Bulan itu menampakkan wajahnya yang bercahaya
bintang itu mengerdipkan cahayanya yang berseri
unggas itu berterbangan dengan sayap halusnya
cengkerik itu berbunyi dengan suara nyaringnya
hatiku berbisik dengan kata-kata cinta
diriku menengking dengan imbauan kenangan silam,
untuk apa aku memerhatikan itu semua
untuk apa aku memikirkan itu semua
kerana didalam benak ini
ada satu rasa
sama seperti dulu
dek hati ini yang dahagakan suatu rasa
aku tidak mahu ombak sama menghakis pantai
namun aku pantai
perlu setia menerima kehadiran ombak
hati berbisik
cinta tidak boleh dibawa lari
cinta sentiasa berbisik di dalam hati.
Salam Seni...
.
6 comments:
hati berbisik sal apa plak kali ni?
ada2 jer yo ni tau!
haha =p
hidup xpunyer teman.bagai kura-kura tidak bercengkerang...apa sahaja yang mampu melindung diri,dijadikan pengharap...
hati berbisik,itu maknanya hati ini blm sepi lg...
adoi...
bagi maksud pun berbunga2 gak ker?
macam mana nak faham!
dulu i tak amik sastera lah yo!
=p
yO pun xblajar sastera may,,,tp yO percaya,hati adalah segalanya,bermula dr hati,menulislah dgn hati may...
sekali lagi anda memberikan penjelasan yang puitis!
saya tak mahu!
tak jelas! tak jelas!
at the end of the day what?
nothing. . .
ok la may...hati berbisik tntg cinta yg cuba utk mgetuk pintu hati yO buat kesekian kalinya...faham?
Post a Comment