Sunday, July 19, 2009

NAUSEA : Agama dan Budaya



NAUSEA,sebuah karya daripada senior hamba sendiri, sebuah karya dari pelajar TEKA.
TAHNIAH kepada pengarah Ares, dan semua krew yang menjayakan filem pendek tersebut.
MAAF jika apa yang hamba katakan ini akan membuatkan anda marah.
TAPI, selaku seorang yang profesional, anda seharusnya menerima kritikan.
BELAJAR dari kritikan untuk memastikan karya lebih bermutu.

Memang benar, Nausea adalah sebuah karya yang begitu hebat, mengagumkan dan isu yang dibawanya adalah lain daripada yang lain. Namun, dalam setiap apa yang dilakukan, kita kadang-kadang tidak sedar akan kesilapan kita.

Hamba tidak mahu menyentuh soal pembikinan dan teknikal kerana hamba masih baru dalam bidang ini.
Tetapi dalam isu penceritaan, hamba juga seorang manusia biasa yang berbangsakan Melayu dan beragamakan Islam.

Memang benar, "orang Islam perlu bantu orang Islam".Tetapi ada caranya yang betul. Hamba bukanlah seorang yang alim sangat, tetapi bercakap berdasarkan apa yang hamba faham, bukan apa yang hamba tahu.

Seorang yang berperwatakan Punk, sudah tidak ada lagi nilai keMelayuan dalam dirinya dan tidak juga mempunyai nilai keIslaman dalam hidupnya. Watak 2 orang Melayu dalam short film tersebut adalah apa yang hamba katakan tadi. tetapi 2 orang yang begitu rupa tidak layak lagi digelar Melayu dan Islam.
Cerita ini menunjukkan bagaimana seorang manusia yang begitu teruk juga boleh mengislamkan orang cina. mengislamkan orang tidak akan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Pengarah ingin mengangkat martabat budak punk yang dianggap teruk. tetapi kenyataannya memang budak begitu adalah seorang yang teruk, dan tidak perlulah bercakap soal agama dan budaya dengan orang begitu.
kalau Melayu, dimana Melayunya?
kalau Islam, dimana Islamnya?

Seorang watak alim dalam cerita tersebut mengatakan tentang membantu sesama Islam,dan dengan berfikir begitu, budak punk tersebut telah membawa seorang cina tua untuk memeluk Islam. adakah cina tersebut memeluk Islam kerana hidayah atau kerana bodoh dan mengikut sahaja apa yang disuruh atau juga untuk mendapat kesenangan dalam hidup kerana orang Islam akan membantu orang Islam. setelah cina tersebut memeluk Islam,budak punk terbabit tetap menyerahkannya kepada orang alim. adakah orang alim begini boleh dipermainkan. seolah-olah seperti menganjing kata-kata orang alim tersebut. setelah diIslamkan cina tersebut,orang alim perlu membantu cina tersebut...

Kencing merata,meludah sana sini,berpakaian entah apa-apa,rambut dah tak macam orang, Melayu lagikah mereka ini?Islam lagikah mereka ini?
Babak menyelamatkan anjing, tiba-tiba sahaja pegang anjing dan bawa balik kerumah.kononnya nak membantu tetapi untuk apa?anjing itu tidak sakit,tidak pula berada dalam kesusahan jadi untuk apa dipegang,dibawa balik kerumah?kerana tiada ajaran agama dalam diri mereka...Layak ke orang sebegini untuk mengIslamkan orang kafir?layak ke orang sebegini dipandang mulia?

Itu antara isu dalam filem yang tidak memuaskan hati hamba.Hamba hanya berkongsi agar mampu diperbaiki.

Semasa sesi soal jawab, ada seorang hamba Allah ni bangun dan berkata "saya setuju dengan cerita ni,memang saya dapati budak-budak punk ni lebih baik dari mereka yang tak tinggal sembahyang". lebih kurang macam tu la kata-kata beliau.

cuma satu hamba nak tanya, encik nak ke anak encik jadi macam tu???

(semua ini adalah sesi kritikan dan perkongsian idea,ambil apa yang elok dijadikan tauladan,yang tidak elok tidak payah difikirkan)

Terima Kasih...

Salam seni...

3 comments:

Anonymous said...

kiamat dah dekat ni

Ares Bahar said...

Bagus Yo... Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi pendapat.

SarjaN yO said...

anonymous: yang pasti,kiamat semakin dekat,bukan semakin jauh...

ares: thanks ares,yO cuma baru bljr utk mgkritik...sory...