Saturday, October 31, 2009

Al-Fatihah buat Pak Ya...


Akhirnya, seorang pejuang seni dalam memartabatkan kesenian negeri Kelantan di persada tanah air terpaksa menghadap ilahi..

Ya Daud atau lebih dekat dengan gelaran Pak Ya kepada semua pelajar Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik dan staf telah menghembuskan nafas terakhir beliau lebih kurang pada pukul 5 pagi,30 Oktober 2009,pagi hari Jumaat...Meninggalkan dunia ini ditanah kelahirannya,Kelantan...kerana disitulah dia hidup bersama kesenian dan biarlah matinya juga ditempat dia berjuang...

Terkedu hamba seketika bila mendengar berita sedih ini,
seorang pensyarah yang mencurahkan ilmunya dalam bidang Wayang Kulit kepada hamba seikhlas mungkin,
akhirnya meninggalkan hamba dan seluruh isi dunia secara tiba-tiba setelah lama tidak bersua...

Pak Ya,seorang anak seni yang aktif memartabatkan Wayang Kulit dan Dikir Barat di Kelantan dan seluruh Malaysia akhirnya pergi menghadap ilahi pada pagi yang mulia hari Jumaat...
Semoga roh beliau dicucri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman...

Arwah pernah berkata dahulu ketika saya meminta untuk mendalami ilmu wayang kulit dengan lebih mendalam,
"belajarlah hingga awak mahir,esok-esok awak jugalah yang bertanggungjawab mengekalkan kesenian ini,saya takkan hidup selamanya,anak muridlah yang akan mewarisi segala ini"...

Namun bila teringat balik kata-kata beliau ini,air mata mampu mengalir mengenangkan besarnya pengorbanan beliau dalam memartabatkan seni tradisional...

Kepada yang membaca,
hadiahkanlah walau hanya Al-Fatihah kepada arwah pejuang seni tanah air ini...
Al-Fatihah buat Pak Ya...


Salam Seni...


.

2 comments:

awangsulung said...

Salam saudara Yo... Lebih senang jika tuan hamba menggunakan perkataan "menghadiahkan" mengantikan "menyedekah" al-Fatehah...... Mungkin agamanya lebih baik dari kita, jadi patutkah kita memberi sedekah kepada orang yang lebih mempunyai dari kita.......

SarjaN yO said...

terima kasih awang sulung...maafkan hamba kerana kesilapan diri ini...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...