Wednesday, September 09, 2009

Majlis Berbuka Puasa Perdana TEKA

Berbuka Puasa Perdana
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Tarikh : 09/09/09
Hari : Rabu
Waktu : 6 ptg - 8 mlm
Tempat : Perkarangan tempat letak kereta FACT
semua warga FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK dijemput hadir
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Mahasiswa Fakulti F.A.C.T

Tuesday, September 08, 2009

Selamat Ulangtahun yO...

Ungkapan yang selalu orang ucapkan bila tiba hari ini,
"happy birthday",
namun bagi hamba,tidak pelik jika hamba tidak mendengar ucapan itu.

hamba tidak pernah hirau tentang ulang tahun kelahiran hamba,
yang hamba tahu,cukuplah memberi makna kepada diri hamba,

hari ini,
8 September 2009,
menyaksikan seorang insan yang tiada apa yang istimewa,
mula melangkah ke tahun baru,
tahun yang menyaksikan,
umur berubah kepada 19 tahun...

sudah 19tahun hamba hidup dibumi ini,
dibesarkan oleh keluarga,
dikelilingi oleh rakan-rakan,
di didik oleh banyak hal...

kepada sahabat...
kawan-kawan,terima kasih kerana sudi menemani hamba dalam meniti usia kanak-kanak sehingga remaja,
hamba tahu hamba xpernah senangkan hati semua pihak
tapi hamba mencuba utk menjadi sahabat kepada kalian.
kalian semua adalah sahabat bagi hamba,dan sesiapa yang ikhlas berkawan dgn hamba,hamba adalah kawan kalian...
terima kasih juga kerana tidak pernah membuang hamba dari jaringan persahabatan kalian,
hamba cuba memberi yang terbaik,tetapi bergantung kepada kalian untuk menilai hamba wahai sahabat...

kepada mak dan abah...
mak,abah,
yO tahu yO dah banyak menyusahkan mak dan abah,
yO bukanlah anak terbaik yang mak abah nak,
yO xmampu nak beri segala yang mak abah harapkan,
sekarang yO telah berada dihaluan yO
sedangkan 6 tahun dulu mak abah nakkan yO berada dalam landasan yang terbaik,
yO dah pilih jalan yO,yO tahu yO dah hampakan harapan mak abah untuk melihat yO berjaya sebagai seorang cikgu,engineer,doktor,
tapi tu semua bukan diri yO...

mak,abah,setelah yO termenung sejak umur yO memasuki 19 tahun,
yO rasa tiba masa utk yO mula sedar akan kelemahan diri...
yO akan cuba jadi anak yang baik lepas ni...
tapi yO xjanji,sebab dah banyak kesilapan yang yO buat dalam hidup yO mak,abah...

terima kasih kepada keluarga yang mengingati tarikh bermakna ini,
kawan-kawan,yO xmgharapkan ape2 sambutan sebab yO mmg xsuka org celebrate birthday yO,maaf kalau dah menyusahkan korg...

salam seni...


.

Monday, September 07, 2009

Menanti suatu hari...

Hamba menanti suatu hari yang bernama hari dalam hidup hamba...



hari utk hamba muhasabah diri,

hari utk hamba sedar diri,

hari utk hamba termenung sendiri,

hari utk hamba jadi diri hamba...


hamba menanti suatu hari yang bermakna...

salam seni...


.

Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!!!!!!!!!!

Salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia...

semoga kemerdekaan yang dikecapi selama ini

mengajar kita ertibersyukur...

Syukur kerana dilahirkan dalam tanah air yang terlalu aman dan damai ini...

Hamba sayangkan keluarga hamba,
agama hamba,
bangsa hamba
dan
tanah air hamba...

Friday, August 21, 2009

Ramadan Terakhir?

Ramadan akan menjenguk lagi pada hari esok

manusia yang dikatakan Islam makin sibuk mengejar ibadat

ramadan yang datang ditunggu untuk beribadat

sedangkan hari kebiasaan

alpa dalam kelalaian peribadi.

Puasa satu ibadat

bagi hamba yang kerdil disisi tuhan

mengharapkan ihsan dari tuhan

semoga ramadan ini ramadan yang memberi erti kepada hamba

masa untuk hamba lebih sedar dengan kebesaran tuhan

masa untuk hamba tenangkan diri yang bergolak

dan semoga Ramadan ini

bukan Ramadan yang terakhir bagi hamba.

Tetapi

andai kata ini ramadan terakhir bagi hamba

hamba bersyukur hamba masih dipertemukan dengan bulan mulia

penghulu segala bulan

sebelum hamba menutup mata

untuk selamanya...

Allah itu maha adil

hamba bersedia menerima keadilan yang perlu ditegakkan Nya sepanjang bulan ini....

(SELAMAT BERPUASA KEPADA KELUARGA DI KELANTAN,RAKAN BLOGGER,KAWAN SKKK3,SIC DAN FACT @ TEKA...SEMOGA RAMADAN INIBUKAN YANG TERAKHIR UNTUK KITA)

Salam Seni...


.

Monday, August 17, 2009

Tak payah...

