Tuesday, September 08, 2009

Selamat Ulangtahun yO...

Ungkapan yang selalu orang ucapkan bila tiba hari ini,
"happy birthday",
namun bagi hamba,tidak pelik jika hamba tidak mendengar ucapan itu.

hamba tidak pernah hirau tentang ulang tahun kelahiran hamba,
yang hamba tahu,cukuplah memberi makna kepada diri hamba,

hari ini,
8 September 2009,
menyaksikan seorang insan yang tiada apa yang istimewa,
mula melangkah ke tahun baru,
tahun yang menyaksikan,
umur berubah kepada 19 tahun...

sudah 19tahun hamba hidup dibumi ini,
dibesarkan oleh keluarga,
dikelilingi oleh rakan-rakan,
di didik oleh banyak hal...

kepada sahabat...
kawan-kawan,terima kasih kerana sudi menemani hamba dalam meniti usia kanak-kanak sehingga remaja,
hamba tahu hamba xpernah senangkan hati semua pihak
tapi hamba mencuba utk menjadi sahabat kepada kalian.
kalian semua adalah sahabat bagi hamba,dan sesiapa yang ikhlas berkawan dgn hamba,hamba adalah kawan kalian...
terima kasih juga kerana tidak pernah membuang hamba dari jaringan persahabatan kalian,
hamba cuba memberi yang terbaik,tetapi bergantung kepada kalian untuk menilai hamba wahai sahabat...

kepada mak dan abah...
mak,abah,
yO tahu yO dah banyak menyusahkan mak dan abah,
yO bukanlah anak terbaik yang mak abah nak,
yO xmampu nak beri segala yang mak abah harapkan,
sekarang yO telah berada dihaluan yO
sedangkan 6 tahun dulu mak abah nakkan yO berada dalam landasan yang terbaik,
yO dah pilih jalan yO,yO tahu yO dah hampakan harapan mak abah untuk melihat yO berjaya sebagai seorang cikgu,engineer,doktor,
tapi tu semua bukan diri yO...

mak,abah,setelah yO termenung sejak umur yO memasuki 19 tahun,
yO rasa tiba masa utk yO mula sedar akan kelemahan diri...
yO akan cuba jadi anak yang baik lepas ni...
tapi yO xjanji,sebab dah banyak kesilapan yang yO buat dalam hidup yO mak,abah...

terima kasih kepada keluarga yang mengingati tarikh bermakna ini,
kawan-kawan,yO xmgharapkan ape2 sambutan sebab yO mmg xsuka org celebrate birthday yO,maaf kalau dah menyusahkan korg...

salam seni...


.

8 comments:

ajai05 said...

dalam meniti hari2, pengalaman mengajar kita erti kehidupan, jatuh tersungkur mengajar betapa perit dan kerasnya bumi yang menjadi tapak dan teras kehidupan. panas sinar mentari yg memeritkan di langit yang luas mengajar betapa besarnya dugaan daripada Tuhan yg menjadi tempat berpayung.

ajai05 said...

Apa pun yg kita usahakan, asalkan niat nya betul dan ikhlas, Tuhan pasti bersama kita.

Bak kata-kata hikmah:
Kalau benih yg baik,dicampak ke laut menjadi pulau yang indah menyeri lautan, dicampak ke darat menjadi gunung yang teguh memacak bumi, dicampak ke langit menjadi matahari yang menyinar dan menerangi seluruh alam.

Unknown said...

thanks pok ja...ilove u so much...

Mohamad Hj Yawmon said...

Yo, dalam hidup ni kita tak akan selalu merasa kemanisan, kadangkala kita kena belajar untuk menerima kepahitan sebab pahit tu sebenarnya lagi berguna buat kita.
Buat apa ada manis, kalau semuanya hanya dusta! manis yang hanya ada pada kata-kata tapi semuanya sebenarnya dusta. Sebagai abang (besday may 08/feb), may harap yo akan sentiasa tenang menghadapi semua dugaan yang ada. Ambil semua tu sebagai iktibar dalam hidup dan jadkan itu sebagai penyuluh yang membakar semangat kay?
May tak lupa kat yo sebenarnya. walau apa orang nak kata sal yo, may tak kisah n tak pernah nak mendikriminasikan yo ok? btw,
" Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to YO,
Happy Birthday to you"
Hope 19 yang mendatang ni akan memberikan seribu kemanisan yang akan kekal abadi untuk selamanya. May juga doakan Yo semoga panjang umur dan murah rezeki!
Sayang YO sangat!!!

Anonymous said...

slamat ulangtahun kelahiran yo!

Unknown said...

may:yO dh byk blajar erti khdpn,dan yO akn trus bljr...thanks may...sayang jugak...

hani:thanks hani...

Choo said...

Happy birthday, Yo!

Unknown said...

thanks chu...