Wednesday, February 17, 2010

Berakhirnya Perkhidmatan Dato` Jaya...

Ya,Dato` Jaya....
nama yg hamba berikan kepada motosikal kesayangan hamba..
DJ 7961,kini bukan lagi milik hamba..

berita mengejutkan ini diterima dari adik hamba di Kelantan,
dia cakap abah dah jual motor abg ngah kat kawan dia...
tapi takpe,memang hamba tidak upaya lagi untuk menjaganya kerana hamba berada jauh sekarang...

Motosikal ni terlalu banyak kenangannya dengan hamba..
hamba mula menjaga motosikal ini sepenuhnya sejak hamba di tingkatan 4,
kira-kira 5 tahun yang lepas..
terlalu banyak pengalaman hamba bersama Dato` Jaya ini..

Kena tahan polis,
road block,
kena kejar polis (tapi dapat lari),
accident,
buat kejar budak ponteng sekolah,
buat pergi tempat org bergaduh,
buat balik kampung,
yang paling berharga adalah motosikal inilah yang membawa hamba kesekolah dan membawa hamba menduduki peperiksaan,
membawa hamba mengajar kawad merata tempat,
dan perkhidmatan terakhirnya adalah menjadi props untuk short film indipendent bertajuk Nur yang penggambarannya dilakukan di Kelantan...

Dan sekarang,hamba rasa senang kerana tidak perlu lagi membasuh motor,
service motor kalau hamba balik kg sebab lama xstart motor tu...
haha..

Abah,terima kasih sebab dah buang satu beban yang ada kat rumah tu,dah la mengganggu pemandangan,asyik rosak plak tu...hehe...

Apa-apapun,hamba akan merindui Dato` Jaya hamba...
semoga kau akan terus memberi perkhidmatan kepada tuan baru kau DJ 7961...




DJ 7961,menjadikan hamba lagenda rempit Kelantan...hAhAhA...(sep kitow,kawe buke dato` jayo lagi wei...)
Zaman sekolah hamba bersama Dato` Jaya...
Salam Seni...
.

6 comments:

shusupian said...

alahai sedihnye pulok..nnti yo nk naik motor mano???..

Unknown said...

ambik motor besar tok che tu la...hahaha

Anonymous said...

huk aloh...
sedeynye...
xpe yo aku phm...
begitulah rasenye ketike aku kehilangan LC aku..
waaaaaa!!

Unknown said...

tahu xpe...hok aloh...

Anonymous said...

lawak je cter nie...nostalgia mtor 2...susah nk cari mtr cm2 skrg ni..hehe...

Unknown said...

lawak?ni bkn lawak..
motor tu dh mcm awek dah..
byk berjasa tu...