jemu untuk bergelak...
untuk apa hamba tunjukkan kesedihan
jika tiada siapa ingin menyapu air mata ini...
hamba ingin bertemu dengan seseorang,
seseorang yang mempunyai
dan mampu memberi apa yang hamba cari,
kerana hamba akan terus mencari...

hamba mencari sebuah keikhlasan...


salam seni...


.

Wednesday, September 09, 2009

Majlis Berbuka Puasa Perdana TEKA

Berbuka Puasa Perdana
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Tarikh : 09/09/09
Hari : Rabu
Waktu : 6 ptg - 8 mlm
Tempat : Perkarangan tempat letak kereta FACT
semua warga FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK dijemput hadir
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Mahasiswa Fakulti F.A.C.T

Tuesday, September 08, 2009

Selamat Ulangtahun yO...

Ungkapan yang selalu orang ucapkan bila tiba hari ini,
"happy birthday",
namun bagi hamba,tidak pelik jika hamba tidak mendengar ucapan itu.

hamba tidak pernah hirau tentang ulang tahun kelahiran hamba,
yang hamba tahu,cukuplah memberi makna kepada diri hamba,

hari ini,
8 September 2009,
menyaksikan seorang insan yang tiada apa yang istimewa,
mula melangkah ke tahun baru,
tahun yang menyaksikan,
umur berubah kepada 19 tahun...

sudah 19tahun hamba hidup dibumi ini,
dibesarkan oleh keluarga,
dikelilingi oleh rakan-rakan,
di didik oleh banyak hal...

kepada sahabat...
kawan-kawan,terima kasih kerana sudi menemani hamba dalam meniti usia kanak-kanak sehingga remaja,
hamba tahu hamba xpernah senangkan hati semua pihak
tapi hamba mencuba utk menjadi sahabat kepada kalian.
kalian semua adalah sahabat bagi hamba,dan sesiapa yang ikhlas berkawan dgn hamba,hamba adalah kawan kalian...
terima kasih juga kerana tidak pernah membuang hamba dari jaringan persahabatan kalian,
hamba cuba memberi yang terbaik,tetapi bergantung kepada kalian untuk menilai hamba wahai sahabat...

kepada mak dan abah...
mak,abah,
yO tahu yO dah banyak menyusahkan mak dan abah,
yO bukanlah anak terbaik yang mak abah nak,
yO xmampu nak beri segala yang mak abah harapkan,
sekarang yO telah berada dihaluan yO
sedangkan 6 tahun dulu mak abah nakkan yO berada dalam landasan yang terbaik,
yO dah pilih jalan yO,yO tahu yO dah hampakan harapan mak abah untuk melihat yO berjaya sebagai seorang cikgu,engineer,doktor,
tapi tu semua bukan diri yO...

mak,abah,setelah yO termenung sejak umur yO memasuki 19 tahun,
yO rasa tiba masa utk yO mula sedar akan kelemahan diri...
yO akan cuba jadi anak yang baik lepas ni...
tapi yO xjanji,sebab dah banyak kesilapan yang yO buat dalam hidup yO mak,abah...

terima kasih kepada keluarga yang mengingati tarikh bermakna ini,
kawan-kawan,yO xmgharapkan ape2 sambutan sebab yO mmg xsuka org celebrate birthday yO,maaf kalau dah menyusahkan korg...

salam seni...


.

Monday, September 07, 2009

Menanti suatu hari...

Hamba menanti suatu hari yang bernama hari dalam hidup hamba...



hari utk hamba muhasabah diri,

hari utk hamba sedar diri,

hari utk hamba termenung sendiri,

hari utk hamba jadi diri hamba...


hamba menanti suatu hari yang bermakna...

salam seni...


.