Friday, May 29, 2009

Dia Bapa Seni...

Hari ini tanggal 29Mei 2009,genaplah sudah 36 tahun pemergian seniman agung tanah air, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...

Allahyarham merupakan seorang pejuang seni dalam arena muzik, lakonan dan pengarahan.Beliau telah meninggalkan kita semua dengan memberikan kita pelbagai kenangan dan sehingga ke hari ini karya beliau masih lagi ditonton, didengar dan diminati tanpa sedetik pun ditinggalkan kebelakang.

Beliau adalah seorang penggiat seni yang telah lama berjuang demi mempertahankan kedaulatan seni di Tanah Melayu sejak dahulu lagi.

Hamba selaku seorang pelajar jurusan filem,seorang insan yang baru berkecimpung ke dalam bidang seni,seorang manusia yang mengenang budi dan seorang anak seni yang dahagakan ilmu tidak akan sesekali melupakan jasa Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni amnya dan perfileman khasnya...

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasih Allah s.w.t...

Salam Seni...

Thursday, May 28, 2009

Perjalanan Bermula...

Hari ini,28Mei 2009 adalah merupakan hari pertama penggambaran filem UiTM,arahan Prof. Dr Hatta Azad Khan iaitu filem "Aman"...

Hari ni bermulalah proses dimana setiap imaginasi yang bermain dalam fikiran pengarah akan diubah menjadi realiti dihadapan lensa kamera...

Inilah dia orang filem,jika penulis senjatanya adalah mata pena,tapi pengarah senjatanya adalah lensa kamera...

Semoga produk filem kedua yang akan dikeluarkan oleh Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik ini nanti akan menjadi produk terbaik dan bakal mengangkat nama fakulti dan UiTM...

semoga semua krew berada dalam keadaan terbaik sepanjang shooting process...Good Luck and may God bless you all...Doa hamba sentiasa bersama dengan anda...

Salam Seni...

Tuesday, May 26, 2009

Bosan juga kadang-kadang...

CUTI.

Perkara paling orang suka.

Tapi berlainan bagi hamba.

YA,cuti memang best,tapi bosan gak kadang-kadang.

Buakan apa,bila dah lama sangat xde keje nak buat ni,mula rasa nak study balik...

Cuti dah hampir 3 minggu,tapi skrip belum mula meletakkan mata pena pada sehelai kertas suci yg hina.

Ingat nak buat short film,tapi xnak org cakap kejar glamour plak.



Dah bosan gak kadang-kadang dengar student film buat short film.

Bukan tak sokong,malahan hamba juga ada terlibat.

Tapi yang hamba hairan tu,

Buat short film tu untuk kejar glamour atau untuk berkarya???

Lebih baiklah idea yang kita ada tu,kandungkan dulu sehingga matang,peram dengan pemikiran dan kreativiti,olahkan dengan nilai artistik dan lahirkan ia sebagai sebuah KARYA,bukan hanya BUAH FIKIRAN yang mampu dilahirkan oleh orang lain...



Kepada semua student perfileman,berkaryalah selagi termampu...

Salam Seni...

Sunday, May 24, 2009

Filem "AMAN"

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik,UiTM Shah Alam yang merupakan seorang anak seni yang bergiat dalam industri filem,produksi tv dan juga pentas teater akan mengarahkan sebuah lagi filem terbarunya yang bertajuk "Aman".

Beliau adalah Profesor Dr Hatta Azad Khan yang merupakan pengarah kepada filem yang memaparkan budaya masyarakat Kelantan sebelum ini iaitu "Wayang".
Aman merupakan filem yang akan dihasilkan oleh beliau dan dibantu oleh pelajar jurusan perfileman fakulti TEKA UiTM yang akan bertindak sebagai krew sepanjang penggambaran dijalankan...

Tapi hamba tak join,
sebab hamba ada kat Kelantan sekarang ni...
Ingat nak join gak tapi xde peluang..
mungkin filem Prof yg lain hamba akan join kot...
Kalau ada rezeki la...
hahaha...

Penggambaran akan dimulakan pada 28Mei ini dan semoga segalanya berjalan lancar...
Kepada En Aidi,Azri,Ajune,Vince,Awe,gOOd luck untuk anda semua...
Semoga filem "Aman" ini akan menaikkan lagi nama FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK dimata UiTM dan mata masyarakat Malaysia...

Salam Seni...

Monday, May 18, 2009

Dia Akan Pergi...

Semalam hamba berkesempatan menghadiri satu mejlis sembahyang hajat dirumah mak sedara hamba...
Unutuk apa???
Sembahyang hajat tu untuk mendoakan keselamatan sepupuku Tiqah2Rossa yang akan melangkahkan kaki kemenara gading,
iaitu di Universiti Sains Islam Malaysia...

Setelah dia penat menuntut ilmu disekolah rendah dan menengah,
akhirnya dia akan pergi meneruskan perjuangannya dalam menuntut ilmu demi mencapai cita-citanya dan merealisasikan harapan kedua ibubapanya...

Tiqah,pergilah kau untuk menuntut ilmu,
seperti yang yO pernah cakap kat kak,
pergilah kau untuk menggembirakan hati kedua ibubapa...

Sekarang Tiqah dah pun berada pada garis permulaan perjalana Tiqah dalam mencari hala tuju masa depan.
Mungkin selepas ini Tiqah akan tahu kenapa yO memilih bidang Seni sebagai jalan masa depan yO...

Ingat,pergi untuk menuntut ilmu,bukan untuk berguru...
Bezanya berguru adalah mendapatkan ilmu yang diberi,
tapi menuntut ilmu adalah mencari ilmu daripada guru...

Jaga diri leklok ditempat orang...
semoga selamat sentiasa...

Salam Seni...

Saturday, May 16, 2009

Kenangan HAmba Bersam Guru-guru...




Teacher Hasnah (ngajar Physics hamba form 4 & 5)



Teacher-teacher ku:Dari kanan,Pn Rosliza(English),Pn Asmani(Biologi form 4),Pn Roslawati(Math form 4&5),Pn Mona(Biologi form 5)& Pn Saliza(EST form 5)



Puan Azizah @ Mama Jijah...Cikgu Sejarah form 4&5,Merangkap guru penasihat KRS(Form 1 smpai Form 5 n sampai skrg masih berhubung pasal KRS SIC).




Ustaz Zahari...




Pengetua SIC Sir Saiffuddin(Tegas tapi mesra)






Cikgu Aziz Yusoff(Sejarah form 3)








Sir Reza (EST form 4)








Pasukan Kawad KRS 2006 bersama guru penasihat yang setia dengan pasukan(Naib Juara Kawad Kaki Kota Bharu 2006)







Hari Untuk Warga Pendidik...

Tanggal 16Mei setiap tahun adalah hari yang dinantikan oleh setiap insan bergelar pelajar.
Kerana pada hari itulah hari untuk mereka menunjukkan rasa berterima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang telah mengajar mereka sehingga menjadi manusia...

Hari ini adalah 16Mei 2009...
Hamba begitu terkilan kerana hari ini adalah hari minggu di Kelantan,
hamba tidak berpeluang menjenguk bekas-bekas guru hamba disekolah...

hamba masih mengenang jasa mereka,tapi jauh disudut hati ada terfikir adakah cikgu-cikgu masih ingat kepada hamba??

Tapi hamba cuba alihkan fikiran hamba itu,yang penting hamba tak pernah lupakan guru-guru hamba walau hamba sudah memijakkan kaki kemenara gading sekarang...

Jika hari ini,
sesiapa sahaja menjadi dewasa,
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
dengan lembut sabar,
mengajar tulis baca...

Begitulah bait puisi karya
Allahyarham Usman Awang

yang menyedarkan kita betapa besarnya pengorbanan guru dalam membina negara bangsa...

Hargailah jasa guru-guru anda kerana dialah kita berjaya...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA DI SKKK 3 & SIC DAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH UiTM,FAKULTI TEKA...
~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA~

Salam seni...

Wednesday, May 13, 2009

Cinta Lagi...

Kenapa masih ada orang yang ingin permainkan cinta?

Hamba tak faham dengan hati manusia yang sebegini.
Orang lain yang begitu payah mendapatkan cinta,begitu ikhlas tapi tidak difahami,tak pernah cintanya berbalas.
tapi kepada mereka yang tak ada langsung rasa ikhlas dalam percintaan,mudah-mudah je dapat cinta dan semudah tu juga la mereka permainkan cinta...

Kenapa artis kahwin cerai?
Kehidupan artis ataupun anak seni adalah kehidupan yang pelik.
Semua orang ambik peduli.
Yang baik dipuji,yang buruk dikeji.
Mereka kahwin memang ikhlas tetapi kehidupan yang dilalui bersama,penuh dengan dugaan dan cabaran.
mereka yang tabah,boleh terus hidup tenang.mereka yang tidak,pasti tersungkur...
Mereka berkahwin,ramai yang ambik tau.tapi bila bercerai,langsung tak nak faham.
hidup anak seni bukan macam cikgu,bukan macam polis.
tapi ia terlalu rumit.itulah seni...
cinta lokasi,cinta drama adalah antara senario yang melanda dunia artis tanah air.
cinta mampu berputik pada pandangan pertama,itu sebab pelbagai spekulasi timbul.
ramai artis pada hari ini dicop ada hubungan,dituduh bercinta.
takkan sebab keluar berdua lepas shooting pun dituduh bercinta.
itulah,artis ni public figure,akui je la wahai rakyat Malaysia.
kalau hamba keluar dengan sape-sape pun,takkan ada orang gosip.tapi kalau hamba keluar dengan sorang artis je,pasti ada yang kata artis tu bercinta dengan ham,ba...

eh please la...
kalau nak membuat liputan tak apa,
tapi jangan main tuduh-tuduh je artis kita k...
cinta artis pun sama dengan cinta orang lain gak...

salam seni...

Tuesday, May 12, 2009

Sarjan Yo Sudah Pulang Ke KELANTAN...

Akhirnya,
setrelah 4 bulan lebih di Shah Alam, hamba pulang juga ke Kelantan...
Banyak benda dah jadi kat Shah Alam tu dari eksiden,gaduh,kena kacau hantu,UFO, dan macam2 lagi yang orang tahu dan x tahu...

Alhamdulillah,hamba lepasi ujian akhir sem ni dengan selamat...
Tapi result belum tahu lagi...
Tapi tu la,banyak subjek susah giler sem ni...

Hamba sampai Kelantan petang semalam, 11 Mei 2009, pukul 6 ptg, dgn bas Tranasional (promote ckit)...

Bila cuti bermula,banyak benda boleh dibuat,nak dibuat dan malas nak buat...
NAk keje,malas nak cari.
Nak keluar,bazir duit.
Nak lepak,bukan hobi aku...

Yang paling penting, hamba mesti siapkan skrip short film pertama hamba dalam cuti ni.
kalau ada rezeki,bleh shoot sem depan...
Doakan k...

Sedih gak nak tinGGalkan Pucak Perdana untuk CUti ni..
yE La,MAcam2 beNda dah hamba lalui kat sana selama dua semester...
DaripaDa A.B,C,T sampai ke Z hamba dah lalui...
Tapi hamba ok lagi,tabah la katakan...

Ok la...
setakat ni sahaja dulu hamba mencoret...
InsyaAllah hamba tulis lagi lai kali kalau ada cerita menarik...
Selamat bercuti kepada kawan-kawan kat puncak...

Salam seni...

Monday, May 04, 2009

Hamba masih di sini...

Assalamualaikum kepada semua follower blog sarjan yo dan kepada semua yang sudi singgah di teratak hidup aku cinta aku ini...

Dah lama hamba tak menulis untuk blog hamba. bukan apa, sibuk sangat...
sekarang ni hamba berada dalam minggu final exam...banyak gak la paper killer yang hamba kena struggle study, kalau x leh score pun, harap-hareap x kena repeat...
Setelah 3 minggu dalam mood exam, minggu ni dah minggu last untuk final exam. happy tu memang la gembira, tapi hamba ada 2 lagi paper tuf untuk hamba lalui.
Nak tahu apa dia?
Boleh...tapi kalau tak tahu pun buat2 tahu je la k...
Yang pertama paper Sociology and Psychology...dan yang kedua paper Sinema Malaysia...
Pelik kan? tapi betul-betul susah hamba cakap...Socio study tu pasal budaya masyarakat seluruh dunia dan psycho tu study pasal diri seseorang.
manakala sinema Malaysia tu pula study tentang sejarah perfileman Malaysia sejak era sebelum Studio Jalan Ampas sampaila kepada Farid Kamil dah bergelar pengarah sekarang ni...

Cakap banyak pun mesti anda semua kurang faham kan?ni pun tengah study kat library ni.curi-curi taip blog jap...

Ni la kehidupan hamba, generasi baru pelajar perfileman di UiTM...
Semoga satu masa nanti ada yang menyokong hamba dalam dunia seni ni.Especially my famili n true friend...I love U all...

Jangan lupa tinggalkan komen k...HeHe...

Jumpa lagi dimasa kana datang.Doakan hamba mendapat pointer terbaik k...
Salam seni untuk semua...


Assalamualaikum...