Friday, May 29, 2009

Dia Bapa Seni...

Hari ini tanggal 29Mei 2009,genaplah sudah 36 tahun pemergian seniman agung tanah air, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...

Allahyarham merupakan seorang pejuang seni dalam arena muzik, lakonan dan pengarahan.Beliau telah meninggalkan kita semua dengan memberikan kita pelbagai kenangan dan sehingga ke hari ini karya beliau masih lagi ditonton, didengar dan diminati tanpa sedetik pun ditinggalkan kebelakang.

Beliau adalah seorang penggiat seni yang telah lama berjuang demi mempertahankan kedaulatan seni di Tanah Melayu sejak dahulu lagi.

Hamba selaku seorang pelajar jurusan filem,seorang insan yang baru berkecimpung ke dalam bidang seni,seorang manusia yang mengenang budi dan seorang anak seni yang dahagakan ilmu tidak akan sesekali melupakan jasa Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni amnya dan perfileman khasnya...

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasih Allah s.w.t...

Salam Seni...

7 comments:

since1990 said...

malaysian shud proud(",)

azhar said...

masih suka tonton filem P.Ramlee & dengar lagu nyanyian beliau..

semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan ditempat yang sebaik2nya..

amin

The Exquisite Instigator said...

in april ari 2, kitorang wt mlm "P.Ramlee dlm knangan". bes sgt :)

Basuh Baju said...

P ramlee terbaik!

SarjaN yO said...

Since1990: Bangga dgn P.Ramlee

Azhar: Filemnya x membosankan...

The Exquisite: Bestnyer kalau dapat join...Thanks sbb kenang jasa P.Ramlee.

BasuhBaju: Mmg terbaik...

The Exquisite Instigator said...

Mmg sgt bes to be a part of it :)

SarjaN yO said...

The Exquisite Instigator: Tahniah...Hope u enjoy it...