Saturday, May 16, 2009

Hari Untuk Warga Pendidik...

Tanggal 16Mei setiap tahun adalah hari yang dinantikan oleh setiap insan bergelar pelajar.
Kerana pada hari itulah hari untuk mereka menunjukkan rasa berterima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang telah mengajar mereka sehingga menjadi manusia...

Hari ini adalah 16Mei 2009...
Hamba begitu terkilan kerana hari ini adalah hari minggu di Kelantan,
hamba tidak berpeluang menjenguk bekas-bekas guru hamba disekolah...

hamba masih mengenang jasa mereka,tapi jauh disudut hati ada terfikir adakah cikgu-cikgu masih ingat kepada hamba??

Tapi hamba cuba alihkan fikiran hamba itu,yang penting hamba tak pernah lupakan guru-guru hamba walau hamba sudah memijakkan kaki kemenara gading sekarang...

Jika hari ini,
sesiapa sahaja menjadi dewasa,
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
dengan lembut sabar,
mengajar tulis baca...

Begitulah bait puisi karya
Allahyarham Usman Awang

yang menyedarkan kita betapa besarnya pengorbanan guru dalam membina negara bangsa...

Hargailah jasa guru-guru anda kerana dialah kita berjaya...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA DI SKKK 3 & SIC DAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH UiTM,FAKULTI TEKA...
~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA~

Salam seni...

No comments: