Tuesday, October 20, 2009

Hidup...

Kereta mula membingitkan jalan,
lampu mula terpadam
memberi peluang matahari menyinari bumi,

aku masih segar,
melayan kerenah manusia,
seakan aku tidak mampu memahami,
mereka yang masih belum memahami,
erti hidup
sebagai khalifah,

cinta dikejar,
cita-cita dikejar,
namun ibadat tercicir dalam perjalanan,

perjalanan seorang khalifah
dibumi tuhan ini,
seperti kereta dan lampu itu,
hidup untuk menerangi dan menggerakkan,
tanpa diri mengambil faedah,
bisa mati bila sampai masa...

2 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

yes! teruskan berkarya!

SarjaN yO said...

laa...ni melalut ni may,,,bukan berkarya...hahaha...i`m in my `errr` life right now...hope somebody understand before somebody get maki..hahaha...may je la yg buat yO xmaki org lagi...