Tuesday, July 28, 2009

Gugurnya Pejuang Dalam Arena Perfileman Tanah Air...

YASMIN AHMAD
Pemergian beliau kerahmatullah begitu mengejutkan industri filem dan seni tanah air...
Beliau seorang pengarah yang banyak berfikir dalam berkarya...
Seorang yang mesra...
Walaupun banyak karyanya yang menimbulkan kontroversi,namun semua itu adalah sebuah eksperiman yang dilakukan olehseorang pengarah filem...
Industri akan terasa dgn kehilangan arwah...
Kak Min,semoga roh kak min ditempatkan bersama mereka yang terpuji...



Syahrul @ Yo
Seorang senior yang begitu mesra,terlalu murah dengan senyuman...
Berbakat besar dalam bidang perfileman...
Hamba mendapat berita kematiannya pada waktu Maghrib,
seikhlasnya air mata ini jujur mengalir ke pipi terus menjunam ke bumi...
Beliau seorang abang yang penyayang,seorang kawan yang cukup baik dan seorang senior yang tidak kedekut dalam mencurah ilmu...
Daripada bermain Wayang Kulit sehinggalah kepada camera handling,arwah tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalaman yang beliau ada...
Namun,disaat dia tiada,hamba berada jauh dari dia...
Yo,yO saye demo..kawe doa roh demo ditempatkan bersamo ore hok terpuji Yo...
Kepada sesiapa yang membaca entri ini,sedekahkanlah walau hanya Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi...semoga roh mereka dicucuri rahmat....Amin...
AL-FATIHAH......


Friday, July 24, 2009

Suspek dan Cuti...

H1N1,semakin hebat di negara kita...

banyak betul UiTM dah ditutup...

semalam hamba demam panas,
pergi jumpa doktor,
doktor cakap hamba suspek H1N1,
hamba dikuarantin dalam bilik kolej,
dapat MC untuk beberapa hari,
demam teruk,
badan panas sangat,
suhu badan 48 darjah celcius,
doktor pun terkejut...
kepala pening,
objek didepan mata sejujurnya hamba nampak kabur,
sendi-sendi sakit,
selsema teruk,
batuk berkahak,
sakit tengkuk.

hari ini,
kepala rasa berat,
banyak kahak dalam tekak,
hingus penuh dalam hidung,
bibir kering,
tak lalu nak makan,
banyak ubat kena makan,
sendi masih sengal-sengal lagi,
tengkuk pun sakit lagi,
rasa nak tidur je.

sekejap tadi,
pihak kolej buat pengumuman,
kolej hamba diberi cuti,
bermula esok sehingga 2 Ogos,
gembira rasanya,
tapi pening lagi kepala ni,
nak fikirkan nak balik mana,
dengan apa,
dengan siapa,
kalau jadi,
hamba balik malam ni,
ke Kelantan,
dengan kereta,
senior hamba...

Tuesday, July 21, 2009

Benci.

Mengapa harus ada
dalam hidup ini
suatu rasa yang dulu dipuja
kini dihina.

Kenapa perlu aku merasakan
dahulu sayang
kini berjauhan
dahulu rindu
kini cemburu.

Bila masanya
aku harus menerima
nasib diri seorang pencinta
sekejap dipuja
selamanya ditertawa.

Mana janjinya
seorang pencinta
berharap mendapat
suatu yang istimewa
kina semuanya
hancur binasa...

Sunday, July 19, 2009

NAUSEA : Agama dan Budaya



NAUSEA,sebuah karya daripada senior hamba sendiri, sebuah karya dari pelajar TEKA.
TAHNIAH kepada pengarah Ares, dan semua krew yang menjayakan filem pendek tersebut.
MAAF jika apa yang hamba katakan ini akan membuatkan anda marah.
TAPI, selaku seorang yang profesional, anda seharusnya menerima kritikan.
BELAJAR dari kritikan untuk memastikan karya lebih bermutu.

Memang benar, Nausea adalah sebuah karya yang begitu hebat, mengagumkan dan isu yang dibawanya adalah lain daripada yang lain. Namun, dalam setiap apa yang dilakukan, kita kadang-kadang tidak sedar akan kesilapan kita.

