Saturday, January 14, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin...

(tentang aku diketika ini, hanya hati ini yang mengerti tentang segala yang terjadi)

# iluvislam.com #

Thursday, January 12, 2012

Semoga Bahagia Itu Miliknya...

Teruskan langkah mu...
tinggalkan aku di sini...
tiada apa yang aku ada untuk kau...
pandang ke depan
teruskan melangkah...

biarkan aku di sini,
menahan bahaya yang ingin menerkam kau
dari belakang..
teruskan langkahmu,
dihadapan sana ada ruang untukmu..
detik kebahagiaan mu...

aku ingin kau terus brjalan,
bkn kerana aku benci..
tapi kerana aku ingin kau fahami,
ada sesuatu yang perlu kau isi dihati..
benda tu tak ada disini,
kau perlu terus mencari...

tabahkan hati,
cekalkan diri...
dihadapan sana,
ada satu bahagia,
milikmu selamanya...



Salam Seni...


.

Saturday, December 24, 2011

Rasa itu pernah ada...Dulu, sebelum terluka...

Benar,aku seorang pencinta wanita. yang terlalu penuh dgn rasa cinta.
dulu..
itu dulu, sebelum kamu semua aku ketemu,
sblum hati ini dipenuhi parut bisu,
sblum diri ini kenal erti cemburu,
sebelum cinta ini berlalu...

Kasih,
aku hanya namakan mereka ini kasih,
kini,
apabila sayang tiada lagi maknanya,
jika aku sentiasa berkelana,
dalam perjalanan tanpa lena,
perjalanan tidak membuat aku terjaga,
perjalanan yang bagai sia-sia...

Meniti hari yang terus dilanda badai,
sebuah, dua buah dan pelbagai
kisah kegagalan mencari episod percintaan,
mengajar erti rasa,
tanpa sayang dan cinta.
Cukuplah kasih sebagai syarat,
aku menghargai kehadiran mu.

Jika benar aku yang kau perlu,
kunci itu ada padamu,
bukalah hati yang mati itu,
benarkan cahaya kasih mu,
terus menembusi tembok ego ku,
yang menjadi kunci pintu hati ku...


Salam Seni...


.

Tuesday, November 15, 2011

Dia, hamba Allah...

Dalam kesedaran dari lamunan harapan
aku dikejutkan dengan hadirnya
dari celahan kegelapan impian
dia muncul membawa sedikit cahaya

dia berjalan perlahan
berhenti dipertengahan
memberi ruang aku membuka mata
melihat ke arah cahaya kecil itu

dia memulakan bicara seorang yang bersederhana
dalam lentok tubuh yang bersopan
dia melagukan irama keikhlasan
tanpa terlebih dahulu memandang siapa aku

dia seorang insan
yang benar
dalam setiap tutur dan santunnya
dia membawa aku mengisi sedikit ruang berbicara
agar dia lebih kuat
menghadapi masa-masa yang ada dihadapan

tiada erti tewas dalam hidupnya
kerana dia juga hamba Allah
seperti kita
seorang insan
seperti aku...


Salam Seni...

Saturday, October 22, 2011

Rasa yang perlu disimpan...

Pernah dulu aku merasakan sesuatu
rasa yang engkau tidak mahu tahu
tentang aku yang rindu padamu
dalam setiap nafasku
kau ada di situ
tanpa pernah sekali pun memandang aku
walau beribu aku berlagu
kau tetap bisu.

Dulu juga aku begitu
melihat kamu
hanya demi mengubat rindu.

aku hadir tanpa dirancang
begitu juga dgn kamu
yang mana perkenalan ini demi tanggungjawab
amanah yang diberikan.

gagal lah aku
andai merinduimu.

dalam hidup ini
hati sentiasa berbicara
agar aku mendekati kamu
namun diri ini yang kaku
lebih baik hanya aku yang tahu
tentang rasa itu
sebuah rasa yang bagiku
begitu berharga.

ada rasa yang perlu kau tahu
dan lebih baik
jika kau tak pernah tahu
aku senang dengan kamu
hanya di sini
hanya saat ini
hanya untuk diri ini.

hanya kerana ini
rasa itu aku sembunyikan darimu
kerana kau perlu tahu
tentang rasa itu,
rasa yang perlu disimpan.

aku lebih senang melihat kau disana
bersama dia...


Salam Seni...

Sunday, October 16, 2011

Andai bahagia, apa ertinya menunggu...

yO, kau sentiasa hepi kan.
mesti best hidup macam kau,
hepi,ceria,bahagia.

err...
bahagia?
bahagia ke aku?

orang sering meletakkan kebahagiaan itu kepada percintaan.
kalau ada kekasih, baru hidup bahagia...

memang tak salah pernyataan tu,
kekasih tu teman, teman tu org yg selalu ada waktu kita susah ataupun senang.
tapi bagi aku,
aku lebih suka memilih utk hadir pada waktu susah.
masa senang, kau bersenanglah dgn yg lain,
kau susah, kau jgn segan cari aku...

berbalik kepada bahagia tadi,
mmg benar, berbahagialah mereka yg bercinta.
kalau tak bahagia,buat apa bercinta kan?
hahaha...

seseorang bertanya lagi,
mcm mane kau boleh hepi 24 jam yO?
mcm mane kau boleh je ceria,buat lawak, walaupun dalam saat kau tension.

