Friday, December 18, 2009

Mencari Redha Nya...




Selangkah lagi
aku bertapak
ke sebuah ruang masa
berbeza dari semalam
yang membawa jasad ini
bergerak ke arus perubahan

Tahun tidak pernah kaku
cukup membilang hari
ia berubah ke arus yang baru
membawa umatnya bersama
meniti perubahan

Hijrah bertapak di sini
di hadapan kita yang masih bermimpi
mengejar sesuatu di dunia ini
sehingga tercicir sesuatu di sisi

Pada hijrah ini
aku memohon sesuatu
yang mungkin aku tercicir
dari tuhan yang mencipta aku
sehingga jasad bertemu dengan nyawa
sehingga aku
kabur tentang Nya

Ya tuhan ku
aku memohon
kembalikan apa yang aku cicirkan
kerana aku masih dalam perjalan
pengembaraan seorang khalifah
yang mencari redha Mu ya Allah...


(Salam Maal Hijrah)



Salam Seni...


.

6 comments:

affan said...

honda cup.
class. =D

Unknown said...

motor atok aku tuu...gambar tu aku ambik saje2 jer,tapi meaning giler wei...

irza said...

nice. :)

salam singgah. jemput ke blog saya.

Unknown said...

terima kasih irza...

Ilyana Fauzy said...

Selamat menyambut Maal Hijrah :)

Unknown said...

Selamat ye...terima kasih The Exquisite...