Hari ini,
seseorang yang berada tidak jauh dari rumah hamba,
telah mengenali sejak hamba berpindah kesini lagi.
yang hamba banyak bergurau dengannya,
hamba hormat dia selaku orang lebih tua daripada hamba,
dia benar-benar telah mengguris hati hamba,
terlalu terkilan hamba rasakan,
sudah lama tidak berjumpa,
hari ini bertamu disuatu majlis kenduri.
dia bertanyakan hamba tentang pengajian hamba sekarang,,,
Tapi,alangkah pedihnya hati ini,
apabila dia tergelak setelah mendengar penjelasan tentang kursus perfileman yang hamba sedang jalani kini.
Dia tergelak!!!
dia mula mengejek dengan gurauan tentang industri filem,tentang cita-cita hamba menjadi seorang pengarah,seorang anak seni...
Rasa mahu dilempang sahaja dia tu tadi,
tapi hamba betul-betul sedih,
air mata hamba seolah-olah hampir menitis kepipi,
tapi hamba tahan...
Hamba tahan,hamba pendam...
Sehingga kini,
tiada siapa yang dapat terima keputusan aku untuk terjun kedalam bidang seni ini,
semua mulut hanya mengata,menyindir,mengejek.
Hamba tak tahu,bagaimana hamba masih kuat untuk berdiri kini...
Hamba tetap akan terus berjuang dalam bidang ini.
ini pilihan hamba...
Jgnlah patahkan semangat hamba lagi...
Tolonglah,
hamba dah tak sanggup menangis lagi...
Salam Seni...
.
6 comments:
takpelah yo.
orang luar yang bukan berada dalam bidang seni ni senang mengata kerana mereka bukan orang seni macam kita.
mereka tidak belajar apa yg kita belajar.
kita belajar adalah untuk memperbaiki mutu dan kualiti seni kita untuk setanding dengan hollywood.Insyallah.
mungkin berdiam diri adalah jalan yang terbaik buat insan seni macam kita.namun dalam kebisuaan kita,kita bangkit dan suatu hari nanti mulut2 yang jahat yg pernah memperlekehkan kita akan turut sama tersenyum lebar melihatkan kejayaan insan seni dari Malaysia yg menaikkan nama Malaysia di Hollywood kelak.
Malaysia boleh...
Thanks Fyra...
Tapi yO memang down giler hari ni...
Sedih sangat...
Kita x pernah burukkan org lain,tapi org pandang rendah kita...
sabar je la Yo, mereka tidak mempelajari filem, malah kita mengkaji filem, mereka? hanyalah lihat dan komen, cube la support, mmg susah sekiranya org sebegini masih ada dalam kalangan kita, pemikiran mestilah terbuka, sudahlah Yo, just move on... kita wat film2 yg gempak, Insyallah. biar terngangga mulut org di luar sana yg xmengerti lagi dalam bidang ni...
Semalam,rasa nak give up pun ada...
Tapi ada seorang sahabat yg masih membantu yO utk trus kuat...
Kita buat filem gempak nanti k...
rilekslah yo. benda yg kita amek ni bukan semua org blh terima. lain-lain org, lain tanggapan dia. dia nk gelak? ikut suka hati la yo. kita pekakkan telinga je. one day, kita buktikan, biar terbeliak bijik mata dorg and terbuka hati tu nk taw kn
Myb btl apa yg kau ckp u chai...yo pun dah try avoid dari jumpa diorg...biarsatu hari nanti,diorg yg trnganga...
Post a Comment