Thursday, December 31, 2009

Akan Merinduimu Yang Tidak Akan Kembali...

Selamat Tinggal kepada suatu benda yang tidak mungkin akan kembali,

suatu perkara yang membuat aku belajar tentang banyak perkara...

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009...

Kepergianmu akan dirindui...

Salam Seni...

Ke Puncak jua kembalinya hamba...

Salam pembuka bicara kembali....
sudah lama juga tidak mencoret di ruang yang daif ini...
teratak sarjan agak sunyi sejak kebelakangan ini,
bukan terpaku dek kutukan caci maki di chat box tetapi agak sibuk melayan perasaan di tanah air sendiri..

Sudah sebulan lebih bertapa di Kelantan akibat cuti sem yang pasti melanda...
Hari ini alhamdulillah sarjan selamat kembali ke dunia penuh cabaran,kolej Puncak Perdana untuk mula mengadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar perfileman dan pelajar seni di sebuah fakulti yang amat disayangi...

Setelah kembali memijakkan kaki ke kolej kediaman ini,dirasakan hamba perlu melakukan sesuatu yang agak berharga semester ini,,
hamba sendiri pun tidak pasti apa,tapi yang penting bukan lagi bicara cinta...

Ya,hamba seorang anak seni yang baru belajar bertatih dengan lebih laju,
hamba perlukan sesuatu yang baru,
mungkinkah ianya azam tahun baru?
mungkinkah ianya suatu keinsafan?kesedaran?
atau mungkin juga suatu ledakan perasaan yang lama tersimpan..

Namun yang penting,
aku tetap aku,aku bukan orang lain..
sarjan tetap sarjan,yO tetap yO...

Akhir kata,
hamba inginkan sesuatu yang baru
dan hamba cuba untuk mencapainya..

Salam Puncak Perdana...

salam seni...

Friday, December 18, 2009

Mencari Redha Nya...




Selangkah lagi
aku bertapak
ke sebuah ruang masa
berbeza dari semalam
yang membawa jasad ini
bergerak ke arus perubahan

Tahun tidak pernah kaku
cukup membilang hari
ia berubah ke arus yang baru
membawa umatnya bersama
meniti perubahan

Hijrah bertapak di sini
di hadapan kita yang masih bermimpi
mengejar sesuatu di dunia ini
sehingga tercicir sesuatu di sisi

Pada hijrah ini
aku memohon sesuatu
yang mungkin aku tercicir
dari tuhan yang mencipta aku
sehingga jasad bertemu dengan nyawa
sehingga aku
kabur tentang Nya

Ya tuhan ku
aku memohon
kembalikan apa yang aku cicirkan
kerana aku masih dalam perjalan
pengembaraan seorang khalifah
yang mencari redha Mu ya Allah...


(Salam Maal Hijrah)



Salam Seni...


.

Wednesday, December 09, 2009

Mendung menanti sinar...






Mendung itu kian beredar,namun tanah masih lembap menanti sinar mentari...

Simar yang di nanti ku harap kan kunjung tiba,

namun datang ia membawa pelangi,

membuat dirinya tidak dihargai,

kerana pelangi lebih berseri,

membawa seribu erti...





Salam Seni...
.

Sunday, December 06, 2009

Nahas Di KB MALL...Al-Fatihah...

Kecoh di Kelantan petang tadi kononya sebuah kompleks membeli belah di Kota Bharu runtuh..


hamba pun hampir tidak percaya,hanya menganggap itu hanyalah khabar angin..

namun ada betul dan salahnya,

ada kemalangan di KB Mall,bukan runtuh...


tp yg peliknya,kemalangan dalam kompleks? &%^*##^%

Fuyoo,hebat juga pemandu Kelantan ni ek,siap boleh buat stunt(terdetik dalam hati ketika mendengar kali pertama).


Namun bila melihat gambar dan mendengar cerita kejadian,


sungguh menyayat hati..


Kereta dari parking di tingkat paling atas (tingkat 4 kalau tak silap hamba) telah melanggar dinding bumbung dan terus menjunam ke tingkat groundfloor melalui celah antara dua tangga automatik tu...terus mencium lantai KB Mall...


Ada nyawa yang telah terkorban...


Kota Bharu district police chief ACP Zahruddin Abdullah said, “Nor Ain and her sister were in the car while Sabri was pushing the car when the driver lost control and the car hit the retaining wall and plunged down,” he said. He added that Nurul Afika miraculously escaped unhurt and went home in trauma after the incident while Sabri disappeared from the scene." ujar ACP Zahruddin Abdullah dalam kenyataan terbarunya...






Dinding bumbung yang dilanggar oleh kereta pelagak ngeri yang tiada penglaman...




Keadaan kereta yang terhempas di lantai kompleks membeli belah KB Mall selepas melakukan aksi tak masuk akal terjatuh dari tingkat 4...





Pengunjung yang berada berdekatan lokasi kejadian semasa nahas berlaku tidak melepaskan peluang menjadi wartawan yang tidak bertauliah...


Semoga roh mangsa dicucuri rahmat...



Salam Seni...

Saturday, December 05, 2009

WAYANG bukan sekadar wayang...




WAYANG, sebuah filem yang dipinggirkan dari mata juri pada Festival Filem Malaysia (FFM) yg lepas...
Namun malam ini, segalanya terbukti di malam ANUGERAH SKRIN 2009 apabila Filem Wayang, arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan terbitan UiTM yang menjulang nama FACT telah memenangi anugerah terbesar perfileman iaitu FILEM TERBAIK.....Selain itu, Hatta Azad Khan juga memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Filem, Eman Manan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Zul Huzaimy memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Ida Nerina memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem...
Tahniah kepada Prof,UiTM,FACT dan semua tenaga kerja yang telah menjayakan filem yang mengangkat budaya kesenian Wayang Kulit Kelantan ini...
Hamba tumpang bangga selaku salah seorang crew dari Promotion Team semasa hamba berada di semester satu dulu...
Tahniah pensyarah-pensyarah,senior-senior,,tahniah kawan-kawan...kita berjaya woii...............

Dan, kemenangan ini kita dedikasikan kepada Arwah Ya Daud @ Pak Ya yang merupakan seorang Dalang dan pejuang Wayang Kulit dan juga merupakan seseorang yang banyak membantu dalam menjayakan filem yg berkisar tentang kehidupannya...


Krew Promosi
Salam Seni...

Wednesday, December 02, 2009

Hati itu bererti...

Bersama hujan
yang lebat bercurahan,

hati memahami...

dibiarkan air mata
turun ke pipi

membasahi...

agar hujan
yang sering turun bersendiri

tidak lagi sunyi...



Salam Seni...


.

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDILADHA...

Alhamdulillah,
baru sahaja rasanya kita meninggalkan bulan Syawal yang mana merupakan bulan kita merayakan Aidilfitri,
dan esok,
insyaAllah kita akan merayakan satu lagi hari yang bersejarah dalam Islam,
iaitu
HARI RAYA AIDILADHA atau ada yang menggelarkan hari raya korban dan hari raya haji...

Hari raya korban,
membawa maksud yang paling jelas dalam pengertian hari raya aidiladha,
yang mana merupakan hari untuk memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ismail,anak kepada Nabi Ibrahim yang sedia disembelih kerana Nabi Ibrahim mendapat perintah dari Allah...

Jika Nabi mampu bersedia mengorbankan nyawa demi Allah,demi panji agama,
bagaimana pula dengan kita?

Renungkan sejenak,
apakah pengorbanan yang telah kita lakukan?
apakah pengorbanan yang akan kita lakukan?
adakah kita sanggup berkorban
demi
agama,
bangsa,
dan
tanah air?

Salam Aidiladha kepada semua blogger dan seluruhb umat Islam...
Ikhlas Daripada -Sarjan yO-


Salam Seni...

Friday, November 20, 2009

Cinta Derita...