Hamba tidak mahu menyentuh soal pembikinan dan teknikal kerana hamba masih baru dalam bidang ini.
Tetapi dalam isu penceritaan, hamba juga seorang manusia biasa yang berbangsakan Melayu dan beragamakan Islam.

Memang benar, "orang Islam perlu bantu orang Islam".Tetapi ada caranya yang betul. Hamba bukanlah seorang yang alim sangat, tetapi bercakap berdasarkan apa yang hamba faham, bukan apa yang hamba tahu.

Seorang yang berperwatakan Punk, sudah tidak ada lagi nilai keMelayuan dalam dirinya dan tidak juga mempunyai nilai keIslaman dalam hidupnya. Watak 2 orang Melayu dalam short film tersebut adalah apa yang hamba katakan tadi. tetapi 2 orang yang begitu rupa tidak layak lagi digelar Melayu dan Islam.
Cerita ini menunjukkan bagaimana seorang manusia yang begitu teruk juga boleh mengislamkan orang cina. mengislamkan orang tidak akan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Pengarah ingin mengangkat martabat budak punk yang dianggap teruk. tetapi kenyataannya memang budak begitu adalah seorang yang teruk, dan tidak perlulah bercakap soal agama dan budaya dengan orang begitu.
kalau Melayu, dimana Melayunya?
kalau Islam, dimana Islamnya?

Seorang watak alim dalam cerita tersebut mengatakan tentang membantu sesama Islam,dan dengan berfikir begitu, budak punk tersebut telah membawa seorang cina tua untuk memeluk Islam. adakah cina tersebut memeluk Islam kerana hidayah atau kerana bodoh dan mengikut sahaja apa yang disuruh atau juga untuk mendapat kesenangan dalam hidup kerana orang Islam akan membantu orang Islam. setelah cina tersebut memeluk Islam,budak punk terbabit tetap menyerahkannya kepada orang alim. adakah orang alim begini boleh dipermainkan. seolah-olah seperti menganjing kata-kata orang alim tersebut. setelah diIslamkan cina tersebut,orang alim perlu membantu cina tersebut...

Kencing merata,meludah sana sini,berpakaian entah apa-apa,rambut dah tak macam orang, Melayu lagikah mereka ini?Islam lagikah mereka ini?
Babak menyelamatkan anjing, tiba-tiba sahaja pegang anjing dan bawa balik kerumah.kononnya nak membantu tetapi untuk apa?anjing itu tidak sakit,tidak pula berada dalam kesusahan jadi untuk apa dipegang,dibawa balik kerumah?kerana tiada ajaran agama dalam diri mereka...Layak ke orang sebegini untuk mengIslamkan orang kafir?layak ke orang sebegini dipandang mulia?

Itu antara isu dalam filem yang tidak memuaskan hati hamba.Hamba hanya berkongsi agar mampu diperbaiki.

Semasa sesi soal jawab, ada seorang hamba Allah ni bangun dan berkata "saya setuju dengan cerita ni,memang saya dapati budak-budak punk ni lebih baik dari mereka yang tak tinggal sembahyang". lebih kurang macam tu la kata-kata beliau.

cuma satu hamba nak tanya, encik nak ke anak encik jadi macam tu???

(semua ini adalah sesi kritikan dan perkongsian idea,ambil apa yang elok dijadikan tauladan,yang tidak elok tidak payah difikirkan)

Terima Kasih...

Salam seni...

Friday, July 17, 2009

Sek kito (Geng kita)

dalam kehidupan hamba di sini,
di puncak,
hamba byk bertemu dgn pelbagai jenis org dgn pelbagai ragam.
tidak kiralah org kelantan ke,kedah ke,kl ke,perak ke...

hamba mula tahu,
setiap manusia itu berbeza.
kalau dulu rambut sama hitam,hati lain-lain.
tapi kini
rambut tak semua hitam,hati pun tak semua sama...

