Monday, March 23, 2009

Hati ku bagai tiada lagi...


Jangan kau beri,
harapan padaku,
seperti ingin tapi tak ingin...

Hamba pencinta yang setia,tetapi dimana kesetiaan untuk hamba?

Bukan satu hari,bukan satu bulan,tapi hampir 8bulan hamba menanti dia...
Bukan sekali,bukan dua kali,tapi sudah tiga kali dia permainkan hamba,
permainkan hati dan perasaan hamba...

Hamba tahu hamba mudah didekati,mudah memahami,
tapi ini bukan peluang untuk seorang perempuan semulia dia dihati hamba mempermainkan hamba...

Dia seolah memberi hamba harapan,
seperti ingin tapi tak ingin...

Untuk apakah kau mendampingi aku,kau mendekati aku,mengatakan kau memahami aku,sedangkan dihati kau tiada satu sudut pun untuk aku bertakhta...

Setelah dua kali kita berselisih faham,kau beri akum peluang ketigasedangkan kedua-due kali itu bukan aku yang menimbulkan konflik.
Aku melangkah ke semester ini dengan harapan dapat menjadi diri yang baru,tapi sayang...

Kau mendekati aku semula,seolah memberi harapan,
seperti ingin tapi tak ingin...

Dan kini,disaat ku mula mengharapakan mu,
kau lukakan aku,kau tinggalkan aku tanpa salam pengunduran dirimu...
sebaliknya aku yang menangis sendiri dek kecewa dipermainkan lagi...

Kini aku masih memberi kau peluang untuk mengubati luka ku.
Tapi jika kau mengharapkan aku datang balik kepada kau,
MAAF,aku sudah tidak mampu untuk berbuat begitu dengan mu lagi...

Aku bisa memaafkan mu,tapi hamba tak bisa memohon maaf dari mu...
Jauhilah hamba jika dikau bukan untuk hamab,
dekatilah hamba jika masih ada sinar cahaya untuk hamba...

Hamba akan cuba menjadi kuat selepas ini...
Hamba mula memahami apa itu yang dikatakan tawar hati,
apa itu yang dikatakan hati kering...

Terima kasih kepada `T` yang memberi hamba peluang untuk menangis sekali lagi,
terima kasih `T` kerana mengecewakan hamba..
Terima kasih banyak-banyak...

Kau kecewakan aku untuk kesekian kalinya...

Semoga kau bahagia bersama dia,insan yang kau sayang...
Andai kau sakit dilukai,kau carilah kau,
Hamba tak janji dapat menyembuhkan lukamu,tapi hamba kan cuba merawat lukamu itu kerana hamba sudah banyak kali merawat luka hamba sendiri yang kau lukakan...
Hamba sentiasa doakan yang terbaik untuk awak `T`...


Salam seni...

Monday, March 16, 2009

Hamba masih disini...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Akhirnya setelah lebih sebulan hamba menyepi,dapat juga hamba update blog hamba...
Terima kasih kepada yang memberi komen pada isu bahasa Kelantan...
Puteri lanun.Perak itu ada hidupnya sebelum mati...

Sebenarnya,tanggal 22 Februari yg lalu,hamba mendapat sedikit kecelakaan jalan raya...Hamba merasakan nyawa hamba telah melayang,seperti bertarung dengan maut ketika itu...Ya Allah,besar sungguh dugaan-Mu...
Hamba ditimpa kemalangan setelah pitam semasa menunggang motor di seksyen 2 shah alam.Akibat daripada itu,tulang bahu hamba disahkan retak oleh doktor di hospital Klang.Tangan kiri ku bagaikan lumpuh kerana tidak mampu bergerak dan ditambah pula dengan kesakitan yang teramat sgt akibat keretakan itu.Kaki kiri hamba bengkak untuk seminggu.Didalam menempuh dugaan itu,tuhan yg Esa sahaja tahu keperitan yang aku tempuhi.Alhamdulillah,setelah menghadiri temujanji dgn doktor pada 12Mac lepas,doktor mengatakan yang tulang bahu hamba sudah 60% sembuh tetapi memerlukan masa sebulan lebih lagi untuk sembuh dan memerlukan setahun untuk pulih. hamba redha dgn ketentuan ini.
Hamba benar-benar rimas kerana hidup hamba berubah dek kerana tak boleh membuat kerja-kerja berat terutama sekali camping dan shooting.

Terima kasih kepada abah dan mak yang sanggup datang dari Kelantan utk menjenguk hamba,terima kasih bapa-bapa sedara dan mak-mak sedara yang mengambil berat hal hamba,terima kasih kepada abang,kak dan nini yang bertanya khabar hamba.Terima kasih juga kepada sepupu-sepupu hamba yang risaukan hamba.Terima kasih kepada Hamimi yang menamani hamba ke klinik,Azmil yg membelikan makanan sepanjang hamba tak boleh bergerak,Syahril yang menolong aku mendobi baju ketika itu dan memandu kereta ke hospital utk temujanji dan terima kasih yang paling besar kepada brother-brother hamba di Puncak ini iaitu Vince dan Fakri yg tiba ke tempat kejadian dan Adigun yg bertanya khbar hamba.Tak dilupaka kepada kawan-kawan lain yang ada membantu dan bertanya khabar terutama sahabat tersayang Puteri Lanun...

sebenarnya sekarang ni pun bahu masih sakit...hampir setengah jam masa hamba perlukan utk menyiapkan post ni...
Semoga berjumpa di lain masa...
Doakan sarjan sembuh ya...

Salam seni...

Tuesday, January 27, 2009

Ini bahasa kami...

Bahasa Kelantan???
Ramai yang tidak fasih malahan tidak reti langsung untuk bertutur dalam dialek Kelantan...

Hamba selaku anak jati Kelantan rasa begitu malu dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak reti bertutur dialek Kelantan.
Sedangkan hamba yang pekat cakap kelate pun masih mampu mengajuk percakapan orang KL,Penang,Kedah mahupun Perak...
Tapi orang luar daripada kelate,x langsung mahu mencuba apatah lagi belajar tentang bahasa yang ada sedikit kacukan dengan Siam...

Renungkanlah wahai anak KL,Penang,Kedah,Perak,Sabah,Sarawak...
Anda sebahagian daripada anak Malaysia...

Jika hamba boleh mencuba bahasa anda,mengapa tidak anda mencuba berbahasa dalam dialek Kelantan...

Renung-renungkanlah...

Monday, January 26, 2009

Kelantan oH Kelantan...

KELANTAN...
Negeri yang banyak sejarah dan banyak kisah dalam pembinaan negara Malaysia...

Banyak yang nak saya ceritakan tentang negeri bernama Kelantan...

tertarik dengan artikel tentang Bahasa Kelantan yang ditulis oleh Ajai05.blogspot.com,
memang bahasa Kelate ni teramat unik...

Tak percaya?cuba tanya berapa ramai yang pandai berbahasa kelate selain anak kelate sendiri???

Jawab dulu persoalan ni...

Saturday, January 17, 2009

Cinta???

Hamba makin kabur dengan keputusan hamba untuk menutup pintu hati hamba kepada insan bergelar perempuan...

Makin hamba teguhkan ego hamba,makin hamba tertunduk dihadapan perempuan...

Kenapa masih ada insan yang hadir dan mencuit hati aku?
Kenapa mereka datang jika untuk mengecewakan aku?

Aku bukan anti kepada perempuan,tapi cukuplah dengan apa yang telah dilakukan oleh kaum ini terhadap aku...

Akan sampai masanya nanti aku membuka balik pintu hati aku untuk bercinta...

Tapi,bila?
Itulah jawapan yang hamba pun masih mencari...

Saturday, January 10, 2009

Induksi lagi...

Hari Isnin nanti,12 jan 2009,hamba dan seluruh rakan-rakan semester hamba akan di induct sekali lagi dengan senior part 5 sem ini...

dengar kata,perangai budak-budak sem hamba teruk,
kurang ajar,x hormat orang,besar kepala,perasan bagus,
orang KL cakap,macam bagus...

Apa-apapun hamba bersedia kerana hamba tahu hamba x bersalah...

Kepada abang-abang & kakak-kakak senior,bukan niat kami untuk kurang ajar...
Kepada rakan-rakan seperjuangan,sedarlah yang sem kita sem yang banyak masalah dari segi perangai,perhubungan,sosial dan zahirnya ramai orang x senang dengan kita...

Wednesday, January 07, 2009

Cinta itu sayang...

SELAGI ADA SAYANG,CINTA TAK KAN HILANG...

Jatuh cinta mengasyikkan.Putus cinta,kecewa rasanya.Bertepuk sebelah tangan pula,aduhai sengsara.
Begitulah cinta...Setiap waktu dan ketika...
Cintailah cinta,belajarlah untuk menerima kehadiran dan pemergiannya...
Apapun,cinta paling hakiki dan suci ialah cinta kepada keluarga dan Ilahi...
Tetapkan dihati,cinta pasti akan hadir menemani suatu masa nanti...

Bicara soal cinta dan hati ini memang tidak jemu diperkatakan.
Ada saja yang seronok dan indah untuk diungkap ...
Dengan cinta,manusia bisa bernafas,menjadi tegar,kuat,tabah dan segala-galanya...

Namun,cinta juga bisa menghiris,meluka dan memusnahkan.Malah,ia berupaya menjadi senjata paling tajam dan "menggerunkan" tatkala dilanda duka dan kecewa.
Maka,dengan itu,kegagalan cinta dijadikan alasan berbuat demikian dan meninggalkan adalah lumrah dalam bercinta...

Sungguhpun ia pahit,
namun itulah kebenaran yang perlu ditelan...

Saturday, January 03, 2009

HARI KIAN BERLALU...

Hari ketiga di tahun 2009,
tiada apa yang istimewa lagi.

Cuma,azam hamba masih segar dalam diri hamba...

Kelas pun akan bermula minggu depan...
Hari Isnin nak kena jumpa Abang Zack plak,pensyarah hamba...
Dia ada tawaran untuk cari duit katanya...
Doakanlah hamba murah rezeki...

salam seni...

Thursday, January 01, 2009

Membuka Pintu 2009

Tahun 2008 sudah meninggalkan kita...
Apa lagi yang boleh dibuat,masa tetap berlalu pergi...

Semalam memang best sangat,hamba dan beberapa orang kawan hamba buat countdown tahun baru di taman kat puncak...
Walaupun kurang meriah,tapi tu la kali pertama hamba menyambut tahun baru kat luar...

Azam 2008 Alhamdulillah tercapai iaitu ingin melangkah ke menara gading...

Azam 2009???
Sama macam kakak hamba,azam tu sentiasa ada dan perlu dicapai...
Tapi yang betul2 hamba ingin buat adalah,hamba nak turunkan berat badan hamba ni...

Jangan terkejut jika ada perubahan pada hamba nanti...

Apapun,buatlah yang terbaik pada tahun baru yang baru sahaja menampakkan wajah hari ini...

Dalam hati ada cinta.
dalam cinta ada harapan yang tersendiri...
Salam seni dari SarjaN yO...