Hidup ini,tidak mampu untuk dijangka…
Setelah setahun lebih,insan itu menutup pintu hatinya kepada
insan bergelar perempuan,akhirnya dia mampu tersenyum kerana ada insan yang
mampu menerima diri dia seadanya dan bersedia membuka pintu hatinya…
Insan itu tersenyum tanda gembira…
Telah lama dia menyepi dari percintaan,apatah lagi
kebahagiaan…dalam jangka masa dia menutup pintu hatinya sebelum ini,tipu jika
dia tidak pernah jatuh cinta…ada la juga perasaan suka kat seseorang tu,tapi dia
buat tak tahu,pertahankan ego dan tidak membiarkan gadis itu bermain dalam hati
dan fikiran dia…
Berbalik kepada insan yang ingin menerima atau lebih romantik
disebut,ingin mencintai dia…
Kisah romantik itu tidaklah sampai kepenghujung…
Dia terlalu menyayangi gadis itu dan dalam hatinya juga
menganggap gadis itu ikhlas mahukannya…mereka mula menjalinkan hubungan
percintaan,pasangan kekasih yang sama-sama mencintai…sahabat hanya
melihat,menumpang gembira sebelum bahagia…
Dia begitu berbeza sekali seperti sebelumnya,sentiasa
tersenyum dan terpancar satu cahaya keceriaan diwajahnya,berbeza dengan
hari-hari sebelum gadis itu mencintai dia…
Sentiasa telefon tangannya berbunyi tanda ada pesanan yang
masuk,tentulah dari insan yang disayangi dan menyayanginya…
Dia terlalu gembira,mungkin sudah sampai masanya dia rasa apa
itu bahagia…
NAMUN,
Semua itu tetap tinggal sebagai impian,musnah dalam
pengharapan…
Hari demi hari dia tersenyum,hanya untuk 4 hari..
Hari
kelima menjelma,dan dia senyap tidak terkata apatah lagi tersenyum…
Percintaannya hanya untuk 4 hari sahaja…
Gadis itu menghilang tanpa berita,senyap bersama malam yang
menelan bingit mentari memancar suria…
Setahun lebih menanti hadirnya sebuah cinta murni,cinta gadis
itu yang kononnya murni hanya menyinggah untuk 4 hari?gadis itu hadir hanya
untuk 4 hari…
Air matanya hampir mengalir laju,namun ditahan dengan
ketabahan seorang lelaki.Ya, dia lelaki,harus kuat dan tabah…tidak boleh terlalu
mudah menangis…
Dia sentiasa setia,menanti gadis itu menjelma kembali,bukan
memaksa untuk dicintai tapi untuk mendapat penjelasan tepat apa yang terjadi
pada cintanya?
Berhari-hari dia menanti,gadis itu tetap menyepi,tiada tempat
untuk dihubungi,senyap dalam seribu persoalan…
Akhirnya setelah seminggu menyepi,
Gadis itu hadir kembali dengan kekejaman seorang pencinta…
“Saya nak minta maaf,saya tak boleh nak saying awak,saya dah
cuba tapi tak boleh…saya masih mencintai bekas kekasih saya yang sebelum ini”…
Ayat dari sistem pesanan ringkas yang bagai mencucuk kantung
air mata lelaki itu sehingga air yang telah lama tidak terbit dari alisnya terus
membasahi pipi…
Bukan dia yang menginginkan gadis itu,tapi gadis itu yang
mengharapkan cinta dia…tapi gadis itu yang mengatakan tidak mampu menyayangi
dia…buat apa nakkan dia hari tu kalau tak boleh sayangkan dia?dasar perempuan…
Lelaki ini tidak lagi seperti yang dikenali,penyesalan
menghantui hati,kekecewaan meracuni jiwa,kesedihan membasahi diri…
Untuk apa gadis itu datang setelah setahun lebih lelaki itu
cuba tabahkan hati,kuatkan semangat agar tidak mudah kalah dengan cinta yang
jatuh dimata…dia sudah tidak mempedulikan perempuan…Ya,dia dah kuat…tapi gadis
itu datang untuk menggoncang hatinya…Ingatkan ingin mencintai sepenuh
hati,rupanya diri dipermain…
Lelaki itu dipermainkan oleh seorang gadis yang dia anggap
gadis yang begitu ikhlas sudi menerimanya…
Hari ini, lelaki itu akan menutup kembali pintu hati nya
kepada suatu perkara yang bernama cinta,kepada satu makhluk yang dinamakna
perempuan….jangan salahkan dia jika dia tidak mencintai…
(Hamba hampir menangis mendengar cerita derita cinta sahabat
ini…)
Salam Seni...
.

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Hari Lahir Kak...

Macam ni alkisahnya,,,hamba bukan la jenis orang yang suka ingat macam-macam,
sampaikan birthday keluarga pun hamba tak ingat langsung...
jadi,untuk mengatasi masalah tu,
hamba dah simpan semua tarikh-tarikh penting dalam handfon hamba,,,
tapi yang malangnya,handfon hamba buat hal
rosak selepas menyaksikan perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan..
mungkin sebab terkejut dengan dentuman mercun yang kuat.jadi,handfon hamba terus rosak...
dan hamba dah terlepas tarikh ulang tahun kelahiran kakak hamba sendiri iaitu semalam 9 November 2009..


Maaf la kak,
bukan yO tak nak ingat,
tapi fon meragam...
tapi yO tetap ingat kat kak...

Apa-apa pun,

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-21 KAK...
SEMOGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI,SUKSES STUDY DAN DAPAT JODOH YANG BAIK-BAIK NANTI...

Sayang Kak...

Sunday, November 08, 2009

Cinta Dusta...

Semalam
kau datang kedalam hati aku
meyakinkan aku
tentang cinta mu
yang sudi menerima
diri aku seadanya.

Hari ini
kau buang aku
tanpa aku sedari
bagai gantung tak bertali
diri ini
kau jerut dalam diam.

Kini
kau buang aku
dari hidup mu
tanpa sepatah kata
yang memberi aku
pengertian sebenar
sebuah perpisahan.

Selepas ini
air mata pasti
mengalir kembali
dek perbuatan
cinta yang dusta
yang menapak dihati
untuk sementara

Dan
kembali hilang
tanpa salam...

Saturday, October 31, 2009

Bahagia itu milik hamba?

Bahagia?
adakah didepan mata?
jika ia benar hadir,
peluklah diri ini yg dalam tangisan...

aku hanya melihat
ia jatuh dihadapan ku
jika benar
izinkan aku memimpin mu bangun...

engkau memimpin diri ini
bersama hati yang terkunci
lari dari daerah tangisan
yang merungkai ketabahan
menjadi kekecewaan...

bahagia
bersama ku engkau harus berjalan
sehingga tiba masa
kau akan meniggalkan aku...


Salam Seni...


.

Al-Fatihah buat Pak Ya...


Akhirnya, seorang pejuang seni dalam memartabatkan kesenian negeri Kelantan di persada tanah air terpaksa menghadap ilahi..

Ya Daud atau lebih dekat dengan gelaran Pak Ya kepada semua pelajar Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik dan staf telah menghembuskan nafas terakhir beliau lebih kurang pada pukul 5 pagi,30 Oktober 2009,pagi hari Jumaat...Meninggalkan dunia ini ditanah kelahirannya,Kelantan...kerana disitulah dia hidup bersama kesenian dan biarlah matinya juga ditempat dia berjuang...

Terkedu hamba seketika bila mendengar berita sedih ini,
seorang pensyarah yang mencurahkan ilmunya dalam bidang Wayang Kulit kepada hamba seikhlas mungkin,
akhirnya meninggalkan hamba dan seluruh isi dunia secara tiba-tiba setelah lama tidak bersua...

Pak Ya,seorang anak seni yang aktif memartabatkan Wayang Kulit dan Dikir Barat di Kelantan dan seluruh Malaysia akhirnya pergi menghadap ilahi pada pagi yang mulia hari Jumaat...
Semoga roh beliau dicucri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman...