Tapi hamba bukan seorg yg mendiskriminasi negeri,
tapi hamba sayangkan org kelantan.

mereka lebih dekat dgn hamba,
dan peribadi lbh kurang dgn hamba,,,
saling memahami la...

walaupun begitu,
ada juga kawan dari negeri lain yg ok...

apa-apa pun,
hamba sayangkan kawan hamba...

hidup sek kito...

salam seni...


.

Thursday, July 16, 2009

Kasih,Sayang,Cinta...

Kasih,
di suatu sudut
dalam hidup ini
tersembunyi suatu rahsia,
tentang
aku dan kau...

Sayang,
jauh didalam hati ini
ada satu ruang
yang ku letakkan kau
agar tidak terhapus
dari hidup ini...

Cinta,
dalam hidup aku
aku temui satu jalan
untuk memastikan aku kuat
aku tabah
aku ceria
aku bahagia
dengan punya kau di sisi...

Tapi,
kasih,sayang dan cinta
tak mampu singgah dalam hidup aku...
kerana kau
melenyapkan segalanya...

Wednesday, July 15, 2009

Bukan berputus asa...

Hamba kini masih disini...
mendengar suatu pengkisahan perhubungan...
penantian seorang lelaki terhadap perempuan,
yang akhirnya meruntunkan jiwa,
menghancurkan perasaan,
namun tabah menghadapi...

L=Lelaki
P=Perempuan

Perbualan mesej yang memberikan suatu kepastian...

L: Hai awak...

P: Hai...

L: Dok wat pe tu?

P:Dok saja-saja je...awak?

L: Saya dok termenung...berfikirkan tentang sesuatu...

P: awak fikir apa?

L: Fikirkan tentang saya...dan awak.

P: Saya???Fikir apa?

L: Awak tahu x apa yang rasa tntg awak skrg ni?

P: Entah,saya x tahu hati awak...

L: Jujur saya katakan hingga ke saat ini,saya masih mengharapkan awak dan saya dah cuba macam-macam cara untuk cuba tawan hati awak...tapi awak,saya dah x laraat lagi awak...

P: So?

L: Awak x blh komen apa-apa ke?

P: Tu hati awak,saya x tahu...

L: Tapi awak,awak x rasa apa-apa ke dengan saya???

P: awak,saya nak awak tahu,yang saya sebenarnya dah ada bf...family kitorg pun dah saling kenal...

L: Saya faham wak...

P: awak fikirlah,kalau awak ada gf,dan ada lelaki lain nakkan gf awak,apa awak rasa???macam tu la bf saya rasa skrg...

L: Saya tahu awak...thanks awak...saya sudah dapat keputusan kepada penantian saya selama setahun ni...

P: Awak,hati awak saya x boleh control...tapi kita dah janji dulu kan...kita sahabat...

L: Terima kasih wak...tahniah sebab awak dah jumpa lelaki yg terbaik utk awak...jaga dia leklok dan jaga diri awak baik-baik...gud nite,a`kum...

.........................

begitulah berakhirnya perbualan dua insan yang punya cerita cinta,
berakhirnya penantian seorang lelaki,
berakhirnya permainan seorang perempuan...

Lelaki itu sudah penat menunggu
dan mengambil keputusan untuk berhenti dari terus mengharapkan perempuan itu lagi...
dia bukan berputus asa,tapi sudah penat menanti...

Namun hamba tahu,lelaki itu pasti kuat menerima keputusan itu,
dan dia pasti pencinta yang setia...

Salam seni


.

Saturday, July 11, 2009

Makna disebalik nama hamba...

You Are Seductive and Ruthless

You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.Success comes rather easily for you... especially in business and academia.Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality.You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

Hidup...

Hamba sudah menjalani kehidupan di semester 3 untuk seminggu..
Alhamdulillah,ada perkara baik dan buruk...

ada gak kelas yang hamba tinggal minggu ni...
Belum bersedia nak masuk kelas...

Screening dah start,dengan filem yang terbaik, LASKAR PELANGI,sebuah filem arahan Riri Riza dari Indon...

Kamera untuk subjek Cinephoto belum sampai lagi...
Tak sabar rasanya...

Kawan2,ok...

Salam Seni...


.