Saturday, December 05, 2009

WAYANG bukan sekadar wayang...




WAYANG, sebuah filem yang dipinggirkan dari mata juri pada Festival Filem Malaysia (FFM) yg lepas...
Namun malam ini, segalanya terbukti di malam ANUGERAH SKRIN 2009 apabila Filem Wayang, arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan terbitan UiTM yang menjulang nama FACT telah memenangi anugerah terbesar perfileman iaitu FILEM TERBAIK.....Selain itu, Hatta Azad Khan juga memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Filem, Eman Manan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Zul Huzaimy memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Ida Nerina memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem...
Tahniah kepada Prof,UiTM,FACT dan semua tenaga kerja yang telah menjayakan filem yang mengangkat budaya kesenian Wayang Kulit Kelantan ini...
Hamba tumpang bangga selaku salah seorang crew dari Promotion Team semasa hamba berada di semester satu dulu...
Tahniah pensyarah-pensyarah,senior-senior,,tahniah kawan-kawan...kita berjaya woii...............

Dan, kemenangan ini kita dedikasikan kepada Arwah Ya Daud @ Pak Ya yang merupakan seorang Dalang dan pejuang Wayang Kulit dan juga merupakan seseorang yang banyak membantu dalam menjayakan filem yg berkisar tentang kehidupannya...


Krew Promosi
Salam Seni...

4 comments:

affan said...

aku terkejot yo bler
dia umum prof hatta mng.
caya r. eman manan mng.
gempak!!
btw,siap letak lagi muka
krew promosi. hahahaha.

Unknown said...

promosi penting wei...hahaha...
tahniah utk semua la reez...aku pun xsangka,aku ingat Budak Kelantan nak menang...hua hua hua...

Mohamad Hj Yawmon said...

amboi2.. saya pun terlibat gak eh dalam mempromosikan filem ni so harap2 lah dekan kita tu akan bagi penghargaan sepatutnya kepada crew promotion (kita semua). hehe... nanti i pun nak letak gak gambar i yang ada kaitan gan wayang tu. jangan jelos.

Unknown said...

xde maknanye nk jealous...alaa,krew production yg akan diutamakan dulu...percayalah...nyesal x tangkapgambar banyak2 dulu,klau tahu nak menang mcm ni,yO beli awal2 lg DSLR ni...hua hua hua...