Tak payah ada awek pun tak pe,

tak payah fikir pasal perempuan lagi tenang hidup,

sebelum niaku boleh hidup pun tanpa perempuan,

buat apa susahkan diri mencari teman,

aku boleh hidup la...

wahai perempuan,

aku tak kisah kalian tak mahu menerima aku,

aku dah tak nak fikir pasal korang semua,

buat aku sakit hati,

buat aku makin bingung...

aku dah tak nak fikir dah pasal ni semua,

kalau ada yang boleh terima aku,

alhamdulillah...

(rintih seorang sahabat yang terlalu kecewa dengan perempuan kepada hamba)

Saturday, August 15, 2009

Hamba lihat dia bahagia...

Hari ini
hamba cuma mampu melihat
insan ditepi hamba
sahabat sebilik hamba
sentiasa tersenyum
sentiasa ceria
handfon tak lekang dari tangan
nada dering tidak berhenti berkumandang
jari sentiasa menekan butang
untuk menaip pesanan ringkas
kadang-kadang berbual dalam diam

itulah dia
sahabat hamba yang sekarang bahagia
sejak ada insan yang menerima
dirinya seadanya
menilai cintanya
dengan keikhlasan

hamba sentiasa tersenyum melihat keceriaannya
namun dalam senyum itu
seribu perkara bermain dalam hati dan fikiran hamba
hamba cuba menjawab
namun sukar
hamba cuba mencari jawapan
namun sakit yang hamba jumpai
persoalan dan pertanyaan
saling bertukar ganti

adakah hamba hanya mampu melihat
atau memang hanya mampu melihat
sahabat hamba bahagia
bersama temannya

namun hamba
masih begini
bertanya sendiri
bilakah hamba akan dimiliki
adakah hamba tidak layak memiliki

hamba temui pilihan
terus mencari
atau
terus berhenti,
terus menanti
atau
terus menutup pintu hati,
terus hidup begini
atau
terus mati...

dimana kau pergi
berhentilah berlari
hamba menanti disini
wahai cinta sejati...


salam seni...

.

Monday, August 10, 2009

Hamba? Puisi?

Puisi dan hamba adalah ciptaan tuhan yang cukup sempurna...
Hamba telah lama bersama dgn puisi...
hidup hamba sebahagiannya adalah puisi.

Maaf jika hamba terlalu puitis,
tetapi puisi dan hamba telah lama sebati...

Maaf jika hamba terlalu bermadah,
tetapi madah itu pelengkap kehidupan hamba...

Sesungguhnya puisi itu teman hamba yang paling akrab...

Salam seni...


.

Wednesday, August 05, 2009

Wajah ini menjadi bukti...

Bertanya aku pada sang hujan,
adakah kau yang membasahi pipi ini,
bertanya aku pada sang angin,
adakah kau yang memedihkan mata ini,
bertanya aku pada sang mentari,
adakah kau yang melesukan wajah ini.

Jawab mereka,
kau yang perlu menerima semua itu,
kau yang mampu menghentikan semua yang ada diwajahmu itu.

Terfikir aku dalam termenung,
benarkah aku yang menjadi punca semua itu.

Wajah ini menjadi bukti,
hati yang hancur tidak mampu dilindung lagi,
dek wajah aku yang menceritakan segalanya.
sedih hati ini,
terpapar diwajah ini.

Keceriaan aku yang telah hilang,
mampu aku tutupi dengan senyuman diwajah ini,
namun semua itu penuh kepalsuan.

Wajah ini menjadi bukti,
jiwa yang kacau,
terpapar diwajah yang lesu.
Wajah ini menjadi bukti,
jiwa yang kecewa,
terpampang pada senyuman yang tiada lagi keikhlasan.

Namun aku masih lagi disini,
bersama wajah ini,
yang terus menanti,
benda yang tidak pasti...


Salam Seni...


.

Monday, August 03, 2009

Kamera DSLR...kau dah buat hamba jadi bengong sekarang ni...

Dulu Laptop,beli sebulan,keypad dah patah...
Pastu handfon,beli 2 minggu,pecah skrin...
dan hari ni,
kamera dslr canon 1000d hamba,
beli 3 minggu,guna pun jarang-jarang,
jaga dah macam orang lain jaga awek dah,
hari ni dah jem dah...
skrin dah xleh nak display apa-apa dah...

tension giler dibuatnyer...
macam-macam masalah datang kepada hamba,
daridulu sampai skrg...

minggu lepas balik kelantan,
nak cari ketenangan,
macam dah jumpa ar ketenangan tu kan...
tapi hari ni ketenangan tu dah xde makna dah...
menangis lagi bila fikirkan macam-macam masalah datang kepada hamba...

aku pun bengong doh nok pikir bendo ni sumo.
gewe xdok,saing payoh nok cari,study payoh supo nyepak,assigment mace ore nok buat phd,
lepah tu,kamera ni pulok buwak hal...

hamba betul-betul tension...kalau hantar kedai,makan masa dalam 3 minggu gak.
hari ahad ni ada praktikal sinefoto kat shah alam,21 ogos ni dah kena pi Penang,trip sinefoto...
tapi kamera plak buat hamba dah jadi bengong skrg ni...

hamba xtau nak buat apa dah skrg ni...dugaan datang xputus-putus...
Ya Allah,ringankanlah sedikit masalah yang menimpa hambamu ini...
amin...