Saturday, October 17, 2009

Kawan...

Pukul 5 pagi,
hamba menatap skrin komputer riba hamba,
terfikir tentang kawan,
yang persahabatan telah menjadi pengikat.

Mengantuk,
baru balik dari menghantar seorang kawan,
ke Hospital Sungai Buloh,
kes kecemasan,
sakit perut teramat sangat.

Mendaftarkan diri kawan,
dikaunter pendaftaran hospital,
membelanjakan hanya RM1,
untuk memenuhi syarat pendaftaran pesakit.

Menunggu kedatangan ibubapa kawan,
untuk mengambil tindakan seterusnya ke atas kawan.

Hamba terus pulang ke kolej,
menaiki ambulans yang sama,
kerana pukul 8 pagi nanti,
ada ujian akhir ko-kurikulum.

Tiba di kolej,
hubungi kawan yang turut menemani kawan,
ibubapanya dah sampai,
semua dah bertolak pulang ke kolej.

Tak mahu tidur,
takut tak sedar,
pagi esok,
takut terlepas,
ujian akhir,
dan nak kejutkan kawan,
yang minta tolong,
untuk kejutkan dia.


Semua ini hamba lakukan,
bukan kerana seorang manusia,
tapi kerana kawan,
kepada kawan yang lain,
yang mana,
duit tak mampu membeli nilai persahabatan,
masa tak boleh mengembalikan nostalgia persahabatan,
dendam tidak akan menyelesaikan kemelut persahabatan.

Kawan,
persahabatan satu anugerah,
kawan,
hati menyatukan kita semua...


Salam Seni...

3 comments:

since1990 said...

semoga kawan takkan pernah menjadi lawan.

Odendendenden said...

yo, terima kasih byk2 sbb tolong aku.
aku tatau mane aku nak cari kawan mcm kau. thanks bro :)

Unknown said...

Since: kawan xkan jadi lawan..klau jd lawan gak,tiada lg hubungan kawan lps tu...

Oden: Kawan ni bukan ada masa sng je,masa susah la yg sebetulnya kita memerlukan dia...aku manusia biasa,ada gak buat silap.tp bg yO,silap itu mampu dibetulkan...semoga sihat selalu...