Tuesday, June 16, 2009

Penghubung sudah ku miliki...

Penghubung antara hamba dengan dunia maya,
satu benda yang telah lama hamba idamkan,
akhirnya hari ini bersatu dgn komputer riba hamba.

Ya,
penghubung antara hamba dan blogger-blogger lain,
penghubung untuk chatting dalam YM,
penghubung untuk hamba bertanya khabar kawan2 lama dlm friendster,
penghubung untuk hamba mengikuti perkembangan filem dan seni tanah air...

Apa dia?

Sesuatu yang dinamakan "BROADBAND"

HaHAHa...

Hamba gabung duit hamba dan Abah hamba,
hamba sudah memiliki satu lagi harta yang bernilai...

Terima Kasih Abah..

Broadband ini akan menjadi teman hamba,
pengganti perempuan yang tidak pernah menghargai hamba...

Salam Seni...


.

Sunday, June 14, 2009

Tabah...

Pokok kelapa di tepi pantai itu,
tidak berhenti dipukul bayu dari laut...
ke kiri,ke kanan,
pokok itu mengikut arah pukulan angin...

Namun,hingga ke saat ini,
pokok kelapa yang tertanam di atas pasir di tepi pantai itu,
tidak pernah rebah,
kerana ia tabah menghadapi angin yang melandanya...

Salam Seni...


.

Apa yang diperlukan untuk subjek Cinephoto???

Hamba tertanya sendiri,
semester depan ada subjek sinefoto,
tapi hamba tak tahu apa yang diperlukan...
Ya la kamera,
tapi nak tahu yang lebih detail...

Tolonglah terangkan...

Salam Seni


.

Saturday, June 13, 2009

Cukuplah!Hamba mahu hidup dalam dunia ni,dalam bidang ini.Ini pilihan hamba!

Hari ini,
seseorang yang berada tidak jauh dari rumah hamba,
telah mengenali sejak hamba berpindah kesini lagi.
yang hamba banyak bergurau dengannya,
hamba hormat dia selaku orang lebih tua daripada hamba,

dia benar-benar telah mengguris hati hamba,
terlalu terkilan hamba rasakan,
sudah lama tidak berjumpa,
hari ini bertamu disuatu majlis kenduri.

dia bertanyakan hamba tentang pengajian hamba sekarang,,,

Tapi,alangkah pedihnya hati ini,
apabila dia tergelak setelah mendengar penjelasan tentang kursus perfileman yang hamba sedang jalani kini.
Dia tergelak!!!
dia mula mengejek dengan gurauan tentang industri filem,tentang cita-cita hamba menjadi seorang pengarah,seorang anak seni...

Rasa mahu dilempang sahaja dia tu tadi,
tapi hamba betul-betul sedih,
air mata hamba seolah-olah hampir menitis kepipi,
tapi hamba tahan...
Hamba tahan,hamba pendam...

Sehingga kini,
tiada siapa yang dapat terima keputusan aku untuk terjun kedalam bidang seni ini,
semua mulut hanya mengata,menyindir,mengejek.
Hamba tak tahu,bagaimana hamba masih kuat untuk berdiri kini...

Hamba tetap akan terus berjuang dalam bidang ini.
ini pilihan hamba...
Jgnlah patahkan semangat hamba lagi...
Tolonglah,
hamba dah tak sanggup menangis lagi...

Salam Seni...


.

Thursday, June 11, 2009

Semangat membawa kita kepada segalanya...

Hari itu,semut-semut cekal memunggah cebisan biskut tawar yang jatuh di bawah meja,
lipas-lipas itu sibuk menyelongkar helaian akhbar lama di belakang almari,
cicak-cikak itu tekun menunggu kelkatu hinggap dilampu,menangkapnya dengan lidah bergetahnya,
tikus-tikus itu laju menuju ke atas syiling yang dijadikan tempat menyimpan kotak-kotak lama,

Rupanya,setelah aku sedar,
aku sedang memerhatikan suatu keindahan kehidupan...

Semua makhluk terus menerus berusaha untuk hidup,
mencari makan,dan mendapatkannya adalah suatu kejayaan...

Besar sungguh keagungan Allah s.w.t,
tiada ciptaannya yang tidak berupaya untuk terus hidup,
hanya semangat yang akan menentukannya.

Setelah hamba benar-benar sedar,
walau apapun keputusan yang diperoleh,
hamba telah berusaha,
mungkin setakat itu semangat yang mendorong hamba...

Salam Seni


.

Alhamdulillah,Keputusan Itu Memuaskan...

Alhamdulillah...
Hanya itu yang mampu hamba ucapkan setelah melihat keputusan ujian akhir semester 2 yg lepas...

Keputusan itu tidaklah sehebat keputusan semester 1 hamba,tapi kurang sedikit sahaja,menyebabkan CGPA berganjak...
Namun tak apa,pencapaian masih dikekalkan...

Apa yang paling menggembirakan hamba adalah hamba tidak perlu repeat mana-mana paper termasuk paper Psikologi dan Sosiologi dan beberapa paper yang hamba geruni sebelum ini...

Hamba berasa terlalu gembira malam ini,
tepat jam 10.30p.m, 11Jun 2009,
sekali lagi usaha hamba selama satu semester di sem 2 telah membuahkan hasil...

Hamba berjanji,hamba akan kekalkan kecemerlangan akademik ini...

Anak seni sememangnya perlu cemerlang keseluruhan...


Terima kasih kepada Abah dan Mak,doamu mengiringiku...

Terima kasih kawan-kawan yang membantu hamba sedikit sebanyak,
tidak kiralah apapun keputusan anda,kita mengejar cita-cita yg sama,anda telah berusaha dan bersyukurlah...

Terima kasih kepada pensyarah yang membantu secara langsung dan tidak langsung...

Terima kasih kepada semua warga TEKA, Puncak Perdana dan UiTM...

Salam Seni...


.

Hamba selalu lambat...

Result final exam sepatutnya keluar hari ni.

Tapi hamba tetap macam semester lepas,
tak boleh check result hari result keluar,
tapi kena tunggu 2 ke 3 hari baru boleh check...

Hamba risaukan CGPA hamba...
Hamba xnak repeat paper mana-mana pun...


Salam Seni...


.

Wednesday, June 10, 2009

Mana kegiatan seni???

Hamba mencari peluang untuk hamba memartabatkan seni di Kelantan...

Namun hamba gagal...

Dimana penggiat seni di Kelantan?
Dimana teater Kelantan?

Hamba ingin bersama dalam arena ini...

Gelanggang Seni,tunjukkan tanggungjawabmu...
Jika kau pun membisu,
bagai seni mampu dikembangkan???


Salam Seni




.

Friday, June 05, 2009

Tak semudah yang disangka...

Orang bertanya kepada hamba,

"Yo,nak buat filem ni mudah je kan?"

Hamba mula terfikir tentang filem "Aman"

Entah kenapa,tiba-tiba setitis air mata hamba menitis ke pipi...

Terdetik dalam hati hamba,

"Hamba sayangkan cita-cita hamba"...

Thursday, June 04, 2009

Filem "Aman"???

Apa dah jadi dengan filem "Aman"???

Seseorang tolong jelaskan kepada hamba...
Walaupun hamba tak turut serta dalam penggambaran, tapi hamba tetap sebahagian daripada anda yang menyokong dari belakang???

Hamba nak tahu apa yang dah jadi???

En Aidi,Azri,Ajune, tolong jelaskan situasi sebenar...