haha..
gelak tu kan terapi penghilang tekanan...
entah la,
bagi aku, aku lebih senang begini.
buat apa aku tunjukkan yang aku tension,
sebab sampai ke hari ni aku tak jumpa orang yg boleh hilangkan tekanan yang aku hadapi kecuali alam...

dia tanya lagi,
ke kau memang bahagia dgn seseorang yO?
kau saje je taknak cakap yg kau ada awek kan...

sekali lg aku gelak.
aku senyap dan senyum...
kemudian aku menjawab,
andai aku sedang bahagia, apalah ertinya aku menunggu sebuah cinta...

dia terdiam seketika...

kawan, aku cuba bahagiakan hidup aku,
klau bukan aku yg bahagiakan hidup aku,
sape lagi kan?

papepun, terima kasih kerana bertanya...
aku lebih senang memilih untuk terus begini...


bahagia tu ada dimana-mana,
kita kena pandai mengatur keadaan,
jgn sampai keadaan mengatur kita...

bahagia tu ada dalam diri...



Salam Seni...

Sunday, October 09, 2011

Tentang hati yang terkunci...




Saat kau sentuh hati ini,


samaada kau sengaja sentuh ataupun kau tak sengaja sentuh,


hamba tak rasa hamba tersentuh,


tapi hamba melihat satu permainan yang cuba diaturkan..



Hamba takkan lemah macam dulu,


kau yang perlu memulakan...



Maaf,


hamba tidak boleh untuk itu...










Salam Seni...

Saturday, October 08, 2011

Erti Rindu Si Bulan...




Kita sering mendengar kata-kata,

Pungguk Rindukan Bulan...


Terfikir diri ini tentang sesuatu,

Tahukah kita tentang Bulan?


Adakah Bulan Juga Merindui Pungguk?


Atau Bulan Tidak Pernah Pedulikan Pungguk?


Bulan sentiasa menyinari malam pungguk,

Seolah memberi harapan...


Tapi sayangnya, pungguk masih sendirian...









Salam Seni...






Sunday, September 25, 2011

Tentang dia yang datang dan pergi...

Dah lama aku tak luangkan masa dengan alam,
alhamdulillah dengan kesempatan yang seketika
dapat aku hanyutkan masalah aku bersama arus air terjun di hutan simpan kat Kuala Pilah...
terima kasih kepada Rusydi Amir dan Munawar Hafizie Mukmin yang membawa aku ke daerah ketenangan...
terima kasih juga kerana faham akan jiwa ini...

Termenung aku,jauh ke arah hilir sungai
melihat arus yang tiada perhentian.
kadang-kadang tersenyum sendirian
mengenang masa silam yang telah jauh meninggalkan aku bersama luka,
bukan aku jenis yang tidak menerima suratan dan ketentuan
tetapi sudah menjadi adat manusia
untuk seketika bermuhasabah diri tentang apa yg pernah dilalui
adakah ia baik untuk diri sendiri atau tidak sama sekali..

Sejujurnya, kisah-kisah cinta yang dulu
jelas terbayang dimata aku...
aku tidak menyalahkan dia mahupun mereka,
kerana sudah ditakdirkan mereka datang dan perlu pergi,
jauh meninggalkan hati ini.

Ingin aku laungkan pada lelaki-lelaki itu
yang tidak menerima ketentuan bahawa mereka perlu melepaskan wanita itu.
umpama buih yang terhempas ke batu,
hayatnya tidak lama.
wujud dan terus pecah.

begitulah cinta di dalam hidup ini,
ia datang namun seketika...
arus tidak pernah bersedih kerana kehilangan buih kecil itu
kerana ia percaya akan ada yang lebih baik dari itu...

aku berbisik kepada alam,
akan adakah cintai lain untuk aku temui?
alam menjawab dengan nada sinis,
perlukah arus ini berhenti mengalir
demi untuk tidak membiarkan batu terus sakit dihempas?

jawapan dari alam yang sukar aku mengerti...

lama aku duduk di atas batu itu,
membiarkan kaki terus sejuk dibelai arus...
aku mula faham tentang bisikan alam...

batu dan arus...
perlukah aku salahkan cinta yang tidak hadir,
andai cinta itu lebih layak untuk insan lain...
biar aku masih disini, umpama batu yang menahan sakit...
aku didatangi cinta yang kabur,sakit..
batu dihempas arus,pedih...

tidak perlu cinta itu bertandang jika bukan aku insan yang tepat,
untuk apa arus itu berhenti mengalir,jika ia perlu menemani batu yang lain...

sedar atau tidak,
alam banyak mengajar...
alam yang terlalu indah,
kata-kata tidak boleh membawa kita ke daerah ketenangan itu...
duduklah seketika,
fikirlah untuk tidak menyalahkan cinta...



Salam Seni...

Wednesday, September 14, 2011

Merangkak Dengan Deras...

Meninggalkan segala yg pernah aku temui dulu.
adalah jalan terbaik
untuk kita.

segala yg pernah aku fikirkan
kini telah aku lalui
doaku hanya untuk mu
tentang apa yg kalian rasai hari ini...

ape semua ni?
xde pape,
sekadar menulis...

apepun
hamba telah selamat bergelar pelajar sarjana muda
semoga mimpi hitam sepanjang diploma
menjadi awan putih
meneduhi dan meninggalkan aku
seperti kalian yg lain...


Salam Seni...