Arwah pernah berkata dahulu ketika saya meminta untuk mendalami ilmu wayang kulit dengan lebih mendalam,
"belajarlah hingga awak mahir,esok-esok awak jugalah yang bertanggungjawab mengekalkan kesenian ini,saya takkan hidup selamanya,anak muridlah yang akan mewarisi segala ini"...

Namun bila teringat balik kata-kata beliau ini,air mata mampu mengalir mengenangkan besarnya pengorbanan beliau dalam memartabatkan seni tradisional...

Kepada yang membaca,
hadiahkanlah walau hanya Al-Fatihah kepada arwah pejuang seni tanah air ini...
Al-Fatihah buat Pak Ya...


Salam Seni...


.

Friday, October 30, 2009

Tayangan Perdana Filem ALONG & KAK LONG Dan KALUT








ALONG & KAK LONG arahan HISYAMUDIN AHMAD


KALUT arahan FALIQ


TARIKH : 30 OKTOBER 2009


HARI : JUMAAT


TEMPAT : INSTITUT KEPIMPINAN & KUALITI, UiTM Shah Alam.


MASA : 7.45 PM


MASUK ADALAH PERCUMA!!!



Datanglah beramai-ramai untuk menyokong produk keluaran FACT dan UiTM!!!


Dan menyokong industri perfileman Malaysia...



Salam Seni...



.

Thursday, October 29, 2009

Sekitar Cinephoto Exhibition...

Serba sedikit foto yang hamba boleh kongsikan untuk tatapan blogger...Foto sekitar Cinephoto Exhibition yang diadakan baru-baru ini....terima kasih kepada pengunjung yang sudi datang....
PERSIAPAN SEBELUM PAMERAN
Karya pertama yang hamba bingkaikan untuk pameran...Tok Ayah kesayangan...
Karya yang turut dibingkaikan...Si Kenyalang...



Pelawat @ pemerhati...hahaha...
Tampal carta organisasi,benda paling penting...


Tiup belon sebab angin paling byk...


Sempat posing tu...


Tolong menolong amalan mulia...

Tolong kawan gak wei...

Batu kristal pemancar cahaya...


Ikat jangan tak ikat...


Tampal belon tajaan DiGi...


Dok susun flyers...


Koleksi album CT111

SEPANJANG PAMERAN BERLANGSUNG

Persembahan iringan semasa perasmian...

Pengarah Projek,May memberi kata alu-aluan...


MPP Syed pun sudi menjenguk...


En.Izwan memberi ucapan perasmian.


Peminat fotografi membelek-belek album kelas hamba...


Karya hamba yang dipamerkan...


Pelawat yg tekun tgk karya hamba


Awe@Aiman Part6 syok tgk story board hamba...


Postmoterm

:: Keluarga CT111::


Perasan penyanyi nasyid bersama Jack...


Audioman tu...bukan berlakon k...


Lighting pun adjust gak


Pengkritik bebas hamba dan Reez




Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek akhir CT111 untuk semester ini....Tahniah kepada semua rakan sekelas....


Salam Seni...

Monday, October 26, 2009

Cinta, Penghujungnya Tidak Semestinya Bahagia...

Setiap yang hidup
akan merasai mati
unggas yang bingit
mampu rebah menyembah bumi
andai ajal menjemput
ketika sayap ligat mengibas
menerbangkan diri yang biasa berterbangan.

Bahagia yang dikecapi
mampu mengukir seribu senyum
namun waspada wahai pemilik
bahagia bisa menjadi panah
tajam menusuk kantung kasih
bungkusan sayang.

Cinta pada insan
bahagia dimata
pada insan yang mencintai
cinta pada kekasih
bahagia dijiwa
tenang dihati.

Andai rebah dalam perjalanan
jangan kecewa wahai sahabat
cinta adalah penguji keikhlasan
andai putus ditengah kebahagian
ingat bahawa ada pencinta lain
yang lebih ikhlas dihadapanmu...

Sahabat,
penghujung cinta
tidak semestinya bahagia...


Salam Seni...


.

Friday, October 23, 2009

CINEPHOTO EXHIBITION

CINEPHOTO EXHIBITION

ANJURAN PELAJAR DIPLOMA SEMESTER 3 ,PROGRAM SENI LAYAR (CT111)
DIBAWAH SUBJEK CINEPHOTO

AKAN DIADAKAN PADA

23 OKTOBER 2009
HARI JUMAAT
PERASMIAN PADA JAM 2.00 PETANG
DAN PAMERAN AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA MALAM

BERTEMPAT DI

STUDIO PANCHA DELIMA
TINGKAT 3
BANGUNAN AKADEMIK
FAKULTI IS

FOTO YANG DIPAMERKAN ADALAH UNTUK DIJUAL
HARGA BOLEH DIRUNDING DENGAN TUAN KARYA

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI PAMERAN....
SUPPORT EACH OTHER OK...

PERSEMBAHAN IRINGAN SEMASA PERASMIAN TURUT DIADAKAN...

SEMUA DIJEMPUT HADIR...


SALAM SENI...


.

Thursday, October 22, 2009

Mempermainkan, Dipermainkan....

Hidup sering silih berganti
menghukum balasannya dihukum
memaafkan balasannya dimaafkan,

namun,
mengapa mencintai
bukan pula balasannya dicintai
dan menyayangi
bukan juga disayangi...

walau dipermainkan
bukan niat dihati ingin mempermainkan.

namun sentiasa ingat,
menghukum balasannya dihukum
kau menghukum aku
mungkin permainan aku adalah hukuman bagi kau...

Hidup tidak selesai dengan dendam
dendam juga tidak selesai dengan pendam.

Jika karma itu benar,
sakit dibalas sakit,
kecewa dibalas kecewa,
nyawa dibalas nyawa...

Hadirlah wahai karma...


Salam Seni...


.

Tuesday, October 20, 2009

Hidup...

Kereta mula membingitkan jalan,
lampu mula terpadam
memberi peluang matahari menyinari bumi,

aku masih segar,
melayan kerenah manusia,
seakan aku tidak mampu memahami,
mereka yang masih belum memahami,
erti hidup
sebagai khalifah,

cinta dikejar,
cita-cita dikejar,
namun ibadat tercicir dalam perjalanan,

perjalanan seorang khalifah
dibumi tuhan ini,
seperti kereta dan lampu itu,
hidup untuk menerangi dan menggerakkan,
tanpa diri mengambil faedah,
bisa mati bila sampai masa...

Monday, October 19, 2009

"Lingkaran Kapur" melabuhkan tirai...

Setelah 3 hari dengan 4 kali pementasan di Dewan Bahasa Dan Pustaka,
akhirnya team produksi diploma showcase "Lingkaran Kapur" semester ini melabuhkan tirai pada malam ini dengan pementasan ke 4 dan terakhir...

Hamba sempat menyaksikan pementasan kedua,Sabtu 8.30 malam iaitu semalam...

Sebuah pementasan berjaya,lakonan Nazri,Farah,Alya,Kimie,Jack,Laloq dan plakon lain yg begitu berjaya,
membuat penonton terpukau dan terus melekat ditempat duduk...

Nazmi,Adigun,Fakri dan seluruh team telah berjaya melaksanakan satu tugas penting dalam menjayakan projek akhir ini...

Tahniah kepada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik,pelajar jabatan teater semester 6,pensyarah dan semua pihak yang menjayakan secara langsung atau tidak..

Vince,Adigun,Fakri,yO bangga dgn korang semua....


Salam Seni...


.

Saturday, October 17, 2009

Kawan...

Pukul 5 pagi,
hamba menatap skrin komputer riba hamba,
terfikir tentang kawan,
yang persahabatan telah menjadi pengikat.

Mengantuk,
baru balik dari menghantar seorang kawan,
ke Hospital Sungai Buloh,
kes kecemasan,
sakit perut teramat sangat.

Mendaftarkan diri kawan,
dikaunter pendaftaran hospital,
membelanjakan hanya RM1,
untuk memenuhi syarat pendaftaran pesakit.

Menunggu kedatangan ibubapa kawan,
untuk mengambil tindakan seterusnya ke atas kawan.

