Saturday, September 12, 2009

Malam Penuh Kesucian...

Setelah lebih 20 hari kita berpuasa,
pasti semua umat Islam akan terfikir tentang suatu hal
dimana kita akan sentiasa terfikir dan berfikir,
dimana adanya satu malam yang penuh kerahmatan...

di dalam satu malam
insyaAllah di antara sepuluh malam terakhir,
tuhan kurniakan kepada manusia
suatu malam yang luar biasa...

kehebatan Malam Lailatulqadar,
pastinya kita sering tercari
jika kita mampu atau tidak untuk bertemu dengan anugerah tuhan itu.

pertingkatkan amal mu,
tuluskan hati mu,
perkuatkan iman mu,
wahai umat Islam,
Allah akan kurniakan mu suatu malam
yang sebaik malam seribu bulan
malam yang penuh kenikmatan ganjaran pahala...

ingin sekali hamba bertamu di Malam Lailatulqadar...


Salam Seni...


.

2 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

macam mana ek agak2 nya kita nak tahu malam tu? kat kelantan ada tak apa2 tips untuk tahu malam2 macam tu?

SarjaN yO said...

cari dgn keikhlasan dan keimanan..insyaAllah anda akan menemui malam terbaik itu...