Hamba terus pulang ke kolej,
menaiki ambulans yang sama,
kerana pukul 8 pagi nanti,
ada ujian akhir ko-kurikulum.

Tiba di kolej,
hubungi kawan yang turut menemani kawan,
ibubapanya dah sampai,
semua dah bertolak pulang ke kolej.

Tak mahu tidur,
takut tak sedar,
pagi esok,
takut terlepas,
ujian akhir,
dan nak kejutkan kawan,
yang minta tolong,
untuk kejutkan dia.


Semua ini hamba lakukan,
bukan kerana seorang manusia,
tapi kerana kawan,
kepada kawan yang lain,
yang mana,
duit tak mampu membeli nilai persahabatan,
masa tak boleh mengembalikan nostalgia persahabatan,
dendam tidak akan menyelesaikan kemelut persahabatan.

Kawan,
persahabatan satu anugerah,
kawan,
hati menyatukan kita semua...


Salam Seni...

Thursday, October 15, 2009

AKAUN FACEBOOK TELAH DIAKTIFKAN!!!

Perhatian kepada semua rakan blogger,rakan2,pencinta puisi,pensyarah,keluarga dan semua kaum kerabat yang tidak mampu disebut,,,

Atas permintaan orang yang hamba rasa penting,

SarjaN yO telah mengaktifkan akaun facebook agar menjadi satu wadah perbincangan tentang kehidupan yang tidak akan habis untuk dibicarakan...

Kepada sesiapa yang sudi, boleh add SarjaN yO di

shazrul90@yahoo.com

Semoga ia menjadi medan yang telus untuk terus berdiskusi dan menjalinkan hubungan persahabatan yang berlandaskan keikhlasan...

Salam Seni...


.

Saturday, October 10, 2009

Hamba Belum Bersedia Untuk Mati....

Segalanya tertulis kini,
diri tidak mampu menanggung segalanya...

Kesakitan yang tidak nampak dimata,
bukan hanya hati yg menjadi persoalan,
tapi kesakitan yang ditanggung adalah bukti segalanya...

Hamba belum bersedia jika ditakdirkan pergi,
kesakitan adalah penawar,
hamba risau,
jika ajal adalah penawar segalanya...

Hamba terpaksa berdepan dengan segala ini...

Salam Seni...


.

Thursday, October 08, 2009

Menanti Kedatangan BENDERA INDONESIA!!!

Kami rakyat Malaysia tidak akan gentar..

Kami nantikan kedatangan pengganas Indonesia yang ingin berkubur di sini..

Hamba akan berjuang demi tanah air ini...

Berani kerana benar....

Tuesday, October 06, 2009

PROMOSI FILEM

Malam ni

14 OKTOBER 2009

masanya pada

JAM 8 MALAM

akan diadakan tayangan promosi filem

DUA HATI SATU JIWA

bertempat di

DEWAN SRI BUDIMAN

kat

UiTM SHAH ALAM

dengan bayaran masuk

RM 5

sahaja...

SEMUA

dijemput

HADIR....

Tuesday, September 29, 2009

Hamba Masih Mencari...

Adakah Lagi Insan Yang Sudi Membawa Diri Hamba Kembali Ke Pangkal Jalan???
Hamba Makin Tersasar Dari Haluan Hidup Yang Benar...
Bantulah Hamba,Hamba Allah Yang Makin Kabur...

Sunday, September 27, 2009

Kembali jua...

Dah seminggu kat Kelantan,
akhirnya semalam
balik ke Puncak Perdana semula...

Jalan tak berapa jem sangat
sebab orang masih tunggu 2 hari nak raya kat kg,
tapi hamba sanggup korbankan 2 hari cuti lg
untuk mengelakkan kaki lenguh dan otak tertekan terperangkap dalam jem...

Seminggu raya kat Kelantan,
best la jugak,
jadual penuh sikit
assignment pun tak sentuh langsung...

dah balik kolej ni,
nak kena menghadap assignment yang bertimbun lagi...

Kata akhir,
salam seni la buat yang masih aktif buat assignment dipenghujung semester ni...


Salam Seni...


.